I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Ustaz Love Dan Gambar

Salam…

Beberapa posting yang terbaru, Ustaz Love tak dapat nak masukkan gambar… sbb Ustaz Love tanak google gambar… walaupun banyak lagi gambar dalam kamera yg terbaru, tapi sayangnya laptop yg Ustaz Love tengah guna ni takde image editor (laptop lama Ustaz Love guna photoshop)… kalau letak sebijik2 gambar tu kang, sampai ke Subuh loading tak habis sbb berkapasiti besar…

Lama Ustaz Love terfikir gak.. sampai bila Ustaz Love nak sandarkan penulisan berdasarkan gambar? Sedangkan tajuk blog Ustaz Love sendiri adalah “Ustaz Love Menulis…” dan bukannya “Ustaz Love Bergambar”… Mungkin disebabkan minat Ustaz Love untuk tangkap gambar dan berkongsi gambar tu menyebabkan Ustaz Love selalu terhalang untuk menulis sesuatu idea disebabkan tiada gambar yang bersesuaian… sebab tu kadang2 ada gak entry yg takde kena mengena dengan gambar.. hehe..

Ustaz Love memang minat amik gambar (tapi tak berapa minat bergambar – masukkan diri dlm gambar) sejak daripada kecik lagi… Zaman kecik Ustaz Love agak susah, jadi takde peluang nak miliki kamera sendiri… Teringat lagi masa tu ada satu kamera yg dikeluarkan oleh KFC (Kentaki tu la.. bukan Kamera Fried Chicken taww).. kamera tu kecik je.. kodak pun pakai kodak khas… Ustaz Love kumpul duit belanja sekolah sampai la cukup nak beli kamera tu (rasanya dlm RM10 harganya)… pastu mintak tolong jiran belikan… dah la susah payah nak kumpul duit, jiran tu bleh plak jatuhkan kamera tu masa nak bawak balik.. kamera tu rosak tak bleh guna…

Mujur la zaman2 tu memang ramai McGyver (sila google kalau tak kenal sape beliau ni) yg boleh memperbaiki bahkan boleh menjahanamkan barang2 elektrik masa tu… jiran Ustaz Love ni cuba memperbaiki kamera tu… setelah sekian lama, kamera tu dah bleh guna… Maka dengan gembiranya umpama rama2, Ustaz Love berterbangan menangkap gambar… sukanya hati tak terkata… Bila time nak cuci gambar tu, yg jadinya cuma sekeping… tapi, kira ok la.. terubat gak hati..

Lepas tu agak dah besar sket, Ustaz Love beli kamera kompak… harga dlm RM65… pun sama situasinya… cuma, Ustaz Love agak kedekut nak amik gambar orang sbb kena guna kodak.. pastu nak cuci kena duit lagi… walaupun kamera tu Ustaz Love beli guna duit akak Ustaz Love, tapi akak Ustaz Love pun takde autoriti nak guna… Ustaz Love simpan bawah bantal…

Tak lama, kamera yg murah tu pun rosak… jadi Ustaz Love beralih pada kamera pakai buang… sekali je pakai, pastu kena buang… sbb dah tak bleh pakai dah… gambar pun biasa2 je…

Pastu fasa kamera digital… member Ustaz Love yg belajar kat Jepun offer nak belikan dan bawak balik masa cuti semester beliau… Kira canggih la kamera sebesar 2 anak jari.. pastu sambung wayar kat pc dan print… Ustaz Love upgrade lagi beli sony cybershot versi pengenalan… ni pun kecik je… member Ustaz Love beli dapat separuh harga.. Ustaz Love beli daripada beliau dapat lagi separuh harga… memang best membeli dengan member ni.. hehe…

Seterusnya era kamera henset.. sampai la sekarang ni Ustaz Love dah pakai kamera tuuuttt… tapi kali ni lebih kepada kehendak kerja Ustaz Love… still Ustaz Love masih gila kamera… antara gambar yg paling banyak Ustaz Love amik adalah gambar lobang idung… dan juga gambar pemandangan… tak kisah nak petik banyak mana pun, sbb tak guna kodak… nak print pun bleh pilih2 gambar mana nak print.. tak mcm dulu, semua yg ada dlm kodak tu, semuanya kena print…

Ustaz Love masih lagi terkilan dgn entry pasal gambar.. tapi takde satu pun gambar… Ustaz Love kena kembali ke pangkal jalan… sebab blog ni bukan untuk Ustaz Love bergambar, tapi untuk Ustaz Love menulis… apalah ertinya menulis tanpa gambar, tetapi amatlah tidak bererti sekiranya blog Ustaz Love ni ada gambar je tanpa penulisan…

Janganlah kamu kecewa sekiranya kamu tidak dihargai, sebaliknya kecewalah kamu sekiranya kamu tidak berharga lagi” – hukama’

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
    1. sebenarnya gambar tu sendiri memberi seribu makna… satu gambar bleh ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran… bila dah minat, yg tak pandai pun bleh jd pandai.. tapi susah la nak sampai ke tahap pro.. kena lebih fokus.. hehe πŸ˜€

  1. simpan bawah bantal??? bleh tahan jugak masin tahi hidung ustaz nih. wakaka

    entry usta nih ala2 dirundung malang. kihkihkih

    1. sebenarnya bukan tahi hidung masin… tapi Ustaz Love ni jenis jaga betul2 barang sendiri… mainan yg arwah ayah Ustaz Love beli masa kecik2 dulu, sampai sekolah menengah pun masih elok lagi Ustaz Love jaga.. wariskan pada anak buah, hari tu jugak beliau rosakkan.. huhu

  2. Assalamualaikum…

    Saya pun minat kamera, tapi hanya mampu miliki yang biasa-biasa jerlaa…yang canggih manggih tu…tunggu sampai seru kot.

    Tapi ustaz, entri tanpa gambar pun tak syok jugek.Saya ska search kat google.tempek je kat entri.senang cerita.:D

    1. Waalaikumussalam..

      Sampai seru? Mcm gaya nak pergi haji je.. hehe…

      Ustaz Love mula2 dulu pun suka search je kat google.. tapi lama2 Ustaz Love terfikir yg gambar Ustaz Love amik tu (sekalipun Ustaz Love letak url asal gambar tu) mungkin pemiliknya tak benarkan Ustaz Love amik… mungkin dia ada letak warning kat mana2 dlm blog dia ke… dan Ustaz Love plak takde masa nak belek2 blog tu (sbb datang dgn tujuan nak amik gambar je)… silap2 bleh kena saman..

      Jadi lebih selamat Ustaz Love menggunakan gambar sendiri.. kalau takde, tulis je la kosong tanpa gambar.. walaupun memang tak best kalu takde gambar.. hehe πŸ˜€

  3. gambar yg diambil memberi seribu satu maksud mendalam…sy pon suke amik gambaq..baca entri ni teringat masa di alam sek men. dl..sgt susah nak dapatkan kamera..kena usaha sendiri..lepas tu kedekut plk nak amik gambar org yg tak berkenaan sbb kn cuci semua..org yg tak berkenaan tu plak suka2 jek nak mik gambar tu free2..huu..cuci gambaq pun kena bayaq tau..

    1. zaman dulu zaman susah… nak berhubung pun susah (kena guna surat… telefon awam dsb)… nak amik gambar susah (kena beli kodak dulu… dah la kodak tu mahal).. nak cuci gambar pun susah (kena cuci semua..termasuk gambar yg reject sekalipun)… nak simpan gambar pun susah (kena letak dlm album..senang kena koyak, kena bakar)…

      zaman sekarang memang mudah… maka hargailah kemudahannya… jangan amik gambar bukan2 dah le.. hehe πŸ˜€

  4. baca tajuk ingatkan nak tayangkan gambar sendiri…..oooo nampak gayanya masih menjadi misterilah ya….hehehehe..(jaman2x….)hahahaha

    1. Ustaz Love hanya akan dikenali melalui penulisan.. itulah punca kewujudan blog ni… πŸ˜‰

  5. he3..ustaz..tergelak ana bc nye..tp sweet r story nih..mengingatkan ana pd seseorg yg dh lm x jumpe ayat tu means penggunaan ayat ustaz tu biler dok bc gs mcm sonok je nk tau citer selanjutnye..he3,,dh lm x gelak..baru hari ni back to ceria mood..he3..after 10 years..hu3..

    1. ida… cerita dalam entry Ustaz Love ni jarang yg ada sambungan.. kecuali entry berkaitan saka… memang banyak sirinya.. hehe πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme