I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Berhati2 Di Jalan Raya

Salam…

Beberapa hari ni, trafik Ustaz Love masih maintain (walaupun takde la banyak mana pun)… yang paling banyak datang daripada blog larian… hari ni je, walaupun langsung tak sempat nak bukak blog siang tadi, apatah lagi nak blogwalking, hampir 40 UV datang dari bloglarian… walaupun entry ni bukanlah promo untuk bloglarian, tapi Ustaz Love teruja untuk bercerita lagi… semoga makin ramai yg menyertainya.. biar admin (Fareed dan Padel) kejang jari nak masukkan senarai blog dalam list… hehe

Sepanjang hari ni, Ustaz Love sibuk berbengkel untuk mengisi prestasi kerja dalam sistem… nak buat guna broadband tak bleh, jadi kena la guna LAN (Local Area Network) kat headquarters… malam ni baru la terasa macam free sket untuk melakukan sesuatu terhadap blog tercintan ini…

Kebetulan Ustaz Love baru balik daripada perjalanan jauh (long journey)… jadi, Ustaz Love terasa nak berkongsi serba sikit tentang isu jalan raya ni…

Apakah yg anda nampak atas kereta tu? Maksud Ustaz Love kereta yang warna hitam tu… kelihatan di atasnya adalah bungkusan barang yang dibungkus dalam plastik sampah (plastik hitam)… Ustaz Love tak rasa ianya sampah.. sbb mana ada org bawak sampah atas bumbung kereta kat tengah highway…

Mulanya Ustaz Love dah terpotong kereta tu… tapi mengenangkan mungkin ada sesuatu pelajaran yg boleh dipelajari daripadanya, maka Ustaz Love memperlahankan kereta dan membiarkan beliau memotong… Lalu sebaik beliau memotong, Ustaz Love pun snap gambar… kelihatannya perbuatan Ustaz Love pun macam membahayakan pemanduan, tapi sebenarnya Ustaz Love yg suh member tolong snapkan gambar tu… Tidaklah Ustaz Love sanggup menggadai nyawa semata2 untuk amik gambar…

Dalam anggaran Ustaz Love, kereta tu dipandu selaju 120 km/j… dalam keadaan barang2 atas bonet… Sungguh menakutkan bila memikirkan jika berlaku sesuatu yg tak diingini…

Serentak Ustaz Love teringat cerita Final Destination (siri ke berapa pun Ustaz Love tak ingat) yang ada scene treler bawak kayu balak, kemudian rantai yg mengikat kayu tu putus…

Walaupun mungkin dalam bungkusan tu setakat kain baju kotor ke, ataupun kain baju yang diborong di sempadan ke… namun, jika jatuh atas jalan, dah tentu membahayakan kenderaan di belakang… sebab jalan highway, semuanya bawak laju… tekanan angin pun kuat…

Jadi, selepas amik gambar, Ustaz Love pun memotong kembali kereta tu… sbb tak nak amik risiko kalau2 barang atas bumbung kereta tu jatuh…

Ustaz Love pun tak pasti apa yg ada dalam minda pemandu kereta tu… Adakah disebabkan nak dapatkan keselesaan untuk penumpang (rasanya family beliau.. sbb ada budak2 dlm tu) sehingga membahayakan nyawa orang lain?

Sekalipun katalah dah takde cara lain lagi, maka apa salahnya bawak slow kereta tu kat lorong kiri.. sekurang2nya, kalau barang tu jatuh, pemandu belakang yg tak berapa laju tu mungkin sempat brek…

Walaupun mungkin pemandu kereta tu tak baca blog Ustaz Love, tapi sekurang2nya Ustaz Love merasakan perlu untuk memberitahu rakan2 blogger yang lain… supaya takde yang terfikir nak melakukan perkara yg sama… termasuk la membuang sampah ke, botol ke atas jalan raya… sbb ianya membahayakan orang lain terutamanya penunggang motosikal…

Berhati2 di jalan raya bukanlah semata2 peringatan untuk keselamatan diri sendiri, sebaliknya kena fikirkan juga keselamatan orang lain akibat kecuaian kita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
    1. salam bro zul..

      orang sekarang semuanya nak mudah… walaupun tanpa memikirkan keselamatan org lain.. kena kejar dgn polis masa tu baru nak terfikir gamaknya πŸ˜‰

    1. terima kasih fareed.. muslim yg baik adalah muslim yg memberi manfaat kepada org lain πŸ˜‰

  1. assalam.
    cam klaka je bawak baju bundle atas atap keta.
    beli la keta besa sket kalo nak bwk brg bnyk.
    dah tu bwk laju lg.
    ish3.

    1. salam akim..

      memang kelakar.. tapi kalau terburai atas jalan, masa tu dah tak kelakar dah.. hehe πŸ˜€

    1. dia buat mcm tu mungkin nak save bajet… kalu sewa lori, takde la save nya… walaupun terpaksa mengenepikan safety πŸ˜‰

    1. masa tu memang boleh tak bleh nak cakap apa dah… kalau bleh mengucap pun dah cukup baik πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme