I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Penilaian Prestasi

Salam…

Dah nak akhir tahun ni, maka para hamba kerajaan (government servant) akan sibuk mengisi borang penilaian prestasi… tujuannya agar prestasi kerja sepanjang tahun dapat dinilai dan diberi markah… Dengan markah itu akan ditentukan sama ada tahun depan bleh naik gaji ke tak…

Ustaz Love pun tak terlepas gak kena isi penilaian prestasi tu… Tapi mcm biasa, Ustaz Love jenis buat last minute… Kalau dulu, bleh la melambat2.. sbb masa tu isi secara manual (isi borang)… tahun ni, kena isi dalam sistem maklumat peribadi… mulanya kena buat kat HQ je sbb talian LAN kerajaan je yg bleh akses… tapi mungkin disebabkan berjuta2 pegawai kerajaan mengakses sistem tu, menyebabkan loading page menjadi selembab lintah bulan… Dah la komputer kat situ sedia lembab…

Tapi Ustaz Love dapat berita daripada member yg sistem tu dah bleh akses melalui internet… Jadi, bleh la Ustaz Love siapkan kat umah je… Tergendala agenda nak melepak kat HQ… Ustaz Love pun dengan bahagianya cuba la nak masuk ke sistem… tapi tak bleh plak… bos Ustaz Love senang2 je bleh masuk.. Nampak sangat laptop Ustaz Love tak support sistem tu… sbb lain OS (Operating System)…

Ingat nak pinjam laptop bos je… Sebab esok dah start kursus sampai Khamis.. Jumaat plak rasa mcm nak amik cuti… Jadi, masa memang dah terlampau cemburu buta dengan Ustaz Love…

Lepas makan ni nak fokus buat kerja dulu… Kerja bertimbun kena selesaikan satu2 gak… kalau nak selesaikan semua sekaligus, jawabnya satu pun takkan selesai.. Kalau selesai pun, tak menepati kualiti yg dikehendaki… Jadi, kerja pertama yg perlu diselesaikan adalah masalah perut.. kena isi dulu.. dah selesai, baru pikir kerja seterusnya…

Selamat menjamu selera

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme