I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Domain Dan Hosting

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada ammboi berkenaan dengan domain dan hosting ni… Oleh kerana pertanyaan itu ditujukan pada Ustaz Love, maka adalah tak wajar sekiranya Ustaz Love suh cek blog orang lain… Sebaliknya, mungkin Ustaz Love dapat berkongsi sikit dengan yang lain berkadaran dengan ilmu Ustaz Love yg seciput ini…

“blh x ustaz story sikit camne step2 nak wak domain n hosting tu.. ammboi bler lg la bab ni…”

Ustaz Love tak mampu nak terangkan secara teknikal sangat.. jadi, cerita Ustaz Love ni lebih kepada cara cerita orang biasa… dan nak terangkan secara lengkap memerlukan satu siri khusus untuk tutorial. Bab ni Ustaz Love memang tak dapat nak tolong buat masa ni.. sebab tutorial untuk domain dan hosting memerlukan tutorial secara bergambar… Ustaz Love plak sekarang ni tak mampu nak edit gambar… insyaAllah, bila laptop Ustaz Love dah sihat nnt, Ustaz Love akan cuba buatkan tutorial untuk domain dan hosting ni…

Domain adalah alamat url yg kita nak… contohnya ustazlove.com, karipap.com, kentutbersepah.biz dsb…

Hosting adalah ruang pada server yg kita sewa untuk menyimpan data2 laman web kita…

Kalau sebelum ni kita guna blogger.com sebagai hosting, kita masih boleh tukar domain name dan point kan saja pada hosting blogger.com tu.. ada tutorial dia sediakan. Tapi, Ustaz Love tak pasti masalah yg sama akan muncul atau tak jika guna domain name sendiri berbanding masa guna domain blogspot.com…

Serba ringkas step untuk membeli domain dan hosting sendiri :

1. Daftar dengan mana2 pembekal hosting seperti exabytes (Ustaz Love guna hosting ni sejak beberapa tahun lepas.. customer service dia memang mantop), mercumaya, netkl dsb. Ustaz Love terangkan tentang exabytes je la.. lebih mudah… sbb Ustaz Love dah biasa berurusan dengannya.

2. Gi kat exabytes.com.my… klik kat iklan kat blog Ustaz Love (sebelah tepi ni) pun bleh gak… pastu cari tab order. Kat situ dia akan terangkan cara2 nak order(domain saja atau domain + hosting) dan cara2 nak bayar.

3. Bila dah bayar, dia akan bagi details server termasuk DNS, id untuk cpanel, password dsb.

4. Bila dah dapat tu, cuba kita taip url yg kita dah beli tu… keluar tak main page kaler biru yg bgtau website kita under construction? (kalau tak silap)… kalau keluar tu, maknanya kita dah bleh guna dah domain dan hosting tu…

5. Seterusnya kita kena masuk cpanel… dia akan bgtau cara2nya kat dlm email… biasanya, kalau kita guna domain ammboi.com, maka alamat cpanel adalah ammboi.com/cpanel. pastu dia akan mintak username dan password.

6. Bila dah masuk ke cpanel, maka kat sini la kita kena tau serba sedikit mcm mana nak setup database dan cms (content management system) apa yg kita nak guna… ini pun tak susah sangat.. sbb dlm cpanel, dah di install satu software namanya Fantastico… kita klik je beliau, dan ada puluhan pilihan cms mana kita nak guna.. wordpress ke, joomla ke, phpnuke ke… macam2 ada bak kata arwah Pak Abas..

7. Mcm blog Ustaz Love ni, Ustaz Love gunakan wordpress… lebih mudah. Dan bila kita dah install semuanya, maka kita kena rajin2 jenguk tutorial wordpress tu… agar blog kita lebih meriah dan ceria…

Rasa2nya jawapan Ustaz Love ni menepati tak kehendak soalan? Ataupun dah terlebih sudah? hehe… Ustaz Love menulis ni berdasarkan ingatan je… sbb benda2 ni selalu buat… cpanel pun tiap2 hari masuk.. jadi tak susah sangat nak ingat stepnya..

Jangan takut kalau tak tahu… sebab bila kita dah mula setapak, maka kita akan belajar mcm mana nak meneruskan tapak yg seterusnya… bak kata pepatah “a thousand miles begins with a first step”…

Selamat beramal…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
    1. dah nak akhir tahun ni biasanya kompeni nak closed account… jd, banyak yg buat jualan diskaun… cuba try recce2 (riki) mana2 syarikat hosting yg jual domain murah.. hari tu exabytes buat promo domain name RM10 je..

    1. Waalaikumussalam…

      Seruan nikah lebih perlu diutamakan.. pastu baru tunggu seruan domain dan dslr.. hehe πŸ˜€

      1. Seruan nikah dah lepas ustaz…nak tunggu seruan naik haji jer ni.Ntah bila tak tau lagi…memang teringin nk ada domain sendiri, tp belog saya tak seberapa nak pemes, tak berbaloi2 kata amy search…ekeke…

        1. guna domain sendiri ni bukan nak kena tunggu fofular dulu… hanis zalikha yg fofular tu pun guna blogspot lagi.. cuma sebagai langkah berjaga2 je… sbb bila2 masa je blogspot bleh terminate blog kita… sbb kita cuma menumpang hosting beliau… mcm blog che det yg lenyap setelah follower dah beribu2…

          kalu nak kira, blog Ustaz Love ni pun tak fofular… tapi gatal gak nak pakai domain sendiri.. hehe πŸ˜€

  1. salam ustaz..
    terima kasih atas n3 ni…
    ammboi rasa mcm dah terbuka sikit minda bab domain n hosting ni..
    sblm ni dok keliru “pekebenda yg perlu aku buat yer…” hehe..
    ok..nanti sampai masanya insyaallah ammboi akan beralih ke domain jugak.. tqvm…

    1. salam ammboi…

      sama2.. dulu2 org beli domain sendiri sbb masa tu free domain cuma support html file je… jd kalu nak buat system ke, database ke, letak lagu ke, semua tak boleh…

      sekarang ni, free domain pun dah bleh letak mcm2.. mcm blogger.com, nk upload video pun bleh.. cuma masalahnya, blogger.com selalu bermasalah. sebab tu Ustaz Love bertukar ke domain sendiri..

      InsyaAllah, bila dah ada domain sendiri nnt, bleh la buat kenduri kesyukuran… bleh meningkatkan lagi trafik tu.. hehe πŸ˜€

    1. kena buat persediaan ke arah tu gak mama… memandangkan blog mama dah semakin femes… ditakuti jadi mcm blog che det masa guna blogspot dulu.. hilang mcm tu je tanpa dikesan…

      sekurang2nya, ada domain sendiri, kita yang akan tentukan bila nak tamat ke, nak sambung ke hayatnya… πŸ˜‰

    1. boleh ikuti tutorial daripada blog2 lain.. kat blog Ustaz Love pun ada gak, tapi baru nak mula.. insyaAllah, nak lengkapkan sikit2 πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme