I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Ada Apa Dengan Ulat

Salam…

Ustaz Love terjumpa gambar ular!!! Maaf.. sebenarnya gambar ulat… Bukan kebetulan, tapi memang sengaja Ustaz Love snap masa masuk hutan beberapa bulan lepas… yang ‘ter’ itu adalah ulat itu sendiri… tetiba je ada melekat kat pokok tu…

Ustaz Love sendiri adalah seorang yg penggeli… Member2 Ustaz Love suka menyakat dgn mencucuk pinggang Ustaz Love, lantas Ustaz Love akan terjerit… Takde la terjerit2 mcm nyah tu (yg bunyi aww… aww.. tu), tapi jeritan Ustaz Love bisa mengejutkan orang sekeliling… ala2 ganas gitew…

Bukan geli yg tu yg Ustaz Love maksudkan.. yg Ustaz Love maksudkan adalah geli2 yg membuatkan badan dan kepala bergetar2… mcm mana nak explain ehh… kalau bahasa Kelantan, disebut ‘jetak bulu’… bahasa bakunya, Ustaz Love tak jumpa cari plak.. hehe..

Sebelum menulis entry ni, beberapa kali dah Ustaz Love ‘jetak bulu’ tengok gambar ulat gonggok ni… hatta masa nak snap gambar ni pun, Ustaz Love dah geli geleman (haa… ni kot bahasa bakunya..)… Bayangkan, betapa besarnya beliau.. ada la 2 kali jari Ustaz Love…

Ini gambar sudut jauh… bandingkan besarnya beliau kat pokok balak tu… Kalau masa beliau kecik tu, takde la geli sangat… sbb kalau usik je, beliau akan gulungkan badan… dah besar2 ni, beliau dah malas nak gulungkan badan… usik2 pun budak derkk je..

Jalan2 sket lagi, jumpa yg spesies merah plak… yg ni memang serius geli… sbb warna dah mcm warna lipan bara..

Entry ni bukanlah nak membincangkan (cewahh) tentang kegelian Ustaz Love… sebaliknya perkara tersirat di sebalik ulat ni…

Dalam kesusasteraan Melayu, perkataan ulat sering digandingkan untuk memberi pengenalan kepada seseorang.. Ini jelas menunjukkan bahawa ulat ni sangat dekat dengan kehidupan orang Melayu… mungkin sbb orang dulu2 mengamalkan ekonomi berasaskan pertanian, jadi mudah la nak jumpa ulat2 ni… sbb ulat2 ni spesies herbivor (makan tumbuh2an.. ye ke?)… jadi, memang susah la nak jumpa ulat kat opis ke, kat kilang ke.. sbb ulat tak makan batu dan kertas (walaupun ada kenyataan yg menyatakan “ulat dalam batu pun boleh hidup”)..

Antara perkataan yg selalu kita jumpa berkaitan ulat ni :

1. Ulat bulu

– Jika dimaksudkan secara zahir, ianya memang ulat bulu.. duduk kat daun ke, kat pokok ke…

– Jika dimaksudkan secara kiasan, ianya menceritakan ttg seorang yang gatal (sbb ulat bulu ni, kalau terkena bisanya badan akan jadi gatal2)… bukanlah gatal kulit, tapi gatal yg lain.. iaitu suka menggatal… menggoda.. mengurat dan yg semaksud dengannya..

2. Ulat buku

– Yg ni memang maksud kiasan je yg ada.. sbb ulat takde kaitan dgn buku… maksudnya di sini, seseorang yang selalu berkepit dengan buku (rajin membaca buku)… tapi Ustaz Love pun tak pasti apa kaitannya dengan ulat… mungkin sbb ulat ni jenis yg suka melekat je kat daun ke, kat pokok ke… jadi seseorang yg sentiasa melekat dgn buku (ke hulu ke hilir dgn buku) maka layak la digelarkan ulat buku.. Kalau berkepit dgn laptop, bleh kot digelarkan ulat laptop? Ulat blog ke.. hehe

– Kebiasaannya digambarkan ulat buku ni dengan seorang yg sentiasa berpakaian kemas dan memakai spek mata tebal.. betul ke? πŸ˜€

3. Ulat tiket

– Yg jenis ni mewakili seseorang yg agak negatif sket… sbb ianya dikaitkan dengan tiket.. yg negatifnya, ulat tiket ni biasanya akan menjual tiket lebih mahal drp harga yg sepatutnya.. kadang2, tiket yg dijual tu adalah palsu… selalunya ada kat stesen bas, stadium bola dsb.. belum pernah lagi dengar ulat tiket ada kat lapangan terbang.. hehe

– Biasanya ulat tiket ni ada je setiap masa (siap dgn walkie-talkie).. tapi akan bertambah waktu musim perayaan… sbb masa tu org sibuk nak beli tiket balik kampung… kalau ulat tiket kat stadium plak, biasanya ada masa perlawanan2 bola sepak.. Ustaz Love pernah beli tiket dgn ulat tiket ni masa perlawanan Kelantan vs Negeri Sembilan (final 2009).. Beli tiket berharga RM20 dengan harga RM50… sbb tiket dah habis..

4. Ulat

– Yang jenis ni takde apa2 kaitan… selalunya bertindak sebagai ejen untuk menyelesaikan urusan2 yg mungkin mengambil masa yg lama.. tapi kalau beliau uruskan, jadi sekejap je.. mungkin sbb beliau selalu melepak kat situ, jadi kenal dgn ‘org dalam’… biasanya wujud kat tempat2 nak daftar perniagaan (ROC ke, ROS ke… walaupun dah ada amaran untuk tak berurusan dgn ulat ni).. dan juga kat tempat nak renew lesen, road-tax, tukar geran dsb (tempat apa ni ye? hehe)…

Apapun jenis ulat, walaupun secara umumnya kita memandangnya sebagai negatif, tapi ada juga positifnya… sbg contoh, dgn bantuan ulat tiket, Ustaz Love berjaya dapatkan tiket balik kampung masa raya walaupun terpaksa bayar dgn harga double… Terpulang pada situasi dan keadaan kita memandangnya.. πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
  1. heheh klaka lak entri ni..
    sy pernah ada pengalaman beli tiket bus dgn ulat tiket..masa tu hingusan lagi..taktau pun beliau adalah ulat tiket..huhu

    1. ulat tiket memang tak pakai nametag.. jadi kurang dikenali.. beliau dikenali melalui walkie-talkie yg dipegang… tapi tak semua la.. sbb maintenance bangunan pun pakai walkie-talkie gak.. hehe πŸ˜€

    1. begitu la kebiasaannya… sama ada kita dapat yg betul2 punya, atau yg kurang betul punya… Ustaz Love pernah beli tiket ke Kelantan harga RM50… rupanya naik bas sekolah, seat pun tak bleh turunkan ke belakang… tegak je sepanjang 10 jam perjalanan… huhu πŸ˜€

    1. Kak Jem jangan tak tau… Ustaz Love memang pakar BM masa kat sekolah dulu… kihkih πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme