I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Apabila Henset Berbunyi Ketika Solat

Salam…

Dah beberapa kali Ustaz Love cuba nak buat entry, tapi Ustaz Love padam balik.. taip.. padam.. taip.. padam.. mata ni rasa nak terpejam je.. Mungkin sebab semalam tido lewat sket.. Al-maklum la, tengah bercuti… jangan jeles.. hehe..

Beberapa hari lepas Ustaz Love ada berborak dengan member.. Beliau menghadiri wacana ilmu dengan seorang ulamak terkenal iaitu Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki.. banyak gak ilmu yang dapat dikutip.. Ustaz Love tak dapat nak hadir sbb banyak kerja..

Antara benda penting yg beliau perkatakan adalah berkaitan telefon bimbit..

Syeikh itu mengatakan bahawa, kita selalu terlalai kalau melibatkan perkara ibadah.. Sedangkan kalau bab keduniaan, kita jarang terlalai.. Dalam sebulan, kita bleh kira berapa kali je punch card kita merah (tanda terlambat datang kerja).. tapi berapa kali plak kita masbuq dalam solat dibandingkan dgn jumlah hari kita lewat pergi kerja..

Kita jarang terlupa event (peristiwa2) penting spt mesyuarat ke, jamuan makan malam ke, tarikh hari jadi bos ke (padahal bos tu pun tak tahu bila beliau jadi.. beliau cuma tahu bila tarikh dilahirkan je).. tapi terlupa hari2 kebesaran Islam.. Malah ada yg berpura2 lupa dgn pelbagai alasan (contohnya hari permulaan puasa.. selamba je makan.. mmg la terlupa, tapi itu tandanya kita kurang ambil berat tentang perkara tu.. sbb berulang2 kali Penyimpan Mohor Besar Raja2 tu buat pengumuman).. Bila time nak raya, puasa baru seminggu dah siap2 buat persediaan πŸ˜€

Melalut dah Ustaz Love ni.. Kita kembali pada topik handphone tadi..

Bila masuk mesyuarat, secara automatik kita akan keluarkan henset dan off kan atau silent kan.. Ataupun sebelum naik flight, laju je tangan nak tukar mode henset kepada mode penerbangan.. Tapi, bila masuk dalam saf solat, kita buat2 lupa plak.. Dah la kita letak henset tu betul2 kat tempat sujud, imam plak bagitau suh matikan henset.. Baru je imam habis baca Fatihah, henset pun mula la berkokok la, berdangdut la… Padahal henset tu dah depan mata dah tu..

Terlupa memang penyakit manusia.. Walaupun sekuat mana ingatan pun, masih ada bahagian yg manusia boleh terlupa… cuma, kita kena bersedia sebelum tiba saat kita terlupa tu..

Makanya, Ustaz Love nak berkongsi sikit tips berkenaan dgn henset berbunyi ni.. Katakan la.. tengah2 solat, henset berbunyi.. apa nak buat?

Ustaz Love cadangkan, sebelum daripada itu.. jangan letakkan henset di lantai (tempat sujud).. tapi letak la dalam poket ke, kat pinggang ke.. Bila henset berbunyi je, terus seluk tangan ke dalam poket, dan matikan henset.. Cuma jangan melakukan pergerakan 3 kali berturut2.. seluk poket, berhenti jap.. amik henset, berhenti jap.. kalu jari bergerak banyak2 kali pun takpe.. sbb jari tak dikira anggota besar yg tak boleh bergerak 3 kali berturut2..

Kalau la ‘ter’ letak kat tempat sujud gak, bila bangun sujud tu, cepat2 la capai henset tu.. dan gunakan kemahiran jari anda (yg walaupun tak tengok skrin, laju je bleh menaip sms on cinta) untuk menutup henset tu..

Jangan dibiarkan henset berbunyi lama2.. kerana ia mengganggu kekhusyukan jemaah.. Apatah lagi kalau dgn itu menyebabkan imam terganggu hingga tersalah bacaan atau terlupa rakaat, dan kita ada kemampuan untuk menghentikan bunyi henset tu tapi buat2 bodo je, memang berdosa la.. Itu dah jadi dua kali budus.. dah la imam suh matikan henset, dia tak matikan.. henset berbunyi pun dia buat tak bersalah je..

Untuk langkah pencegahan (yg dah tentunya lebih baik daripada mengubati), setkan dalam minda.. masuk masjid, kena off henset.. Nak bisnes ke, nak kerja ke, nak apa ke.. tunggu keluar drp masjid..

Orang yg sedang baca al-Quran pun diperintahkan memperlahankan suara bacaan bila ada org tgh solat, apatah lagi bunyi2an yg tiada kaitan spt bunyi ringtone.. πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 Comments

Add a Comment
    1. silent mode letak dlm poket ok lg.. tapi kalu letak kat tempat sujud, masih mengganggu sbb skrin henset tu akan menyala2.. walaupun takde bunyi.. kalau matikan lebih selamat..

      sekarang ni kalau off henset pun, akan dapat sms alert kalau ada misscall πŸ˜‰

  1. mending di mode silent, biar cuma kode getar saja yang ketahuan… Kalo bunyi takut ganggu banyak orang…

    1. kod getar juga bisa mengganggu.. terkadang getarannya kedengaran oleh jemaah di sisi.. apatah lagi yg empunya telefon πŸ˜‰

    1. hehe.. kadang2 geram dgn org yg mcm tak reti bahasa.. tak cukup dgn signboard suh matikan henset, imam lagi pesan suh matikan henset.. tgh2 solat bleh plak dgr ayam berkokok la, kucing mengiau la.. πŸ˜€

    1. Salam melur..

      kadang2 kena tunjuk gak caranya.. sebab ada org jenis visual (lebih faham kalau melihat), ada org je auditory (lebih kepada mendengar).. moga2 dapat la mengurangkan kadar bunyi henset dlm masjid πŸ˜€

  2. salam ustazlove,

    kalau dengar ayam berkokok atau pun kucin mengiau ok lgi ustaz…
    kot terdengar bunyik rimau mengaumm camne??
    tak berterabur semua jemaah….hihi

    (klw sy gi surau memng tak bw hndp nie…takut ade yg

    panjang tangan….ishh kat surau pon bleh hilangg)
    ape2 pon .. info yg sangat bermanfaat…:)) tq

    1. salam ateh..

      semua tak ok.. sbb bunyi2 tu memang mengganggu org nak solat.. tapi, kalau bunyi rimau takut2 imam yg cabut dulu… hehe..

      tak bawak henfon pun lagi baik.. sbb bila ada henfon, ringan je tangan nak main2 henfon.. Ustaz tengah bagi kuliah kat depan, kita berbalas sms on cinta plak kat belakang πŸ˜€

    1. kadang2 org tak faham kaedah bacaan yg boleh dengar di telinga sendiri tu.. tak semestinya kena keluar suara.. suara berbisik pun takde masalah.. yg penting kita tahu apa yg kita baca.. sbb kalau telinga tak dengar, takut2 mulut terkumat kamit tak tahu baca apa..

      Tapi kalau untuk perempuan, lebih baik solat sendiri2.. yg dituntut untuk solat jemaah ni adalah lelaki πŸ˜‰

        1. kalau mcm tu, bella letak je kapas kat telinga.. tapi kang tak dengar plak bacaan sendiri.. hehe..

          ajak org tu berbincang.. bgtau kat dia, bacaan solat yg kuat sampai mengganggu org lain nak solat pun haram.. kalau solat sorang2, buat la cara solat sorang2.. kenapa nak baca kuat2 mcm solat berjemaah? πŸ˜€

  3. Tetiba teringat kata-kata imam kat tempat saya belajar dulu di Adelaide, Australia. Setiap kali, bila nak solat Jumaat, sebelum khutbah, dan sebelum solat, dia akan ingatkan utk matikan handphone. Dia kata, kalau phone bunyi masa solat, dan mengganggu org lain, sehingga tidak sempurna atau batal solat, si pemilik handphone akan tanggung dosa seluruh jemaah tuh..

    Sapa yg berani?! πŸ™‚

    1. Allah itu Maha Adil.. masing2 akan menanggung pahala dan dosa sendiri.. kecuali dalam muamalat sesama manusia..

      Dalam bab ibadah, sekalipun dilakukan berjemaah, tapi pahala itu masing2 dapat.. 27 kali ganda itu bukanlah untuk dibahagikan kepada seluruh jemaah, sebaliknya setiap seorang itu boleh mendapat 27 kali ganda pahala solat berjemaah.

      Biasanya, orang terlupa tutup henfon.. kalau terlupa, maknanya tak sengaja.. tak sengaja, tidaklah ditulis apa2 dosa mahupun pahala..

      Kalau sengaja tak tutup pun, biasanya bukanlah beliau merancang dgn seseorang supaya menelefon henset beliau ketika sedang solat dgn tujuan nak mengganggu jemaah.. πŸ˜‰

  4. saya pun bengang gak ustad. sbb saya gi surau tak bawa hp. simpan dlm laci or handbeg saya. kalo saya bawa saya silent kan dan simpan balik dlm handbag.

    yang buat saya bengang ni ustad. ahli2 surau yg lain. muslimat ni. masuk surau opis bkn jauh pun mesti nak bawa hp. ok takpe. TAPIIII depa x reti nak silent kan. tu satu hal. yg membuat hati saya bertambah2 bengkek kan ustad. depa jwb fon tu mcm berada kat pasar mlm. kalo kat pasar mlm ke pasaraya ke kan bising kena ckp kuat2. tp ni dlm surau perlu ke ckp kuat2. haishhh.

    nak ditegor pangkat senior2..dah la saya ni payah nk khusyuk. pastu tgh2 solat sy bleh terlupa dah masuk rakaat ke berapa. kena ulang balik. sbb telinga saya terdengar perbualan dorg ni. hehehe ni salah saya la kan sapa suh pasang telinga ngeee.

    oh selain ckp kuat2 kt hp dlm surau depa gak berborak bergossip dan bergelak tawa tak hengat. meriah sungguh surau saya ustad.

    pengalaman saya sejak saya join komuniti di sini yg baik nye saya berminat berhijrah (dari x bertudung terus berminat nk bertudung) Alhamdulillah.

    tapi yg kurang menarik nye mereka membuat bising dlm surau. penah muslimin menegor kami muslimat tolong jgn bising. malu nye saya. dah tua bangka kena sound mcm tu. bukan zaman skolah nak kena tego camtu.

      1. kan Ustaz Love ada bagitau dulu lagi.. kalau guna e-mail di atas, baru keluar gambar.. hehe.. tahniah kerana berjaya πŸ˜‰

    1. bab pempuan ni memang susah sket.. masa Ustaz Love bertugas kat sebuah masjid 10 tahun nan lalu, setiap kali sebelum takbir, mesti nak kena pesan kat muslimat kat balik tabir tu supaya senyap.. sbb kadang2 diorang ni lepas makan, datang melepak2 dulu.. dah agak2 nak masuk opis balik, baru la kelam kabut nak solat..

      kalau ada jemaah org tua, biasanya diorang akan tegur kalau buat bising ni.. kecuali kalau org tua yg memang jenis ahli mesyuarat tingkap gak.. pasrah je la..

      p/s: bab terlupa rakaat tu, tak perlu ulang balik / batalkan solat.. ambik jumlah terendah (kalau was2 dah rakaat ke 3 ke, rakaat ke 2 ke, untuk solat Zohor contohnya.. maka ambik la yakin baru rakaat kedua).. sebelum bagi salam, buat sujud sahwi.. selesai masalah πŸ˜‰

  5. Assalammualaikum… Salam Ukhwah Fillah.. πŸ™‚
    Sya Mahirah ingin bertanya tentang bolehkah kita meletakkan kapas di telinga swaktu sembahyang bgi mengelakkan terdengar bunyi bising?? apa hukumnya??
    sekian, terima kasih..
    AllahuAkbar..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme