I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Pentingkah Pandangan Zahir?

Salam…

Soal hati dan perasaan, tiada siapa yang mampu menafsirkannya… kecuali pemilik hati itu sendiri… Tiada org yang boleh mendakwa seorang yang menderma sambil gambarnya diambil dan ceritanya dimasukkan ke dalam surat khabar / berita tv, sebagai seorang yang tak ikhlas dalam menderma… begitu juga seorang yang lebih mengutamakan kerja berbanding keluarga, tidaklah boleh dikatakan bahawa beliau tidak menyayangi keluarganya… soal ikhlas, cinta, sayang, rindu dsb adalah soal hati… bukannya perkara zahir yg mampu dipersoalkan…

Cuma, di situ ada petanda untuk mengenali hati yg baik, hati yg penuh keikhlasan, hati yg penuh kecintaan… melalui pentafsiran secara zahir… namun, ketepatannya bukanlah 100%.. setakat menjadi panduan, bukanlah sumber hukuman…

Untuk mengenali sesebatang pokok itu sihat ataupun sakit, maka secara zahirnya kita boleh melihat kepada daunnya.. Jika daunnya semua kuning (walaupun asalnya hijau), maka itu satu tanda yg pokok itu sedang sakit… Untuk memastikannya, maka kita boleh korek dan lihat akarnya… sbb akarnya itu adalah asas bagi pokok.. kalau akarnya sihat, maka daun, batang, buah dll akan menjadi sihat…

Begitu juga dalam ilmu kesihatan… seseorang yg berpenyakit boleh ditentukan melalui simptom2 (tanda2) zahir spt perubahan warna mata, kuku, lidah dsb… Contohnya, seseorang yg menghidapi penyakit berkaitan hati spt hepatitis, maka matanya akan menjadi kuning… untuk memastikannya, perlu dibuat ujian… kemudian tentukan di mana punca.. lepas tu baru bleh nak bedah ke, apa ke…

Dalam soal kerohanian (agama), ianya boleh dilihat daripada amalan zahir… Untuk menentukan seseorang itu Islam atau bukan, tidaklah tertumpu pada pakaiannya saja.. sbb ramai je org Islam yg berpakaian tidak Islamik (tidak menutup aurat dsb)… ianya perkara hati.. sebab syahadah itu ditentukan dgn 3 perkara iaitu hati (yakin), lidah (ucapan syahadah) dan anggota (amalan yg dituntut dalam syahadah)… org yg mengucapkan syahadah, tetapi dalam hatinya tidak yakin dgn keEsaan Allah, maka mereka itu dari kalangan munafiq… mereka yg mengucapkan syahadah dan yakin dalam hatinya, tetapi melakukan dosa2 (tidak menepati tuntutan syahadah) maka mereka tergolong dalam golongan fasiq…

Cuma, dalam keadaan2 tertentu, banyak perkara zahir diambil kira dalam menentukan sesuatu perkara berkaitan batin (rohani)… Ustaz Love mengambil contoh suatu peristiwa yang sangat menggemparkan pernah berlaku di India suatu ketika dulu.. iaitu kebocoran gas di Bhopal… ketika itu, ramai orang India yang mati bergelimpangan di jalanan… sangat sukar pihak berkuasa untuk menentukan mayat2 itu sebagai Muslim atau tidak kerana banyaknya mayat… dan masa terlalu suntuk.. jika dibiarkan lama2, maka akan mewujudkan wabak (mayat yg dibiarkan lama boleh menyebarkan penyakit)…

Maka, pihak berkuasa mengambil keputusan iaitu dengan mengasingkan mereka2 yg berjanggut dgn tak berjanggut.. yg berjanggut diletakkan dalam kumpulan orang2 Islam.. dan diuruskan secara Islam… bagi yg tak berjanggut, maka mereka memeriksa kemaluan untuk menentukan sama ada mayat itu berkhatan atau tak.. jika berkhatan, maka diletakkan dlm kumpulan orang Islam…

Suatu keaiban bila mayat org Islam ditentukan melalui cara melihat kemaluan mereka.. tapi, manusia cuma boleh memeriksa yg zahir… dan zahirnya sunnah orang Islam ini adalah melalui janggut…

Sebab itu, perkara zahir ini juga penting untuk diberikan perhatian… walaupun yg batin (rohani itu) itu sebenarnya lebih penting… sebab yang zahir itu kebiasaannya melambangkan yg batin… Sebab tu dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. memberitahu jika hati itu baik, maka akan baiklah seluruh anggota… zahir yang baik tidaklah menentukan hati seseorang itu baik (sbb ada kemungkinan berpura2).. ia cumalah sebagai suatu tanda… sedangkan yg sebenarnya, hati yg baik itulah yg akan menjadikan amalan zahir menjadi baik…

Daun yang hijau tidak menjadikan akar itu sihat, sebaliknya akar yg sihat itulah yg akan mengeluarkan daun yg hijau πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
    1. Ustaz Love pun dengar daripada seorang Maulana India yang datang berdakwah ke Malaysia.. lama dah πŸ˜€

      1. maaf, ustaz..saya x stuju dgn pndagn ustaz ttg pakaian/ mnutup aurat dimana pandangan ini menyerupai dgn pandangan sister in islam…tak pe x tutp aurat yg penting hati!! adakah itu maksud ustaz???bgaimana kalu pndapat tak pe x solat sebab malas, lagi pun itu cuma dosa sbb tak solat bukannya menafikan solat itu wajib?? dan pendapat saya yg jahil ini, perkara spt ini bakal merosakkan akidah bila kita berpegang pada logik akal semata-mata sedangkan tuntutan agama pling penting kita turuti, jgn tergelincir akidah atau iktikad sudah…Astagfirullah…

        1. Ustaz Love yg tersilap fakta atau tuan yg tersilap faham? kat mana yg Ustaz Love kata takpe tak tutup aurat tu? dan apa kaitannya dengan tak solat dan mengingkari kewajipan solat? πŸ˜‰

          1. Ntah nyer. Sy pn x nmpk part mane Ustaz kate xpe tak solat, xpe x tutup aurat. Hmm…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme