I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Mari Bertarannum

Salam…

Dah agak lama rasanya Ustaz Love tak posting tentang hal2 agama… kesibukan dengan kursus dan program akhir tahun menyebabkan Ustaz Love tak berkesempatan nak buat entry yang agak ilmiah (cewahh)… Jadi, dengan kesempatan cuti yg ada ini, Ustaz Love cuba untuk mengikis karat2 pada otak untuk fokuskan satu bab yg agak penting walaupun tak ramai orang amik pusing.. iaitu berkaitan tarannum…

Secara mudahnya, kita fahami tarannum itu dengan maksud membaca al-Quran dengan berlagu… kira betul la tu… kalau baca tanpa berlagu, walaupun bertajwid maka ianya bukanlah tarannum.. sebaliknya berkhutbah (Ustaz Love selalu bawak gaya bacaan bertajwid tanpa lagu ketika membaca ayat2 al-Quran dalam khutbah)..

Yang menjadi perbahasan di sini, bila ada yg mengatakan secara tegas bahawa bertarannum dalam membaca al-Quran itu hukumnya haram…

Rata2 Ustaz Love dapat simpulkan (bila baca blog2 dan forum2 agama), kebanyakannya masih lagi tidak dapat memahami dengan jelas apa yg dikatakan dengan “at-taghanniy bil quran” (melagukan al-Quran) dan dibezakan dengan melagukannya mengikut lagu ahli fasiq dan kitabain (yahudi dan nasrani)…

Ustaz Love tertarik dengan satu perbahasan seorang Ustaz (yg tengah menyiapkan tesis Master berkaitan tarannum) dengan seorang pensyarah agama sebuah universiti terkenal… pensyarah tersebut dengan lantang menyatakan bahawa tarannum itu hukumnya haram… lalu disuruh oleh Ustaz tersebut agar pensyarah itu membacakan surah al-Fatihah… lalu beliau pun membacanya dengan suara yg merdu (ala2 al-Ghamidi)… maka, kata Ustaz itu kepada pensyarah tersebut “itulah sebenarnya bacaan bertarannum”…

Kita tak dapat memahami hakikat tarannum ini sebab kita tidak mempelajarinya secara khusus… Kita cuma mengikut2 cara bacaan as-Sudaisi, al-Ghamidi, al-Affasi, al-Khusairi, Syeikh Jibril, Dr. Ayyub dsb tanpa mengetahui bahawa gaya bacaan mereka2 itu adalah gaya bacaan bertarannum… ada naik turunnya, tinggi rendahnya… Jika mereka tidak membaca mengikut kaedah bertarannum, dah tentu bacaan mereka akan sumbang… tapi telinga kita sedap mendengar bacaan mereka disebabkan suara arab mereka (spt dlm hadis “iqra’ul Quran bi luhunil ‘arab wa aswaatiha” (bacalah al-Quran dengan lenggok Arab dan suara Arab)) dan lagu tarannum yg mereka bawa…

Ustaz Love pun baru je menyedarinya apabila fasilitator dalam group Ustaz Love (masa kursus tajwid dan tarannum minggu lepas) membandingkan bacaan al-Ghamidi dengan kaedah tarannum (tak ingat plak sama ada al-Ghamidi banyak menggunakan tarannum rast ataupun nahwan)… maka jelaslah bahawa gaya bacaan Imam2 Haramain yg kita dengar itu sememangnya bacaan bertarannum…

Yang membezakan bacaan mereka dengan bacaan qari (sila sebut dengan huruf ‘qaf’ dan bukan ‘kaf’… takut menjadi kari plak.. hehe) masa Majlis Tilawah al-Quran adalah bacaan mereka mengikut pembahagian tarannum.. iaitu tarannum asli dan murattal…

Tarannum asli ni bukan gaya bacaan org asli, tapi tarannum yg menjaga sepenuhnya hukum tajwid, waqaf ibtida’ (tempat berhenti bacaan dan permulaan bacaan) serta kesesuaian suara bergantung kepada penghayatan isi bacaan al-Quran itu… maksudnya sbg contoh… jika ayat itu menunjukkan tentang azab, maka suara dan tarannum yg lebih sesuai digunakan adalah suara tinggi… jika ayat itu menerangkan tentang nikmat syurga, maka suara dan tarannum yg lebih ‘gembira’ digunakan… Ini memerlukan latihan yang banyak (tambah2 lagi kita ni bukannya Arab. jadi nak asah lidah tu kena amik masa.. tambah2 lagi kita kurang faham dgn makna ayat yg dibaca)… juga perlukan suara yg merdu serta nafas yg panjang… kalau nafas tak panjang, mcm mana nak bawak tarannum sampai ke tahap bayyati sampai jawabul jawab (istilah ni tak faham pun takpe… cuma nak bagitau, jawabul jawab tu antara peringkat tarannum suara paling tinggi) dan dalam pada masa yg sama nak kena menjaga hukum tajwid seperti mad lazim yg panjangnya sampai 6 harkat? Sebab itu tak ramai yg mampu untuk menjadi qari… ramai yg menjadi kari sbb suka lepak kat mamak.. hehe

Satu lagi bahagian tarannum iaitu tarannum murattal… inilah tarannum yg biasa kita bawak dalam solat… sebab kita mengambil harkat minimum dan dalam masa yg sama kita juga meminimumkan kaedah tarannum… sebab itu kita tak pernah dengar al-Ghamidi ke, al-Affasi ke baca mcm tarannum asli… ini disebabkan mereka membaca secara tarannum murattal…

Cumanya, dalam melagukan al-Quran ini, jangan sampai kita melagukannya mengikut lagu ahlul fisq (golongan fasiq)… baca al-Fatihah mengikut irama dondang sayang ke… itu yg haram sebenarnya… juga bertarannum yg mana mengubah hukum tajwid dan mengubah maksud sebenar ayat al-Quran, ini juga adalah haram… Sebab itulah, dalam bab mengaji ni kena berguru… bukan melalui kaset mahupun youtube Syeikh Sudais ke… takut2 kita tersalah dalam bacaan, dan sudah tentu Syeikh Sudais takkan telefon kita bagitau bacaan kita silap.. melainkan dengan cara talaqqi dan musyafahah (belajar berdepan dengan guru), tidak ada cara lain yg lebih efisien untuk mempelajari al-Quran…

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
  1. syukran for the info. my mom sgt suka bab2 tarannum ni–tak pernah miss rancangan mari bertarannum kat tv–and she’s talented too…tp anak2 termasuk me tak de bakat langsung–me belajar tajwid dgn tok guru yg fames kat kg me, tp me tak pandai langsung bertarannum, so me baca quran mendatar ajer–rasa satu kerugian…kalaulah ada peluang, nak jugak masuk kelas bertarannum secara proper

    1. insyaAllah mama… selagi ada nyawa, selagi tu peluang nak belajar tu ada… yg penting bacaan kita tu sedap di telinga kita sendiri… baru seronok nak baca selalu πŸ˜‰

    1. kalau tak berguru, takde sapa nak tegur kalau silap.. dan takde sapa nak sahkan kalau betul πŸ˜‰

    1. peluang sentiasa ada.. ada yg datang sendiri, dan ada yg kena cari… kalau tak jumpa cari lubang kat dinding, maka buat la lubang guna paku ke… kalau belum jumpa peluang, maka cari la peluang.. atau cipta la peluang.. hehe πŸ˜€

  2. hehe..sy pnah blaja trannum..smpai x cukup napas..yela xde kmahiran sgt..blaja utk 1 sem je..itu pun tak blaja smua..cuma bayati,hijaz dan s0ba aje..bleh ingat lagi ni tausyeikh2 die..hehe

    1. bagus la kalau dah ada asas… dah tak susah sangat nak sambung balik…

      bab nafas tu perlukan latihan… dan beberapa pantang larang spt jgn makan benda sejuk (spt tanaman menjalar), minum ais dsb…

      Tan Sri Syeikh Ismail (Imam Besar Masjid Negara) bleh tahan nafas dekat 5 minit… walaupun beliau dah umur 60 lebih… Ustaz Love nak tahan nafas 10 saat pun tak lepas.. hehe πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme