I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Tatacara Di Dalam Jamban

Salam…

Sebelum meneruskan penulisan, Ustaz Love ingin memberikan amaran yg paling keras kepada para pembaca… kerana entry kali ini mengandungi unsur2 dan gambar2 yang amat menggelikan… Bukanlah Ustaz Love sengaja nak membuatkan para pembaca loya mahupun muntah2, sebaliknya ada beberapa isu yang tersirat di sebalik kegelian yang tersurat ini…

Kali ni Ustaz Love nak menceritakan tentang operasi jamban.. atau dalam bahasa yang paling supan.. iaitu tandas…

Panggilan jamban agak kekampungan… maka, kalau Ustaz Love balik ke kampung kat Kedah dan menyebut ‘tandas’, maka ia menampakkan yg Ustaz Love ini datangnya daripada bandar… dan terlupa yg Ustaz Love perlu menggunakan bahasa yg lebih dekat dengan penduduk situ… jadi mungkin kurang kemesraannya… Namun, bukanlah perbahasan kali ini merujuk kepada penggunaan bahasa, sebaliknya lebih kepada kaedah dan tatacara penggunaan tandas (dah mcm pendidikan moral gayanya)…

Ustaz Love percaya yg kita pasti akan menggunakan toilet… paling kurang seminggu sekali… maaf.. sehari sekali… sebab dah fitrah kehidupan dunia ini, setiap yg masuk, pasti akan keluar… kita masuk daripada mani bapa kita, kita keluar sebagai baby… masuk ke dalam dunia, kemudian mati (keluar daripada dunia)… kat akhirat je yg takde masuk keluar ni.. dah masuk syurga, takkan keluar2 dah… makan dalam syurga, takde jadi tahi dah…

Jadinya, isu toilet ni menjadi sebahagian isu utama dalam kehidupan manusia…

Nak masuk masjid (tempat suci) pun adabnya.. nak masuk toilet (tempat kotor) pun ada adabnya.. bila kita dapat jaga adab ni, baru la kita dapat kebaikan… inilah yg dikatakan mencari pahala (hidupkan amalan sunnah) di dalam noda (tempat kotor mcm toilet)… Ustaz Love baru je reka pepatah tu.. hehe..

Kalau nak sebutkan semuanya, nescaya panjang berjela la entry kali ni… Jadi, Ustaz Love fokuskan beberapa perkara je yg pada pandangan Ustaz Love ianya menjadi amalan sebahagian umat Islam sedangkan perkara itu tak betul…

Antaranya adalah membaca ketika meneran… Bahan bacaan merupakan bahan ilmiah… Adakah sesuai kita membawa masuk bahan ilmiah meskipun di dalamnya tak terkandung walau satu ayat daripada al-Quran mahupun hadis? Even bahan bacaan tu tak ilmiah sekalipun (majalah kartun dsb) ianya tetap tidak beradab… kerana kita masuk ke toilet dengan tujuan nak ‘melepas’… jika kita membaca, maka proses melepas itu akan mengambil masa yg lama… Akibatnya kita akan berlama2 dalam toilet (mcm berak batu gayanya)… Berlama2 dalam toilet boleh melahirkan penyakit was2… kerana ianya merupakan tempat yg disukai oleh syaitan…

Sebab tu, kita kena cepat2 selesaikan perkara dalam toilet.. bukanlah bermaksud buang separuh, pastu simpan separuh nak buang kat toilet lain plak.. maksudnya, jangan buat benda2 lain…

Termasuklah juga berborak2 dalam toilet.. zaman dulu mungkin jarang berlaku, tapi zaman sekarang dengan teknologi telefon bimbit, jual beli saham pun bleh berlaku dlm toilet…

Termasuklah juga merokok dalam toilet… merokok tu satu hal… Ustaz Love pernah bertanya, apa bestnya merokok masa melepas.. Tapi tiada jawapan yg tepat… habis2 dikatakan bahawa merokok sambil melepas itu sungguh nikmat…

Kalau zaman dulu, orang merokok dalam tandas dengan tujuan nak menghalau nyamuk (sbb zaman dulu, toilet biasanya dekat sungai atau tepi hutan.. jadi nyamuk banyak)… zaman sekarang, sekali sedut asap sekali sedut udara dlm jamban… agaknya sebab tu nikmatnya terasa lain macam…

Apapun alasan dan tujuannya, kena fokus pada tujuan utama penggunaan toilet itu… iaitu untuk melepas… nak membaca, merokok, berborak dsb, sila lakukan di luar toilet… setiap sesuatu itu diciptakan dengan tujuannya… boleh tak kalau kita bayangkan berus jamban digunakan untuk menyikat rambut? Walaupun agak logik, tetapi rasanya kita tak tergamak nak buat mcm tu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Comments

Add a Comment
    1. ada cara nak bagi tak berbau…

      1. tutup idung (acah je..hehe)

      2. bancuh sabun dengan air, dan tuang dalam lubang jamban sebelum melepas.. insyaAllah, bau tu takkan naik ke hidung.. πŸ˜‰

    1. salam bro zul…

      benda yg dah jd kebiasaan kadang2 susah nak buang… tp kena usahakan juga… hehe πŸ˜€

  1. Mak saya selalu pesan

    1) Masuk tandas kaki kiri sambil membaca doa
    2) Pakai selipar di dalam tandas
    3) Tutup kepala bila membuang (katanya untuk mengelak syaitan pulak dari membuang atas kepala kita)
    4) Bila selesai, keluar tandas kaki kanan sambil membaca doa.

    Betulkan ajaran mak saya tu, Ustaz?

  2. Assalamualaikum Ustaz……
    Saya sokong 100% dengan entri ustaz. Nabi kita dah ajar semua perkara dalam kehidupan seharian kita. Nak buat pahala sangat mudah. Betul tak ustaz. Namun saya rasa masih ramai lagi orang Islam yang tidak tahu sepenuhnya adap-adap ketika berada di dalam tandas. Sebagai contoh, cara duduk Rasulullah ketika buang air kecil dan buang iar besar……

    1. Waalaikumussalam Qie Saa..

      Benda yang mudah, belum tentu mudah juga nak diamalkan.. ia bergantung pada iman yg yakin.. mudah saja untuk sebut bismillah, tapi berapa ramai org yg selalu lupa untuk menyebut nama Allah sebelum memulakan sesuatu pekerjaan πŸ˜‰

  3. Assalam..
    nak komen..hehehe

    pertama-lawak la judul entri ustaz..pasai pa gna word ‘jamban” lawaakkk laaa..menggelikan hati πŸ˜€

    kedua- pandai gak ustaz wat pepatah (mencari pahala di dalam noda) fuhh..first class punya pepatah..memang sedap..hikhik9tringin lak nak gna pepatah tu,hihi)

    ketiga-memang x ble blah ayat ustaz(Sebab tu, kita kena cepat2 selesaikan perkara dalam toilet.. bukanlah bermaksud buang separuh, pastu simpan separuh nak buang kat toilet lain plak.. maksudnya, jangan buat benda2 lain..) ada plop macam tu? hikhikhik:D

    keempat-walupun ana gelak tak berenti(memng kalu dah gelak susah nak berenti) ttap inputnya ada..first class gutu.. plik pun ader..napa dlm byk2 tmpat,dlm jamban pun bole jadi tmpat mmbaca..agaknya sb situ lebih sunyi dri library so ley concentrate lebih rr..hikhik

    adoyai..ader2 ja telatah manusia ni.hihiihii

    1. bukan nak berak je.. sebelum masuk jamban, memang kena tutup kepala dan kaki (pakai selipar).. itu adab dan sunnah πŸ˜‰

  4. pelikla..ada gak org bwk masuk buku dlm jamban..
    bagi sy buku tu ilmu yg sgt berharga walaupun secebis kertas pon…rasa mcm xmenghormati ilmu kalo bwk masuk jmban yg kotor n dipenuhi dgn syaitan..

    1. manusia ni memang pelik2 perangainya.. nak jadi ulat buku pun tak perlu la sampai setiap tempat kena berkepit dgn buku.. termasuklah makan sambil membaca.. tercekik tulang ikan, baru padan muka πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme