I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Sukatan Hidup

Salam…

Esok cuti sempena kemenangan pasukan Malaysia dalam kejohanan AFF Suzuki Cup… Asalnya Ustaz Love dah mohon cuti sampai Jumaat (cuti 3 hari), tapi disebabkan esok memang cuti, jadi Ustaz Love adjust sket cuti tu ke hari Isnin.. kira2nya 6 hari la Ustaz Love bercuti… hehe… Sungguh bahagia sekali…

Tapi dalam bercuti ni pun, takde la berehat mana sangat pun… banyak keje nak kena selesaikan… cuti bercuti daripada kerja2 rasmi je.. kerja tak rasmi, kalau tak buat jugak, nescaya tak selesai…

Tadi Ustaz Love makan kat satu kedai tomyam (makan tengahari)… lepas makan tu terasa mual, dan perut terasa semakin mengembang…

Ini adalah gambar makanan hiasan.. bukan makanan lunch td..

Simptom2 jelas macam orang baru trimester pertama kehamilan… Tapi takde kaitan dengan Ustaz Love, sbb bukan Ustaz Love yg mengandung… Masa anak sulung dulu, ada la rasa loya2 mcm orang mengandung. Tak pasti ada kaitan ke tak masa tu… sbb kata orang tua2, ada gak kes2 yg mana isteri mengandung, tapi suaminya yg menanggung alahan mengandung tu.. termasuk la bab2 mengidam tu.. hehe…

Tapi, Ustaz Love mengesyakki bahawa lauk ayam masak lemak kuning yg dimakan masa lunch tadi tu terlebih letak ajinomoto… Ustaz Love pernah bekerja di restoran sebagai tukang cuci pinggan merangkap tukang buat air… Tukang masak kat restoran tu orang Indonesia.. sekali Ustaz Love tengok dia masukkan ajinomoto sesenduk dlm masakan.. terkenjut Ustaz Love dibuatnya…

Lalu Ustaz Love pun bertanya pada beliau, kenapa letak banyak sangat? Beliau cakap, memang orang Indonesia masak letak ajinomoto banyak.. hatta sayur goreng pun dibelasahnya letak ajinomoto.. katanya supaya melezatkan lagi masakan…

Kebetulan, tukang masak kat restoran tomyam tadi pun adalah orang Indonesia… jadi, mungkin juga keloyaan itu adalah disebabkan masakan yg terlebih ajinomoto… Malas Ustaz Love nak bertanya… sebab nasik habis gak sepinggan.. hehe..

Bab2 perasa ni, kena amik ala kadar je… Kalau terlebih, memang boleh merosakkan badan.. tak kira la gula ke, ajinomoto ke, garam ke… kena amik dlm sukatan yg minimum… Tapi takde la sampai langsung takde rasa.. setakat ada warna, tapi takde rasa, memang tak sedap la makanan tu…

Dalam bab agama pun mcm tu jugak.. ada sukatan yg perlu dipatuhi… kalau terlebih sukatan, mungkin boleh mendatangkan mudarat… Pernah dengar ada org yg terlebih berzikir, sampai hilang ingatan (gila isim)? Begitu juga ada yg terlebih berpuasa sampai badan kurus kering… ada yg terlebih berjaga malam (qiamullail) sampai mata cengkung dan menjejaskan pelajaran dan kerja (selalu tertidur)…

Ibadah yg fardhu spt solat, puasa, zakat dan haji memang telah ditentukan sukatannya (waktunya, bilangannya, masanya dsb).. yg sunat, memang kena ikutan spt yg ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat… jangan mereka2 dlm ibadah… walaupun ketika itu kita terlalu ghairah untuk beramal… πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
    1. Salam izzat…

      Yang tukang letak memang takde apa bahaya.. yg tukang makan tu yg bahaya.. hehe πŸ˜€

    1. org Malaysia memang suka yg kaw2.. kopi kaw2, teh tarik kaw, milo kaw siap ada tabur lagi milo kat atas tu (org panggil milo tabur)… jarang sangat yg suka nipis2 ni… kalau berpakaian nipis ramai la.. πŸ˜€

    1. Salam bro zul…

      Arwah ayah Ustaz Love dulu memang tak sentuh langsung ajinomoto lepas kena stroke… sbb kalau beliau makan masakan yg ade ajinomoto, beliau akan sesak nafas.. πŸ˜‰

    1. sbb tu lebih baik makan kat umah terutama bg yg dah berkeluarga.. selain menjimatkan belanja, kita sendiri tahu tahap kebersihan dan keselamatan makanan yg kita makan… sbb kita sendiri yg buat… kalau kita sendiri yg uli dan tebar roti canai, kita sendiri yg tahu masinnya roti tu disebabkan garam atau peluh.. hehe πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme