I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Berhati2 Di Tahun Baru

Salam…

Rasa kekok plak bercuti hari Jumaat ni… Sebab biasanya hari Jumaat la hari yg paling sibuk buat Ustaz Love… tapi, bila cuti, pergi masjid pun pak bilal dah start azan… Hari ni, Ustaz Love solat Jumaat kat masjid lain.. tapi, isi khutbah masih sama lagi.. Sbb khatib2 seluruh Wilayah Persekutuan membaca khutbah yg sama… Cerita pasal sambutan tahun baru…

Ustaz Love agak terganggu sikit dengan penyampaian khatib yg agak tersangkut2… Walaupun suara beliau lantang, tapi tak berapa jelas sebutan beliau terutama ayat2 al-Quran dan hadis serta doa… Nasib baik ada bantuan khutbah multimedia, dapat la menangkap sket maksud yang tak berapa jelas diucapkan oleh khatib…

Hari ni merupakan hari terakhir dalam kalendar Masihi 2010… Esoknya dah masuk tahun baru… dan tahun baru ni dirayakan dengan meriah oleh seluruh masyarakat dunia… tak terkecuali masyarakat di Malaysia… Namun, secara umumnya melihat sambutan tahun baru ini sebagai suatu sambutan yang dipenuhi dengan dosa dan maksiat… Mana taknya, pagi esoknya selepas sambutan malam sebelumnya, akan kelihatan kondom bersepah2.. itu tak termasuk lagi botol2 arak…

Ustaz Love pernah mengikuti operasi ada satu badan NGO yang bertujuan mendakwah golongan2 muda yang melakukan sambutan tahun baru di KLCC… selepas selesai solat Isyak, Ustaz Love tengok pegawai masjid sibuk memancutkan air kat lantai ruangan bawah masjid… Ustaz Love pun tanya kat beliau… Beliau bagitau, kalau tak buat mcm tu, nnt penuh kat bawah tu dengan anak muda yg tido berpelukan lelaki perempuan… diorang dah tak kira dah tempat tu tempat apa… masjid ke, surau ke.. asal dapat tido.. Sbb dah letih menjerit dan countdown tahun baru…

Agak2 dah lepas pukul 12.00 tgh malam, kelihatan berduyun2 org menuju ke masjid… Ada yg bg alasan nak solat dsb… Tapi bila jenguk, rupa2nya terbongkang beliau baring… dan mana2 yg datang secara bercouple, memang tak dibenarkan masuk ke masjid… Selamba je beberapa pasangan tido kat atas rumput kat luar masjid tu… Sungguh tak senonoh pemandangannya (walaupun terasa heaven bagi pasangan tersebut)…

Ustaz Love menghampiri ada satu pasangan couple tu.. budak sekolah lagi… tanya kenapa tak balik lagi? Beliau memberitahu bahawa takde bas nak balik… Bas mana yg beroperasi sampai tengah malam? Lalu Ustaz Love pun amik kesempatan bagi tazkirah sket… Agaknya telinga beliau pun dah panas, beliau pun terus blah dari situ dan melepak kat port lain…

Dah pukul 2 3 pagi, Ustaz Love pun dah nak balik umah.. Singgah kat stesen minyak… Kelihatan seorang budak (Melayu) sedang termuntah2 kat longkang… Baunya memang berbau arak…

Lalu Ustaz Love pun terfikir, apakah maknanya sambutan tahun baru ni? Terutama bagi pasangan yg keluar lewat malam… anak2 muda yg di tangannya sebotol arak… Budak2 sekolah berpakaian seksi yang menyeksakan mata (cewahh)…

Ustaz Love nak kata banyak pun, tak lalu gak… sbb Ustaz Love sendiri pun ada anak perempuan… tak tahu masa akan datang.. takut2 nnt Allah uji dengan benda yg sama… Wal ‘iyazu billah…

Apa jua jenis sambutan, Ustaz Love nasihatkan berhati2 la.. terutama bagi kaum wanita… Jagalah maruah… jangan sampai tergadai body… Yg paling baik, sambut je tahun baru ni di rumah.. Buat doa selamat ke… kalau nak jerit pun, jerit je depan tv… Kalau tengok bola jerit2 depan tv, takkan nak countdown pun tak leh depan tv, ye tak?

Rumah adalah tempat yg paling selamat… Sbb tu Nabi s.a.w. pesan, bila dah masuk Maghrib, panggil anak2 masuk.. kunci semua pintu dan tingkap.. duduk dlm rumah… InsyaAllah, selamat…

Akhir kata… Selamat Tahun Baru, Maaf Zahir dan Batin πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Comments

Add a Comment
  1. syukran for this entry
    remaja muslim kat Muslim terikut2 cara sambutan new year kat negara barat πŸ™ sedih dgn Muslim yg buat dosa terang-terangan tanpa rasa berdosa or bersalah ..me pun berdoa mcm Ustaz, agar anak2 me dan keturunan me dijauhkan dari kemunkaran..wal iya zubillah
    me terhutang budi dgn my didikan my parents–me tak pernah keluar waktu mlm utk celebrate new year-neve in my life –Alhamdulillah

  2. setuju…agaknya sebab negara kita ni masih menggalakkan sambutan tahun baru, dengan dijemput bermacam2 artis nak memeriahkan sambutan…mana la tak terpesong akidah sorang2 ni….

    1. Artis tak merosakkan akidah.. sbb artis cuma menyanyi, bukannya menyampaikan doktrin… cuma mungkin setakat merosakkan akhlak, dengan pemakaian yg mencolok mata…

      Setakat tengok bunga api ke, tgk artis menyanyi ke, biasa je tu… yg luar biasanya, artis dah selesai buat persembahan, kita sambung plak dgn persembahan lain di taman bunga ke, bilik2 hotel ke… πŸ˜€

  3. Salam..
    ye benar sekali apa yg dikatakan ustaz love ni.haish, ape dah jd dgn org islam kita..semoga kita tdk termsk dlm golongan tersebut..

    1. macih caliph… nafsu selalunya membutakan mata hati dan fikiran… berfikir dulu sebelum bertindak.. ingatlah org yg tersayang πŸ˜€

  4. new year slalunya byk kes berlaku, yg wanita diharap tak lupa diri dan batas. kang statistik buang bayi meningkat pulak. nauzubillah.. happy new year

    1. kalau terasa nak buat tu, cuba ingat kat mak ayah.. kesian sket kat diorg… terutama yg belajar di IPT yg takde pengawasan drp mak ayah langsung… jangan hancurkan kepercayaan yg mak ayah bagi 100%… beringat sebelum terkena.. dah terkena, memang merana (cewahh) πŸ˜€

  5. Terima kasih ustaz kerana memberi satu post yang menarik. Memang remaja zaman sekarang mempunyai masalah yang sangat besar. Apakah punca perkara ini berlaku? adakah kurang akan didikan agama? adakah kerana zaman sekarang yg dah berfikiran open minded? Kadang kala pening memikirkan nya..mintak2 lah generasi saya akan datang terlepas daripada masalah ini..wallahualam..

    1. Zaman sekarang berbeza dgn zaman dulu… kalau dulu, mat salleh masuk kampung, org siap buat bunga manggar nak sambut… skrg ni, mat salleh dah masuk ke dlm rumah pun (melalui internet)… Dunia dah jadi tanpa sempadan…

      Kalau dulu, orang yg gila seks setakat bleh mengintai kat bilik mandi, tapi skrg ni, banyak video2 yg dirakam sendiri boleh di download.. semua benda ni menyebabkan nafsu manusia semakin membuak2.. sebab tu banyak kes2 yg kita tak pernah dengar dulu, tapi kita bleh dengar sekarang… kes buang anak, kes rogol anak, kes dera anak dsb.. bukan la nak kata zaman dulu takde, cuma tak seteruk zaman skrg… sehingga dah menjadi budaya…

      Mak ayah pun dah semakin ‘sporting’… pakwe anak datang rumah, siap tinggalkan dgn anak pempuan.. tak nak ganggu hal org muda.. bila dah buncit perut anak tu, baru gelabah nak jumpa imam la, ustaz la… nak mintak nasihat…

      Semuanya dah berbeza… akan datang, tak tentu lagi.. mungkin juga lebih baik, atau mungkin juga lebih buruk.. yg penting, kita jaga diri daripada terjebak dlm perkara2 mcm tu… πŸ˜‰

  6. salam Ustaz,
    pertama kali komen kat sini, suka sgt blog ustaz.
    saya pernah baca dalam satu blog lain dlu, 9 bulan dari tarikh sambutan tahun baru ni..iaitu sept nanti..banyak la kes buang bayi. sama juga dgn 9 bulan lepas valentine’s day. Masya Allah, moga Allah beri petunjuk dan moga Allah lindungi keluarga kita dari kemungkaran ini.

    1. salam mila..

      terima kasih kerana menyukai blog Ustaz Love..

      sebenarnya, kes2 yg kita dengar dan baca itu mewakili 10% saja daripada realiti sebenar.. hakikatnya, banyak lagi kes2 macam tu yg tak dilaporkan.. tak tertakluk pada tahun baru dan valentine’s day sahaja.. hari2 biasa pun maksiat berleluasa πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme