I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

666 : Bad Omen?

Salam…

Lepas Maghrib ni, sementara menunggu Isyak, Ustaz Love nak bercerita sikit tentang nombor… Tak dinafikan, ramai org sukakan nombor ni… ada yg gunakan nombor sebagai sumber pendapatan (tokey judi nombor ekor, tenung nasib melalui nombor dsb)… Ada orang yg memilih nombor2 tertentu sebagai nombor bertuah (lucky number) dsb.. Ustaz Love pun tak pasti tuahnya kat mana… Sebab dalam pepatah Melayu jelas menyatakan “Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yg tahu… Bertuah2 ayam pun, akhirnya masuk ke kuali juga” (yg part akhir tu, Ustaz Love tambah okeh.. hehe)

Sebenarnya, idea ni timbul bila Ustaz Love tengok kat follower, dah mencecah 666 orang… Nombor macam cantik je.. hehe.. Dan follower yg bertuah dapat nombor itu adalah Insyirah daripada blog Persinggahan Fana.. Jangan salah faham ye, Ustaz Love bukan nak mengatakan yg Insyirah ini mendapat nasib buruk (bad omen / bad luck), sebaliknya Ustaz Love ingin mengalu2kan kedatangan Insyirah sebagai follower ke blog Ustaz Love ni… Juga sebagai tanda terima kasih kerana sudi menjadi follower… Bukanlah Ustaz Love tak berterima kasih kepada follower yg lain, tapi kalau semua Ustaz Love nak buat entry, bleh pingsan Ustaz Love nanti… Jadi, pada kesempatan ini juga, Ustaz Love nak ucapkan terima kasih kepada semua blogger yg sudi menjadi follower… dan juga yg sudi menziarahi blog Ustaz Love ini…

Berbalik pada isu nombor tadi (apsal la nak taip nombor selalu je taip nombot), betulkah ada nombor yg lucky (bertuah) dan nombor yg choy (tak bertuah / sial).. Sebenarnya tiada tuah atau sial pun pada nombor itu… sebagaimana tiada tuah mahupun sial pada nasib manusia (bab ni bleh difahami kalau selalu tengok cerita Melayu dulu2… cerita pasal anak sial.. pelakon Norkumalasari kalu tak silap.. atau cerita tamil)… Semuanya daripada Allah… takdir baik buruk… bukannya daripada manusia, mahupun nombor2..

Ustaz Love pun tak pasti sama ada ianya ada kaitan dengan Feng-Shui… sbb kebanyakan bangunan yg Ustaz Love pergi (bangunan yg dibuat oleh orang Cina), biasanya lif dia takde nombor 4 atau 14(tingkat 4 atau 14.. biasanya ditulis 3A atau 13A)… begitu juga dengan nombor rumah… Mungkin kepercayaan mereka mengatakan nombor 4 itu adalah nombor tak bertuah…

Orang Melayu pun ada yang terikut2 dengan nombor2 ni… tak payah la cerita pasal kaki judi ekor (sbb diorg memang pakar bab2 nombor ni)… Ustaz Love tak nak sentuh banyak perkara berkaitan nombor2 ni (mungkin kat entry yg lain), cuma nak sentuh bab nombor bertuah tak bertuah je dulu.

Kalau kita mempercayai sesuatu nombor itu sebagai bertuah atau tak bertuah, maka sebenarnya kita telah mensyirikkan Allah s.w.t. Sbb yang bagi kebaikan dan keburukan adalah Allah, dan bukannya nombor2…

Maka, Ustaz Love menyeru diri dan rakan2 sekalian… jangan terpengaruh dengan dakyah nombor bertuah (spt yg selalu diiklankan di TV dan akhbar).. peliharalah akidah kita daripada perkara2 sebegini…

Sekian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
    1. sekadar suka takde hal… mcm Ustaz Love pun suka gak no 10.. sbb no yg dipakai striker terhebat dunia.. hehe

      yg tak bolehnya kalau percaya yg nombor tu ada tuah… πŸ˜‰

    1. memang takde makna pun mama… cuma Ustaz Love teringat masa kecik2 dulu ada cerita The Omen.. pasal nombor 666 ni la.. sampaikan member Ustaz Love yg ada no dobi 666 dipanggil Omen, padahal nama beliau sedap kemain.. hehe.. πŸ˜€

    1. salam zety…

      mungkin diorg nak amik yg ganjil berdasarkan hadis :
      “Sesungguhnya Allah itu ganjil (tak genap) dan menyukai yang ganjil (tak genap)” (HR. Muslim)

      Jika nak ambil bilangan yg ganjil, maka tiada masalah… tetapi jika diyakini bahawa hantaran yg ganjil itu membawa tuah, maka itu dah syirik πŸ˜‰

    1. salam bro zul…
      mungkin yg jenis2 moden sket kot.. tak berapa amik pusing pasal luck tak luck ni.. πŸ˜‰

    1. dalam hadis bukan sebut nombor, tapi ganjil (yg tak genap)… sbb Allah itu 1 saja, bukan 2.. dan bukan juga 3 (walaupun 3 itu pun ganjil) πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme