I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Relevankah Imam Tua?

Salam…

Program Imam Muda Astro membuka mata ramai org sama ada yg memang berjemaah di masjid ataupun ahli jemaah rumah (solat sendiri2)… Sebelum ni, mungkin tak ramai mengetahui bahawa adanya imam2 muda yang bertugas di masjid2… Malah suatu masa dulu pun, Ustaz Love pernah menganggap yg imam2 muda ini hanya akan bertugas di masjid waktu bulan puasa je (untuk solat Tarawih.. biasanya budak2 tahfiz yg dijemput menjadi imam tarawih).

Sebagai info, di Wilayah Persekutuan, hampir 53 masjid (kalau tak silap) mempunyai imam2 yg muda2… sebab wujudnya kekosongan untuk penempatan di masjid2. Jadi, kelihatan la banyak imam2 yg muda berbanding imam2 tua…

Namun, persoalan ditimbulkan sejauh manakah relevannya lagi imam2 tua ini?

Jika dilihat dari sudut hukum dan keutamaan untuk menjadi imam, maka bagi sesiapa yg menghafaz ayat al-Quran dan mempunyai suara yg merdu lebih diutamakan untuk menjadi imam… sebab imam ini memerlukan suara… sbb tu ada orang buta menjadi imam (sebab boleh lagi bersuara)… dan kita belum pernah mendengar adanya orang bisu yang menjadi imam kepada jemaah (kecuali kalau jemaahnya semua bisu)…

Namun, soal relevan tak relevan itu sesuatu yg subjektif… Jika difikirkan, sekiranya imam tua itu dah tak punya gigi, maka adalah lebih baik beliau berundur.. sbb bacaan beliau sudah tentu tak sefasih masa bergigi penuh dulu.. begitu juga yg berpenyakit urat ke, gout ke… hinggakan makmum tersujud dulu daripada imam disebabkan lambatnya imam nak turun sujud (sakit lutut)…

Pun begitu, jika masih lagi sihat dan mampu untuk mengimamkan solat, maka tiada persoalan relevan atau tidak di sini… masjid2 masih memerlukan imam2 tua ini untuk membimbing imam2 muda yang kekurangan ilmu dan pengalaman…

Juga bagi tujuan persediaan sekiranya imam2 muda ni cuti ke, kursus ke, letih sbb petang main bola ke… ataupun imam muda yang nak meraikan kawan2 dia yang datang dari jauh ke… sebab orang muda ni tak kira la imam muda ke, mat rempit muda ke… panjang juga langkahnya… jiwa muda itu masih menguasai diri…

Berbanding imam tua yang kebanyakan masanya dihabiskan di masjid… Sekiranya imam tua ini digulingkan (bahasa kasarnya begitulah… bahasa lembut sikit disingkirkan), maka dikhuatiri akan timbul masalah2 ketiadaan imam sekiranya imam tiba2 ada masalah kat luar.. sedangkan imam2 muda lain pun ada aktiviti yg lain… jadi takde sapa nak ganti… Bila jemaah yg naik jadi imam, maka akan memburukkan situasi dan profession keimaman… Sebab orang tak nak tahu masalah kita… yg penting bagi mereka, takde masalah yg menimpa diri mereka disebabkan perbuatan kita…

Imam2 muda kena lebih menghormati imam2 tua ni.. dan imam2 tua kena lebih menyayangi imam2 muda… walaupun yg tua ni kadang2 cerewet dan sensitif, tapi kalau kita memandangnya sebagai org tua yg perlu dihormati, maka tiada masalah untuk kita menekan sikit perasaan kita ini… Juga kena memandang imam2 muda ini sebagai anak cucu… salah silap yg remeh-temeh tu tidaklah menjadikan kita berburuk sangka dan mengutuk mereka… bila ada rasa sayang, apa yg salah kita akan tegur dengan cara berhikmah dan berhemah… Maka dengan ini, sifat hormat menghormati dan sayang menyayangi akan tersemai di kalangan org tua dan org muda…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme