I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Jajan

Salam…

Ustaz Love tgh dalam mood percutian.. agak panjang la kiranya.. sbb esok dah amik cuti… Selasa plak cuti awal Muharram… kebetulan plak masa Ustaz Love nak apply cuti minggu lepas, ramai gak member2 Ustaz Love yg apply cuti hari yg sama… dah akhir tahun ni, bukan mudah nak bercuti… sbb kursus terlalu banyak nak kena attend.. sementara kursus blom jalan lagi, maka adalah lebih baik apply cuti… cuti rehat pun banyak lagi…

Bila dok kat umah ni, memang agenda utama adalah makan2… kejap2 nak makan.. dah mengalahkan orang mengandung yg mengidam plak… perut pun dah ala2 org mengandung.. hehe

Makan jajan (makanan ringan – dlm bahasa jawa kalu tak silap) memang merupakan kegemaran Ustaz Love semenjak kecik sampai la ke zaman remaja sekarang ni… semuanya sebab perisa beliau yg sangat sedap… kalau sebut jajan masa kecik2 dulu, tak dapat tidak, akan teringat watak Mat Sentul yg mendominasi iklan2 masa tu… Ding Dang.. Tora.. Cikedis.. Super Ring dsb.. tapi Ustaz Love memang respek kat Mat Sentul.. bagi Ustaz Love, beliau merupakan seorang genius.. bayangkan beliau bleh terfikir nak buat scene (dlm salah satu filem lakonan dan arahan beliau) tumbuk sambal belacan atas kapal terbang… Ustaz Love pun takleh nak terfikir sampai ke tahap tu… hehe…

Cumanya, jajan2 segera mcm ni memang berbahaya… terutama yg jenis jeruk2 dan asam2 tu (pehh.. kecur plak air liur Ustaz Love)… malah kajian menunjukkan peratusan tertinggi yang menghidapi kanser perut adalah daripada kaum Cina (mungkin sbb diorg suka makan jeruk2 dan asam2 ni)…

Jadi, alternatif yg terbaik untuk menggantikan jajan dalam bungkusan yg penuh dengan pewarna dan perasa tiruan yg berbahaya adalah dengan menggoreng sendiri keropok… Ustaz Love suka menggoreng keropok sbb suka tengok beliau berkembang masa kena minyak panas… lepas tu simpan dalam tin biskut.. masa2 terluang (tgh tgk tv ke, tetamu datang ke) bleh hidangkan keropok goreng bersama kopi kampung… pehhh… nikmat sungguh…

Tapi, kalau dah time malas nak menggoreng tu, jajan dalam bungkusan gak yg dituju… bukan tak bleh makan langsung, cuma kena kurang2kan… apa2 yg berlebihan tu, memang mendatangkan mudarat… amik wuduk guna air paip yg dibukak laju pun bleh menjerumuskan ke dalam pembaziran… beribadah sampai terlupa anak bini pun bleh mendatangkan dosa…

Kuncinya bersederhanalah… dan jangan melampaui batas…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
    1. mamee tu kalau makan saje ok lg.. cuma kalau masukkan serbuk dlm paket (yg dia letak dlm bungkusan mamee tu), yg tu memang bahaya.. 😉

  1. salam ustaz,

    Firman Allah SWT yang bermaksud: “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (halalan toyyiba) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; Kerana Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu” (Surah al-Baqarah, 2:168).

    Bagi menghuraikan maksud halalan toyyiba dalam ayat di atas, Jalaluddin Muhammad dalam Kitab Tafsir al-Jalalain, menyebut bahawa perkataan toyyiba (baik) itu adalah sifat kepada halal itu sendiri. Maka dapatlah di fahami bahawa setiap makanan yang halal itu mestilah juga baik daripada pelbagai segi samada bahan campurannya, bersih dalam proses penyediaan dan dapat memberi manfaat kepada tubuh badan manusia.

    kenapa kita perlu bersederhana pada benda atau makanan yang kita tahu takde manfaat langsung..malah boleh mendatangkan penyakit berbahaya??

    makanan yang kita makan akan jadi darah daging..andai tak elok makanan tersebut, maka secara logiknya..tak eloklah jugak perangai dan akhlak kita..
    wallahu’alam..

    harap ustaz dapat beri penjelasan kerana ana rasa penjelasan ustaz di atas boleh menimbulkan salah faham.
    alfu syukran

    1. salam nik..

      Penjelasan Ustaz Love rasanya dah difahami.. apa juga benda yg berlebihan, pasti ada mudaratnya.. bila dah sampai tahap mudarat, maka hukum harus dah bertukar jadi haram..

      Even gula yang bermanfaat pun perlu diambil sekadarnya (kalau kurang gula dalam badan pun bleh menyebabkan penyakit)..

      Makanan memang akan jadi darah daging.. cuma isu berkaitan adalah soal halal haram / syubhah makanan itu sendiri yg menjadi darah daging… bukannya jenis makanan.. kalau cikedis yg ada logo halal JAKIM pun dikatakan syubhah dan boleh menyebabkan akhlak jadi buruk, maka bagi Ustaz Love ianya satu pelampauan dalam memahami usul agama…

      Permudahkan, jangan menyusahkan.. nak makan, silakan.. tak nak makan, takde masalah.. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme