I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Birthday Party

Salam…

Tajuk yang penuh dengan gimik.. bunyinya macam meriah, padahal takde benda pun… Setakat makan kek dan makanan ringan… Pastu terbaring depan tv layan drama hantu yg ntahapahapantah… Ada ke pocong bleh hisap darah? Itu yang orang marah sangat tu… Kalau nak buat citer hantu buat la betul2.. dah la khurafat, tambah plak dgn bid’ah rekaan.. Yg hisap darah tu puntianak okeh (vampire)… pocong tak hisap darah… Itu penerimaan secara umum la.. hakikatnya benda semua tu takde… yg hisap darah manusia adalah manusia sendiri.. Bak kata Dato’ Dr. Fadhilah Kamsah kepada Pacik Seekers “Cuma hantu saja yang boleh berjumpa hantu”… kihkih

Takde nyanyi2… takde lilin2… Cuma belanja anak2 makan je… Kek pun Ustaz Love rasa sekeping.. pastu dah tak lalu nak makan… Tapi, entah apa kaitannya kek dengan birthday ni, Ustaz Love pun tak tahu…

Ini namanya kek tiramisu… Kek Jepun ke apa ni? takde plak terjumpa ikan mentah ke dlm kek ni.. jadi bukan Jepun punya la kot.. Kebetulan kat TV ada satu slot drama tajuknya “Tiramisu”… mungkin kat dalam tu ada cerita sejarah kek ni…

Rasanya biasa2 je la… sbb Ustaz Love sendiri tak minat makan kek.. Padahal masa kecik2 dulu, kalu tgk kek kat cermin kedai kek rasa terliur je.. maklum la, masa tu mana mampu nak makan kek… Jadi beli je la kek gulung kat bai roti.. pastu perasan2 mcm kek kat kedai kek tu…

Bercerita tentang kedai kek ni, Ustaz Love teringat ada sorang member Ustaz Love… dia India Muslim (siap ada tindik hidung lagi.. lebih dulu tindik hidung daripada Ziana Zain)… kira kawan masa kecik2 la… sbb mak Ustaz Love berkawan dgn mak beliau, jadi secara automatisnya Ustaz Love pun terkawan la dengan beliau… Nasib baik arwah mak Ustaz Love takde plan nak tunangkan dgn beliau masa kecik.. kihkih…

Rasanya beliau tak habis belajar (tak pasti.. tapi rasa mcm dah betul dah)… sbb Ustaz Love duduk asrama, jadi dah jarang mengikuti perkembangan gossip kat kampung setinggan masa tu… Dengar2nya, beliau kerja… Bukan setakat dengar, tapi memang bingit telinga ni dengar jeritan beliau memanggil Ustaz Love daripada dalam kedai kek… masa Ustaz Love melintas nak gi kedai mamak (runcit)… memang sah beliau kerja kedai kek… Badan bagai dipam2… (Bukan Pam janda Tommy Lee tu)… org2 kampung kata, mungkin kesan wap kek tu yg mengembangkan badan beliau sepertimana kek tu mengembang.. Pepandai je diorg tu…

Dah lama Ustaz Love tak jumpa beliau, dengar gossip terhangat di pasaran… Beliau dah bernikah dgn anak tokey kedai emas… Boleh percaya ke? Memang Ustaz Love percaya bila sekali tu beliau hon dan angkat tangan kat Ustaz Love drp dalam BMW 3 Series… (masa tu tak keluar lg 5 series rasanya)… terkentut Ustaz Love melihatnya…

Walaupun beliau takde la cun macam Manisha Koirala ke, tapi husband beliau dikatakan (sumber : org kampung setinggan gak le.. kihkih) sangat hensem mcm Hrithik Roshan..

Itulah yg dinamakan rezeki dan jodoh.. semuanya Allah dah tentukan… Walau sekuat mana pun usaha kita, kalau takde jodoh takde la… Tapi kalau dah jodoh, Bawang Merah yg duduk kat dalam hutan tu pun bleh bersuamikan seorang raja..

So, tak perlu dirisaukan sangat pasal jodoh.. hingga menyebabkan nafsu menguasai akal… yg dah semester akhir kat “U” tapi masih takde kapel, jangan risau.. lepas kerja nanti, lagi ramai org kita jumpa… apa yg penting, kena banyakkan doa… semoga Allah memudahkan jodoh dan memurahkan rezeki..

p/s: Nama member Ustaz Love tu ada iras2 nama pelakon Bollywood zaman 60-an dulu… mungkin kak jem ingat πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 Comments

Add a Comment
  1. hehehe ustaz ni..kalu buleh bercakap mau rain tersengeh3 dok baca.. specless pulak..

    celoteh yg best.. tp sy suke ayt ustaz yang ni :

    bak kata Dato’ Dr. Fadhilah Kamsah kepada Pacik Seekers β€œCuma hantu saja yang boleh berjumpa hantu”…

    n yang ni :

    yg dah semester akhir kat β€œU” tapi masih takde kapel, jangan risau.. lepas kerja nanti, lagi ramai org kita jumpa… apa yg penting, kena banyakkan doa… semoga Allah memudahkan jodoh dan memurahkan rezeki..

  2. me akan tersengih2 sambil baca sbb ustaz selalu tulis pls ‘terkentut’ heheh
    happy bday yer ustaz
    psl jodoh tu–me pun kawin lewat (28 thn)–susah nak cari lelaki yg betul2 sesuai and nak kawin dgn me–my frens yg sebaya, ada 5-6 org lagi tak kawin2 (thn ni dh umur 34 and ada yg 35)–jrg lelaki bujang di usia 34 or 35 ni..

    1. ada org kata, kentut2 ni pengotor.. tapi bagi Ustaz Love, ia adalah sesuatu yg fitrah.. semua org kentut… yg pengotornya kalau kentut dlm lif.. hehe πŸ˜€

      cadangkan je kat member2 mama tu utk cari suami duda ke, jd isteri no 2 ke… πŸ˜€

  3. nampak sedap kek tiramisu tu. tak pernah cuba lagi. hehehe

    ustaz, terima kasih atas komen ustaz di blog Miza. Miza tak salahkan penganjur contest cuma Miza terkilan sebab email Miza masa hari result contest diumumkan sampai ke hari ni tak ada feed back langsung. Rasa tertipu sebab tu Miza labelkan dia penipu. Bukan semua penganjur contest tapi sesetengah. Kalau situasi ustza 2 bulan , Miza dah berbulan-bulan. Mungkin tak ada rezeki untuk Miza kan. Apa-apa pun niat beliau itu dia dengan Tuhan. Miza dah maafkan dia πŸ™‚

  4. -siapakah gerangan org tu ek….kakjem lupalah namanya adakah sera banu????..(tulun2x..kakjem dah lupa)
    -bab2 yg dipam2 ni lah yg sensetip ni…..
    -kuat gosip gak ustaz kita ni ekk……kahkahkah
    -klau beli kek tu pastikan yg halalan toyibba ya ustaz….(ngapa x order je kat kakjem leh bg free…)hehehehe

    1. saira banu tu nama pelakon bollywood tu… tapi ada iras2 gak la tang banu tu..

      kak jem kalu nak slim, nnt beli la produk keluaran Ustaz Love… akan ramping mcm kerengga.. kihkih…

      kak jem tak offer pun… kalu kak jem offer, dah lama Ustaz Love order kek 3 tingkat… hehe πŸ˜€

      1. -mcmana nak bli produk ustaz,sbb ustaz pun cam dipam2 gak….kihkihkih
        -nnti bg tau nama dia, anto kat inbox fb kakjem ya…..
        -layak ke kakjem buat kek 3 tingkat?????hukhuhuhuhuk…tebabooo….

        1. – owh… Ustaz Love ni cuma pam di perut di… bahagian lain maintain.. hehe πŸ˜€
          – nanti dah siap, Ustaz Love hantar kat kak jem… kalu berkesan, bleh aa kak jem promo kat member2… πŸ˜‰
          – kak jem nak buat 5 tingkat pun takde masalah… yg penting, keazaman tu… πŸ˜€

    1. macihh… (sib baik tak ala2 hj bakhil dlm nasib labu labi tu… hehe.. πŸ˜€

      Salam kenal juga buat sham πŸ˜‰

    1. Salam bro..

      ter tu maksudnya tak sengaja.. hehe… arwah mak Ustaz Love memang ada dok usik2 nak tunangkan dgn beliau… sampai menangis2 Ustaz Love taknak… kihkih πŸ˜€

        1. tapi katanya dlm drama tu ada arwah faizal yusof? Ustaz Love memang minat lakonan beliau terutama cerita Adamaya πŸ™

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme