I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Gay Guy

Salam…

Ustaz Love menerima beberapa permintaan untuk mengulas isu yang agak hangat sekarang ini iaitu berkaitan isu gay… Dan kebetulan plak, keyword hari ni pun ada kait mengait dengan gay…

Cuba tengok keyword pelik ni….

Pelikat tu kan sejenis kain… Tapi ada plak dlm kurungan tu tulis gay.. agaknya berasal daripada perkataan likat kot.. apa yg likat tak pasti la… yg pastinya likat itu bermaksud pekat, lawannya ceroi (ini bahasa org utara… maksudnya cair)..

Bermula dengan pengakuan secara terbuka seorang lelaki yg mengaku gay di youtube (ke facebook? kurang periksa plak)… ianya menjadi satu fenomena baru bila makin hari makin ramai yg menyatakan sokongan kepada aktiviti gay ini secara terbuka… Tidak kurang juga yg memanipulasi ayat al-Quran dan hadis dengan tujuan untuk menghalalkan aktiviti gay ini… Ada yg mengatakan ianya fitrah dan sebagainya…

Kita kena memahami beberapa perkara yg bersangkutan dengan isu ni… pemuda lembut, khunsa, pondan, biseks, gay dsb berbeza dari pelbagai sudut… perbuatan gay ini dikaitkan dengan amalan meliwat (memasukkan zakar ke dalam dubur org lain.. bukan dubur sendiri)… dan pengamal gay ini tidak berasa ghairah terhadap wanita… walaupun mungkin mereka ini daripada golongan yg dah berkahwin dan beranak pinak… dinamakan sebagai biseks… iaitu boleh buat seks dgn lelaki mahupun wanita…

Khunsa plak adalah mereka2 yg dilahirkan dengan 2 alat kelamin.. tetapi beliau kena memilih alat kelamin yg nak dikekalkan (dilihat daripada kecenderungan fizikal beliau.. lebih kepada lelaki, atau perempuan) dan membuang alat kelamin yg lain… berbeza dengan pondan yg melakukan pembedahan jantina daripada lelaki gantang kepada perempuan kentang… maka, jika khunsa yg telah memilih untuk menjadi wanita (walaupun sebelum tu beliau juga ada alat kelamin lelaki dan telah membuangnya) dan berkahwin dgn lelaki, maka perkahwinannya adalah sah dan normal…

Berbeza dengan pondan… kalau dia tak bedah membuang ‘belalainya’, maka sudah tentu sekiranya nak melakukan hubungan seks dengan lelaki, maka beliau akan melakukan melalui cara meliwat… kalau dah buang, ia tetap dikira hubungan seks sejenis sbb Islam tak mengiktiraf pertukaran jantina ini…

Manakala pemuda lembut pula adalah pemuda yg berperwatakan seperti wanita… suara halus, lemah gemalai, gelak mengilai (yg ni tambahan je.. hehe).. Tak semestinya beliau ini seorang gay.. ataupun seorang yg menyukai kaum sejenis (untuk lebih memahami, bleh cuba tgk drama Sutun)… Namun, pemuda lembut ini kebiasaannya suka berkawan dengan pemuda2 lembut yg lain juga sehingga menjadikannya satu klan / kumpulan… Tahap ni agak merbahaya kerana ianya boleh menjebakkan pemuda lembut itu dengan amalan tak sihat… antaranya budaya gay… ditakuti terpengaruh dgn ahli kumpulan itu yg lebih menjurus ke arah kehidupan gay…

Hatta org yg berpendidikan agama pun tak terlepas daripada godaan nafsu jenis ni… Ustaz Love akan mengakhiri entry ni dengan sebuah kisah pengalaman Ustaz Love dengan golongan ni….

Apa jua alasan dan tafsiran, gay ini hukumnya haram secara ijmak… sesiapa yg menghalalkannya, boleh jatuh kafir… sesiapa yg beramal dengannya (tanpa mengingkari akan keharamannya) maka dia telah melakukan suatu dosa yg besar… tidak cukup dengan istighfar, tapi perlukan taubat nasuha untuk membersihkannya..

Mengakhiri entry ini, Ustaz Love akan menceritakan satu pengalaman masa belajar dulu…

Masa baru masuk, biasa la ada orientasi.. Ustaz Love dimasukkan dalam satu kumpulan yg fasilitatornya adalah seorang senior Pengajian Islam… wataknya agak lembut, tapi tegas… Dalam sesi tu, beliau menyatakan bahawa beliau berhasrat untuk mendekati golongan pondan dan menasihati mereka untuk berubah…

Beberapa lama lepas tu, Ustaz Love jarang dapat bertembung dengan beliau… bila bertembung je, biasanya beliau dengan pemuda2 lembut akan jalan beriringan… Pemuda lembut yg ni bukan jenis yg biasa2, tapi sampai dah main suntik2.. hingga jelas bentuk payu dara beliau…

Dipendekkan cerita, Ustaz Love terserempak dgn senior tadi kat sebuah kompleks beli belah dengan bergincu, berskirt dan berbaju ketat… Bila beliau nampak Ustaz Love, beliau terus melarikan diri di celah2 lorong… Ustaz Love dan member2 cuba nak mengejar, tapi tak dapat… Ustaz Love tak pasti nak rasa apa.. nak rasa sedih ke, rasa keciwa ke… tapi yg pastinya masa tu ada rasa nak tergelak pun ada… sbb senior tu bukannya cun pun… mcm mana la beliau bleh terpikir nak jadi pondan… kihkihkih… maaf…

Sebab itu, dalam situasi sekarang ni yg mana manusia beriman dengan suasana yg ada disekelilingnya, maka sebaiknya jauhkan diri kita daripada anasir2 tak sihat ni.. Nanti org kata, kalau kita tak kawan dgn geng lembut ni, sape yg nak dakwah mereka? Ustaz Love tak kata suh pulaukan mereka, tapi janganlah menjadikan mereka sahabat karib sehingga boleh mempengaruhi emosi dan pemikiran kita… bergaullah dengan semua org… sebab yg paling utama adalah selamatkan diri kita dulu (drp azab neraka).. kemudian baru bleh nak pikir ahli keluarga, kawan2 dsb…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Comments

Add a Comment
    1. gay ni tak semestinya yg lembut, mama.. kadang2 yg gagah perkasa tu la yg gay… ada ciri2 zahir gay ni.. tapi tak bleh nak pukul rata gak… takut2 terkena pada yg bukan gay..

      antaranya jenis bersubang.. kebiasaan bg golongan gay 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme