I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Hidup Beralasan

Salam…

Lepas daripada perlawanan bola sepak semalam, banyak kenyataan2 yg dikeluarkan oleh penyokong2 pihak yang menang, apatah lagi penyokong pihak yg kalah… Ada yg kata penyerang Safee Sali itu orang Acheh (Indonesia)… ada yg kata Fahmi (goalkeeper) Malaysia tu orang Jepun… tapi bila diajukan kembali pertanyaan bahawa Gonzales (penyerang Indonesia) berasal daripada Uruguay, maka dikatakan bahawa itu kes lain.. sbb Gonzales tu dah berdarah Indonesia…

Itu baru isu kerakyatan (mungkin bengang disebabkan Malaysia diwakili oleh 100% rakyat Malaysia)… belum lagi isu laser… sampaikan goalkeeper Indonesia bertindak melakukan aksi drama untuk menghentikan permainan selama 5 minit (waktu tu Malaysia tgh melakukan serangan) kerana didakwa terkena pancaran laser yg boleh menyilaukan bahkan membutakan mata…

Padahal semasa kekalahan Malaysia 5-1 kepada Indonesia sewaktu perlawanan peringkat kumpulan dulu, goalkeeper Malaysia pun disuluh gak dgn cahaya laser.. tapi takde drama pun berlaku ketika itu…

Sekali Ustaz Love dah jadi mcm Haji Hasbullah Awang plak.. terlebih ulas.. sampaikan yg tak penalti, dikatakan dapat penalti… kihkih..

Sebenarnya, fokus Ustaz Love bukanlah pada perlawanan semalam… dah menang, apa nak kata lagi ye tak? Kalau kalah, bleh la tumpang semangkuk nak mengutuk pasukan sendiri…

Ustaz Love nak fokus pada sikap suka mencari alasan.. hinggakan sampai ke satu tahap, alasan tak logik pun boleh digunapakai… sesuai sangat dgn peribahasa “tak dapat rotan, akar pun berguna”..

Kadang2, bila kita kita melakukan kesalahan, kita kena mengaku kesilapan.. jangan fokus pada mencari alasan… sebab dengan memberikan pelbagai alasan, lebih menonjolkan sikap kita yang tak boleh menerima teguran atas kesalahan kita… tambah2 lagi jika alasan itu merupakan alasan yg direka2… elok2 ada satu salah, dah tambah satu lagi salah…

Bila kita melakukan kesilapan dan mengakuinya, maka tidaklah ianya merendahkan darjat dan martabat kita.. tapi lebih menaikkan tahap kita di sini Allah atas kerendahan hati kita.. dan lebih memudahkan proses taubat kerana dah ada benih2 keinsafan di situ…

Kalau tak, maka kita akan dipandang sebagai seorang yg egoistik… dah salah pun masih berkeras dan memberi alasan.. Mungkin kalau beliau betul pada ketika lain, maka akan lahir perasaan riak dan ujub dalam diri.. sbb beliau betul dan orang lain salah…

Kebenaran itu memang pahit.. tapi ketahuilah bahawa yg pahit itulah yg biasanya dijadikan ubat…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. katanya tak jadi lawan kat GBK sebab stadium Bung Karno tu rosak teruk dek kerana rakyat Indo tu merusuh masa nak beli tiket.

    tapi pegawai FAM dah berlepas pun ke Indo. Lawan gak kat sana tapi katanya dengan stadium yg kosong. ye laa..dah pagar keselamatan antara penonton dan pemain dah runtuh.. hehehe

    1. biasanya, alasan diberi supaya orang tak memandang rendah kepadanya atas kesilapan yg dilakukan…

      teringat alasan pendekar bujang lapok “kami belajar setakat huruf tha je.. sebab lepas tu cikgu kami meninggal… innalillah”.. hehe 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme