I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Buffered Earnings (Lagi)

Salam…

Dah la jarang sangat update entry, bila buat plak entry yg sama… hehe.. jangan terpedaya dengan tajuk tu… sbb kadang2, benda yg sama tu, kalau kita lakukan berkali2 akan menghasilkan natijah yg berbeza…

Dalam agama kita sendiri, sejak 1400 tahun lalu, ibadah yg sama jugak kita dok buat… solat Zohor 4 rakaat, puasa Ramadhan sebulan, buat Haji kat Mekah dsb.. takde yg berubah… dan kita masih akan melakukan benda yg sama dalam kehidupan harian.. hari ni makan nasik, esok makan nasik… lusa pun makan nasik… 10 tahun akan datang pun makan nasik…80 tahun akan datang? Mungkin masa tu makan bubur je.. sebab gigi dah takde.. hehe…

Sebenarnya, Ustaz Love just nak sharing kegembiraan ini…yg nampaknya semakin bertambah… tambah gembira dan tambah buffered earnings… semalam ada 4 je buffered earnings.. hari ni dah jadi 6… bertambah 2 lagi buffered earnings dlm masa 24 jam..

Ustaz Love pun tak pasti mcm mana boleh bertambah.. mungkin ada kaitan dgn mesej yg Ustaz Love hantar kat Nuffnang mengucapkan terima kasih sbb bagi buffered earnings… ataupun sbb Ustaz Love buat entry buffered earnings yg semalam…

Apa pun, Ustaz Love percaya, ianya ada kaitan dengan konsep syukur… sbb dlm hadis ada menyatakan :

“Tidaklah bersyukur seseorang itu kepada Allah bagi sesiapa yg tidak bersyukur kepada manusia” (hadis ini dinilaikan sahih oleh al-Albani)

Antara bentuk kesyukuran kepada manusia adalah mengucapkan terima kasih atas pertolongan, kebaikan dsb yg diberikan oleh seseorang kepada kita…

Bila kita bersyukur, maka Allah akan tambahkan lagi nikmat kepada kita…

Semoga Allah memasukkan kita di kalangan orang2 yg sentiasa bersyukur dengan nikmatNya…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme