I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Majlis Nikah

Salam…

Ustaz Love tadi ada 2 jemputan kenduri.. tapi Ustaz Love terpaksa memilih satu je sebab masa tak berapa nak ada… dan perut pun tak berapa nak kosong.. takut meletop berterabur nasik plak tengah2 jalan nanti…

Jadi Ustaz Love memilih untuk menghadiri satu kenduri yg ada akad nikah… sebab Ustaz Love kena jadi saksi… jadi kena la utamakan yg itu.. lagipun bapa pengantin tu dah hampir tiap2 kali jumpa, mesti akan ingatkan Ustaz Love supaya datang ke majlisnya.. jadi, tak manis plak kalau Ustaz Love menguzurkan diri…

Ustaz Love takde gambar pengantin.. sebab rasa mcm tak munasabah plak saksi sibuk nak mengambik gambar… takut tertukar dengan jurugambar plak kang… Jadi, Ustaz Love pun berlagak tenang walaupun agak nervous… tapi takde la senervous pengantin lelaki kat depan…

Jurunikahnya member Ustaz Love… tapi beliau tak nikahkan, cuma uruskan borang2 dan prosedur pernikahan je… bapa pengantin perempuan yg akan melakukan akad nikah…

Waktu jurunikah memulakan khutbah nikah, Ustaz Love tengok pengantin dah bercucuran air mata (teringat satu pepatah cina : “apabila keranda diusung, barulah air mata bercucuran).. bukan pengantin perempuan okeh… tapi pengantin lelaki… sikit punya macho dengan misai dan janggut, tapi gugur juga air mata lelaki beliau…

Ini bukan kali pertama Ustaz Love melihat pengantin lelaki menangis… Ustaz Love pun tak pasti apa perasaannya… mungkin juga beliau rasa terharu, sedih, berdebar2, gembira dsb.. semuanya bercampur-baur sekali… Sehingga terpaksa ditenangkan oleh kawan2 beliau di sebelah… Ustaz Love tak sanggup nak memandang beliau lama2, takut nnt air mata Ustaz Love plak yg tumpah…

Bila akad nikah dilakukan, beliau nampak berkeyakinan… dan Ustaz Love serta seorang lagi saksi mengesahkan lafaz qabul beliau… akhirnya selamatlah beliau menjadi suami orang… Bak kata member Ustaz Love, nak nikah ni bukannya payah… yang payahnya tanggungjawab selepas bernikah…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. moment terindah dlm hidup setiap insan πŸ™‚ me plak, tak nangis pun masa akad nikah :p rasa biasa jer, cuma debar2, and lega bila dh selamat semua..tu jer πŸ™‚

    1. kalau akad nikah org Johor, memang feel… sbb lepas selesai akad, ada upacara penyerahan anak perempuan… masa mak pengantin pempuan baca skrip tu, memang sebak mendengarnya πŸ˜‰

  2. pengantin tu nangis mungkin sebab banyak cabaran kot masa nak kahwin. kira nangis gembira laa tu, ustaz.

    ustaz dulu nikah tak nangis ke? πŸ˜€

    1. Ustaz Love takde dlm scene nangis2 ni.. mungkin sbb mak ayah dah takde.. kalu mak ayah ada masa majlis tu, mungkin terkeluar jugak la air hidung setitis dua πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme