I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Gunakan Pada Tempatnya

Salam…

Sekejap je cuti.. esok dah masuk keje balik… Bila masuk akhir tahun ni memang terasa betul kemalasannya nak bekerja… Hasrat hati nak menghabiskan baki cuti yg ada sebelum masuk tahun baru, tapi banyak plak keje nak kena siapkan..

Ustaz Love tak pasti pernah tak cerita pasal ni… sbb dah banyak entry Ustaz Love tulis (masuk entry yg ni dah 460 entry Ustaz Love terbitkan.. cewahh) jadi Ustaz Love pun tak punya masa sangat nak cek… dan tak ingat plak dah pernah tulis pasal ni ke tak.. kalau dah, maka anggap je la sebagai ulangkaji… walaupun tak masuk dlm exam…

Ustaz Love pernah ditanya dalam satu kursus, apa yg boleh dibuat dengan sebuah tong sampah… lalu ditunjukkan sebuah tong sampah yg ada penutup… maka Ustaz Love pun dengan seriusnya, menyenaraikan kegunaan yg boleh diaplikasikan untuk sebuah tong sampah… contohnya boleh buat letak beras, boleh buat simpan air, bleh buat simpan ikan keli dsb… Siapa yg dapat bagi kegunaan tong sampah yg terbanyak akan mendapat tambahan markah dalam kursus..

Bila cukup masa, Ustaz Love pun hantar jawapan kat fasilitator… setelah beliau membandingkan dengan jawapan member2 yg lain, takde sorang pun yg menang… sebab jawapannya adalah satu kegunaan saja.. iaitu untuk diletakkan sampah di dalamnya…

Dalam realiti kehidupan kita, atas nama kreatif kita kadang2 menyalahgunakan sesuatu benda atau perkara untuk tujuan lain.. telefon pejabat, kita guna untuk telefon mak kat kampung… printer pejabat kita guna untuk print lirik lagu… gigi kita gunakan untuk gigit kuku… baju kita gunakan untuk lap hingus.. sejadah kita gunakan buat alas tido, papan rehal buat alas kepala.. dsb.. akhirnya kegunaan asal benda tu kita dah tak nampak… bila dah rosak atau terkantoi, baru kita tersedar…

Gunakan sesuatu perkara itu sesuai dengan kegunaan asalnya.. barulah ianya nampak berguna dan eksklusif… org dulu2 rehal al-Quran pun letak kat tempat tinggi… kita sekarang ni boleh pulak buat sebagai alas air liur basi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
    1. salam bro zul…

      memang terkena.. sbb tak berapa nak fokus dengan soalan… fokus nak menang, maka akhirnya jawapan pun jadi tak menepati kehendak soalan 😉

  1. waaa sangat2 suke teguran ustaz love ni kihkihkih…..sbb kalo kt surau nadey slalu ambek sejadah buat alas tido tersentap lak td

    1. hehe.. jgn amik ati okeh.. bukan apa.. takut2 kalau air liur basi kita tumpah kat sejadah tu… kebetulan betul2 kat bahagian org selalu sujud kat sejadah tu… kesian beliau terpaksa tahan nafas… hehe

      p/s: air liur basi tu najis tau 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme