I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Beli Tanah

Salam…

Entry ni merupakan entry tengah malam.. bukan nak cerita entry seram.. mahupun entry nak bagi mengantuk… Cuma mata ni tak mampu nak tido lagi, jadi Ustaz Love melakukan percubaan untuk menulis entry… Sambil diiringi background muzik lagu nasyid dulu2.. Syahdu.. teringat jaman2 muda masa bernasyid dulu.. terasa masih suci lagi waktu tu.. hehe

Tadi Ustaz Love tengok member ada amik borang nak buat loan bank.. Ustaz Love tanyakan beliau, nak nikah lagi ke? Beliau cakap nak beli tanah.. Ustaz Love pun tanya lagi.. Nak beli tanah apa? Tanah kubur? Kasar kan lawak Ustaz Love.. tapi tak semua orang Ustaz Love berlawak mcm tu.. sbb hati manusia ni kadang2 ada yg tahan melawak, ada yg cepat sensitif..

Tapi member Ustaz Love ni memang member bergelak.. menangis belum tahu lagi.. beliau kata nak beli tanah nak buat rumah.. Alhamdulillah, nampaknya beliau memilih jalan yang betul..

Ramai gak member Ustaz Love yang buat loan nak pakai kereta.. ada yg beli motor superbike.. banyak kali Ustaz Love nasihatkan, jangan.. jangan.. tapi beli jugak.. Akhirnya, ramai yg mengadu duit gaji tak cukup sbb dah bayar loan.. bila nak jual balik kereta ke, superbike ke, harga dah jatuh.. loan nak kena bayar tetap sama tiap2 bulan..

Ada benda yg akan turun harga.. ada benda yg harganya sentiasa naik.. kalau buat loan, tapi digunakan untuk beli barang yang akan turun harga kalau dijual balik (spt kenderaan ke, henset ke, gadget ke) maka akan mendatangkan kerugian untuk jangka masa panjang.. Mungkin boleh dapat kepuasan untuk seketika..

Tapi kalau beli tanah ke, beli rumah ke, emas ke.. maka nilainya sentiasa naik… ia boleh jadi aset yang boleh membantu kita untuk masa akan datang..

Ustaz Love teringat kisah Stephen Chow (pengarah dan pelakon cina yg lawak tu).. beliau kerjanya beli tanah, pastu jual.. beli rumah, pastu jual.. sampai bleh beli pulau, pastu jual.. sbb ianya juga salah satu bentuk pelaburan.. beli masa sekarang harganya rendah, jual setahun kemudian, boleh naik 2 kali ganda harganya sekarang..

Jadi, kalau ada duit lebih beli la tanah.. takut2 esok2 tanah kubur dah penuh, bleh tanam kat belakang rumah.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Comments

Add a Comment
  1. Hahahaha…ustaz…kalo bleh blik umah tu…hai…ssh tu nnt…

    Satu tips yg bagus dari ustaz..buat pelaburan dgn hartanah..satu pelaburan yg baik..tp x ramai org yg berani buat..mgkin risiko tinggi kut..

    1. pelaburan hartanah ni lagi kurang risiko berbanding pelaburan saham ke, matawang ke.. cuma modal kena besar je la.. setiap pelaburan dan perniagaan mesti ada risiko.. kalau takde risiko, hanyalah cakap2 org yg buat skim piramid πŸ˜€

  2. my late dad pun invest dgn cara beli rumah, dan buat rumah sewa..arwah ayah bermula dari zero RM sbb anak yatim miskin tegar masa kecik, now harta ayah jd asset berjuta2 utk diwarisi anak2–anak ada 7 org, so bila bahagi2 dpt sikit gaklah πŸ™‚

    1. ada org jutawan tunai.. ada yg jutawan hartanah.. ada gak yg jutawan hutang..

      kalau sejuta bahagi 7 pun, masih lagi banyak tu.. yg penting kena pandai manage πŸ˜‰

    1. bila jadi manusia, kita hidup atas tanah.. kalau tanah sendiri, kita tidur beralaskan kain berbumbungkan langit pun takde sape kisah.. sbb tanah sendiri.. kalau tanah org lain, dah lama kena halau…

      lain la kalu kita jadi hantu… bleh melepak kat tanah perkuburan.. org pun tak kacau.. πŸ˜€

  3. Beli tanah kubur..kalau kat K.L mungkin kut ustazlove hehehe..

    Kalau dah terlalu hendak sangat sesuatu barang tu..orang pikir panjang dah..lepas tu menyesal dikemudian hari πŸ™

  4. wush…mmg ptt pun kejar beli tanah masa sekarang ni…
    kejap jer boleh naik harga kan…

    tapi sekarang org dok berebut nak beli tanah GETAH…
    sebab harga getah tgh melambung….

    1. org kata kalau nak beli, beli masa harga murah, jual masa harga tinggi.. masa skrg ni, harga tanah getah tgh tinggi.. πŸ˜€

      1. salam uztaz, boleh tau bank mana kawan ustaz buat loan? berapa yer loan dia buat?

        saya pergi bank tanya nak buat loan tanah tapi macam tak mau layan jer…

        owner tanah tu jual dalam 70k. bank ckp cuma bg 50 percent..

        mcm mana lah nk lepas..saya dah pening pk ni…saya memeng minat sangat ngn tanah tu…tolong ustaz, reply email saya. terima kasih.

        1. salam humaira..

          member Ustaz Love tak buat loan tanah.. dia buat personal loan.. guna CIMB rasanya.. dekat 100k gak.. kalau nak rate lebih rendah, bleh try MBSB.. πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme