I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Amanat Jurunikah

Salam…

Ustaz Love borak2 dgn member jurunikah lepas makan tadi… Dan Ustaz Love pun bagitau yg banyak cerita2 tentang pernikahan, cara2 dan prosedur2 yg beliau ceritakan, Ustaz Love dah sampaikan ke dalam blog… Beliau nampak mcm gumbira.. katanya ilmu beliau telah dimanfaatkan (disampai2kan)..

Dan beliau ada pesan pada Ustaz Love untuk menyampaikan 2 perkara berkaitan pernikahan ini kepada semua para pembaca.. Mungkin boleh menjadi panduan untuk proses2 pernikahan 😉

1. Berkenaan kesan pernikahan di sempadan tanpa kebenaran kerajaan (Jabatan Agama Islam Negeri)

– Ustaz Love tersilap sikit dalam beri fakta hari tu… Ustaz Love bgtau, hukumannya (jika nak didaftarkan di Malaysia) adalah penjara 3 bulan.. sebenarnya, denda RM1000 dan penjara sebulan.. kena fokus kat penjara tu… Jadi, bagi sesiapa yg berniat nak kahwin lari ke sempadan, maka lenyapkanlah niat itu… fikirkan masa depan… buat ikut prosedur yg betul.. InsyaAllah, jika permulaannya betul, pengakhirannya juga betul..

2. Wang hantaran menggunakan bank draft, bankers cheque dan yg sewaktu dengannya..

– Mungkin ada antara bapa pasangan berkahwin menyangka bahawa dengan memberikan sekeping bank draft atau bankers cheque, maka ianya dianggap tunai.. kalau ikut kaedah bank, memang la ia seumpama menggantikan duit tunai.. pergi bank dah boleh cashkan..

Tapi kalu mengikut prosedur pernikahan (khususnya di Kuala Lumpur), bank draft dan bankers cheque dianggap sebagai hutang… Sebab kalau sekiranya perceraian berlaku sejurus pernikahan, bankers cheque boleh dibatalkan sekiranya belum ditunaikan..

Maka, bagi para bapa (kebiasaannya yg kaya2.. dan tak nak ditulis hantaran beribu2 itu sebagai hutang, nak tulis sebagai tunai) maka kena bawak wang tunai.. dan bukan bankers cheque… lepas tu bila jurunikah nak tulis wang hantaran sbg hutang dan bukan tunai, nak marah2 jurunikah plak (mungkin sbb malu ditulis hutang.. ingat dia takde duit).. ingat.. bawak wang tunai, bukan bankers cheque..

Tapi, kalau risau hilang, bawak bankers cheque je la.. apa nak kisah kalau tulis dlm borang tu sbg hutang… yg penting, keselamatan duit tu terjaga (tak hilang)…

Sekian 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Comments

Add a Comment
    1. memang dikira hutang.. sbb kalau terjadinya perceraian dan pihak isteri belum tunaikan lagi cek tu, pihak lelaki bila2 masa bleh batalkannya.. kalau betul2 wang tunai, pihak lelaki kalu nak amik balik, kena rampas daripada tangan pihak wanita dulu.. hehe 😀

  1. Salam…kalau hantaran sebidang tanah yg telah ditukarkn kepada nama bakal isteri,mcm mana pulak tu ustaz?

    1. Salam Hanim..

      Sori.. tak perasan plak soalan ni.. kalau hantaran bukan berbentuk duit, spt cincin ke, gelang ke, kereta ke, tanah ke.. ia akan ditulis sebagai cincin, gelang, tanah dsb. dan benda2 tu kena bawak masa majlis akad nikah (contohnya geran tanah.. kalau hantaran tu sebentuk cincin, kena bawak cincin tu).. dan baru jurunikah akan catatkan dalam borang.

      yg bab hantaran duit saja yg menjadi masalah.. sbb nak kena tulis tunai ataupun hutang.. sbb duit senang nak pindah milik dan senang dihabiskan 😀

      1. Ustaz..

        Tumpang tanya ya,

        Ikut hukum Allah, sah ke nikah (nikah kat sempadan) tanpa keizinan wali atas alasan melebihi 2 marhalah?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme