I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Akibat Mabuk

Salam…

Beberapa peristiwa yg agak mengejutkan berlaku pada malam tahun baru… antara yg paling mengejutkan adalah letusan bunga api.. hehe… acah je…

Ustaz Love ada dapat maklumat berkaitan Karam Singh Walia… siapa yg tak kenal beliau… orang yang paling prihatin dengan isu2 alam sekitar tanpa mengira bangsa dan usia…

Namun dalam video ni lain pulak ceritanya…

Daripada percakapan brader tu, kedengarannya yg Karam Singh telah mengucapkan sesuatu yg menyinggung perasaan orang Melayu… ada mcm racist sket la..

Tapi Ustaz Love rasa yg Karam Singh tak berniat nak cakap mcm tu (kalaulah betul)… tapi disebabkan di bawah pengaruh alkohol, maka beliau tak dapat memikir dan menimbang dengan sewajarnya sesuatu tindakan atau percakapan…

Ustaz Love amat berharap agar kita dapat memaafkan dan melupakan keterlanjuran beliau… Sayang dengan bakat dan peranan beliau yg banyak membantu rakyat Malaysia terutama yg selalu tertindas dengan pihak tak bertanggungjawab…

Apapun, Ustaz Love ingin membawa mesej penting juga kat sini… jauhilah arak dan yang sewaktu dengannya… Sebab Ustaz Love pernah ternampak seorang lelaki yg terlalu mabuk, dengan selamba menanggalkan seluarnya dan tidur di tangga flat (masa tu Ustaz Love duduk flat)… Lama lepas tu, Ustaz Love jenguk balik dan nampak beliau dah tersedar… cepat2 beliau pakai balik seluar…

Bila dah hilang ingatan, kita dah tak mampu nak bezakan yg baik dan yg buruk… bila dah sedar kembali, baru kita akan menyesal… kalau dah sampai tahap aib mcm lelaki tadi tu, apa yg kita nak buat? Berlari je la masuk ke bilik dan menangis sambil menggigit bantal.. πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
    1. saya setuju tu,,kite oeg melayu beragama islam kan ada etika yang berlandaskan syarak. tunjukkanlah sikap kite org islam nk tgur pun biar ade crenye

      1. bila dah ramai2, kadang2 semangat tu jd lain.. cuba one by one dgn karam singh tu.. hehe…

        apapun, kena kawal jugak kemarahan tu… tambah2 bila org dah minta maaf… πŸ˜‰

    2. budak2 muda darah tgh panas.. tapi ada gak org tua kat situ tlg cool kan.. nasib baik tak bertumbuk πŸ˜‰

  1. bila dah mabuk, macamana nak ingat apa dia cakap. dia dah mohon maaf.. bagus lah tu. saya sendiri tabik dengan karam singh walia ni.

    kita yang protes pun perlu beradab jugak. jerit herdik tunjuk muka, karang boleh jadi dendam pulak..

    ramai masyarakat kita masih belum dapat membudayakan budi bahasa dalam kehidupan..

    1. katanya beliau gunakan perkataan mencarut pada org melayu… berdasarkan cakap2 brader kat situ.. tapi takde plak rakaman percakapan beliau yg menyatakan perkara itu πŸ˜‰

  2. perkongsian yg menarik..
    mmg patut kita lebih tekankan pada sebuah kemaafan..

    *jun suka ayat Ustaz Love yg last tu..*
    “Berlari je la masuk ke bilik dan menangis sambil menggigit bantal.. ”
    *ahakxx..manje gitu..*

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme