I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Imam Muda

Salam…

Hujan lebat sempat sempat membasahkan diri Ustaz Love tadi walaupun Ustaz Love mencuba sedaya upaya melarikan diri daripada ditimpa hujan… Baju basah menyebabkan Ustaz Love memakai baju dalam je sementara menunggu kemeja kering (jangan salah faham okeh… baju pagoda, bukannya bra)… Nampak la ranggi sikit mcm budak remaja… hehe

Beberapa ketika dulu, telinga Ustaz Love menerima perkhabaran daripada seorang Ustaz… ada jemaah mengadu kepada beliau bahawa imam muda di masjidnya agak ranggi… tak sesuai dengan gaya imam… sebab waktu imam tu nak keluar dgn isterinya, beliau nampak imam tu berseluar yankey, jambul di depan.. serta berkaca mata hitam…

Katanya lagi, imam itu nampak tak tsiqah (tak bleh dipercayai) sbb berpakaian sebegitu…

Lantas ianya menimbulkan tanda tanya di kepala otak Ustaz itu serta kepala otak Ustaz Love sendiri… Adakah imam muda.. ataupun Ustaz muda… ataupun siapa2 la yg dikaitkan dgn urusan agama spt pegawai agama muda, jurunikah muda, kadi muda dan pemuda2 yg lain… kena bergaya seperti gaya orang tua? Berkain.. berjubah atau berbaju melayu… berkopiah setiap masa…?

Lalu Ustaz itu pun menjawab kepada pak haji yg mempertikaikan imam muda tersebut… Katanya, imam tu masih muda… beliau kena la bergaya sesuai dengan kemudaan beliau… kalau pak haji tu yg pakai seluar yankey jambul di depan, memang la tak seswai… sbb pak haji tu dah tua.. kena la bawak gaya orang tua…

Dan tsiqah (kebolehpercayaan) takde kena mengena dengan pakaian… melainkan jika imam muda tu berpakaian tak tutup aurat ke.. atau mcm kumpulan sesat black mental ke, pakai pakaian rock yg koyak rabak dan berduri2 di jalanan tu ke… itu baru la bleh nak kata tak seswai…

Apapun, memang ada benarnya kata Ustaz tersebut… cuma, untuk mengelakkan fitnah seperti ini, seeloknya dielakkan dulu… agak2 dah jauh daripada kariah masjid tu, maka masuk je toilet, tukar la nak pakai apa pun… sbb sebagai imam, kena meraikan juga pandangan jemaah…

Dan sebagai jemaah, kita jangan terlalu fokuskan sangat kesalahan imam kita… kadang2 beliau terlupa ayat pun, seminggu kita dok bercerita dgn orang… padahal, kalau beliau takde, kita pun tak sanggup nak duduk kat depan menggantikan beliau…

Give and take, it will give you another piece of cake (jangan cari ini dlm kamus peribahasa… sbb ianya ciptaan spontan Ustaz Love) πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
    1. itu yg kebanyakan org muda tak mampu, mama… member2 Ustaz Love ramai yg tolak apabila ditawarkan jawatan imam.. sebab2 mcm ni la.. πŸ˜€

    1. betul tu kak yon.. kadang2, org suka tgk benda remeh-temeh sbb dah takde cerita nak diborakkan.. πŸ˜‰

  1. hmm..situasi ni, mmg selalu terjadi, manusia mmg tak leh dari kesilapan walaupun dia seorang imam, cuma apa yg kita boleh lakukan yang terbaik..dan pedulikan cakap org..;-)

    1. reputasi imam pun bergantung gak kat cakap2 jemaah… sbb org yg di depan, selalunya dipandang oleh banyak mata.. kadang2 imam tak kenal pun ahli jemaah, tapi jarang sangat ahli jemaah yg tak kenal imam πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme