I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Kepentingan Diari

Salam…

Ustaz Love nak kena submit salinan sijil kat HQ hari ni… kalau tak, ditakuti Ustaz Love akan dipanggil untuk kursus seawal tahun depan. Awal tahun ni, Ustaz Love diarahkan supaya mengikuti kursus kebakaran dan pemakanan sihat yang tiada kaitan langsung dengan bidang tugas Ustaz Love.. puncanya tahun lepas Ustaz Love terlupa nak submit salinan sijil.. rupa2nya diorg ingat Ustaz Love langsung tak pergi kursus tahun lepas… itu yang dibagi kursus awal… terkial2 Ustaz Love sorang sbb takde member lain yg sama2 kena kursus..

Bukannya malas nak hantar atau apa… cumanya, disebabkan terlalu banyak kursus (cuba bayangkan.. tahun ni je jumlah hari Ustaz Love berkursus adalah 40 hari.. itu yg Ustaz Love ingat je.. padahal banyak lagi yg Ustaz Love terlupa nak masukkan) jadi sijil2 Ustaz Love pun dah berselerak di sana sini.. bila tiba masanya nak kena submit, memang tak jumpa la nak mencarinya (selalunya mcm tu la.. time kita tak perlukan, ada je… time kita nak guna, masa tu la tak jumpa)…

Awal tahun memang semangat la nak tulis diari (diari kerja.. bukan personal diary)… apa je kursus ke, program ke, peristiwa ke… mesti nak masukkan dalam diari.. supaya sentiasa alert dengan tugasan… dah masuk pertengahan tahun, jadi malas plak nak menulis… Bukak pun tak…

Sebenarnya catatan pada diari banyak membantu kita dalam mengingati sesuatu peristiwa.. bahkan ada satu kes, diari dijadikan bukti dan alibi yg mengesahkan beliau tiada di tempat kejadian jenayah (crime scene)… Cumanya, kalau kita tak jaga diari sebaiknya, banyak rahsia dan maklumat boleh terbocor daripada situ…

Kalau kat kedai2 buku, ada gak diari yg dijual yang siap ada mangga… tapi tak praktikal.. sbb kalau kena curi, senang2 je bleh kopak mangga tu..

Dan akhir tahun ni, biasanya Ustaz Love dapat diari free… tapi sampai sekarang belum ada apa2 berita… azam tahun baru nak penuhkan diari dengan segala peristiwa… senang nnt bleh jadi modal nak buat entry…

Siapa ada beli diari TGNA? Siap dengan waktu solat sunat, waktu zikir dsb… sangat sesuai untuk muhasabah amal ibadah kita… 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
    1. boleh jadi diary gak kalau update tiap hari.. cumanya, kalau dlm keadaan tertentu (laptop takde ke, internet down ke) tak bleh gak nak mencatat… better ada dua2.. softcopy (blog) ada, hardcopy (diari) pun ada 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme