I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Awlawiyyat Sekitar Solat

Salam…

Bertemu lagi kita dalam entry yg togel tanpa gambar… uhukkk…

Sementara tunggu waktu nak balik ni, terasa ingin memberikan sedikit teguran dan peringatan buat diri sendiri dan para pembaca sekalian berkenaan dengan satu peristiwa yg berlaku sebelum solat Asar tadi..

Dengan kelajuan angin (ala2 airbender) Ustaz Love cuba untuk menyiapkan entry ni secepat yang mungkin… Agar tak terlajak masa seterusnya menyebabkan terperangkap dalam kesesakan lalulintas..

Masa Ustaz Love masuk masjid tadi, pak bilal dah selesai pun solat sunat.. tengok jam, dah 10 minit dah masa berlalu daripada waktu azan tadi… jadi, Ustaz Love pun duduk je tanpa menunaikan solat sunat qabliyyah (ini bukan nak riak tau.. ini nak bagi tazkirah sket)

Pak bilal pun dah start pandang2 belakang (takde kaitan dgn cerita hantu tu) nak tengok ada tak jemaah yg masih melakukan solat sunat.. tiba2 ada plak sorang jemaah yg masuk dan terus angkat takbir solat sunat… Tak jadi pak bilal tu nak mulakan iqamah…

Apa yang tak kena dalam kes ni? Bukankah baik solat sunat qabliyyah tu kan? Kalau tak buat, bukannya boleh buat lagi lepas solat fardhu Asar… Dalam hal ini, bukan soal baik tak baik… tapi soal awlawiyyat (keutamaan) sesuatu ibadah tu…

Macam gak kalau kita baru nak mula amik wuduk, tiba2 dengar pak bilal dah start iqamah, maka keutamaan pada ketika itu bukanlah lagi pada 3x membasuh anggota, sebaliknya keutamaan adalah pada takbiratul uula (takbir pertama).. maka itu, cukup membasuh anggota wuduk sekali saja…

Dan jika kita sampai lambat, tengok2 imam dah nak rukuk, maka yg utama perlu kita lakukan adalah mengangkat takbiratul ihram dan kemudian terus rukuk, tak perlu dah nak angkat tangan sebelum rukuk…

Dalam kes di atas, jika kita agak solat fardhu berjemaah dah nak dimulakan, maka bukanlah sunat lagi jika kita melakukan solat sunat qabliyyah… yg lebih utama (awla) ketika itu adalah menunggu bilal iqamah…

Uruf kat KL ni semuanya nak pantas… jangan lambat2 nanti kena cantas πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
    1. sebenarnya, kita sendiri sebagai jemaah yg duduk di belakang imam, kena alert pergerakan imam… kalau imam tu masih solat sunat, maka takde masalah kita nak solat sunat… kalau imam dah habis solat sunat, maka sewajarnya kita menunggu… sbb hak memulakan solat berjemaah ini adalah hak imam… imam yg akan tentukan bila bilal sepatutnya iqamah… sbb tu bilal pun kena berkomunikasi dgn imam dulu… jgn plak bilal dah iqamah, tgk2 imam tak habis solat sunat lagi…

      agak2 dah 10 minit daripada masuk waktu, maka tunggu je bilal iqamah… sbb biasanya waktu tu dah cun2 imam ngan makmum dah habis solat sunat.. πŸ˜‰

    1. salam akim…

      alhamdulillah… kalau boleh mengkaji lebih mendalam lagi bab solat berjemaah ni, insyaAllah kita akan beramal dgn lebih yakin.. berbanding ibadah ikut2an πŸ˜‰

    1. terima kasih kak jem… harap dapat disampai2kan kepada yg lain.. semoga kak jem dan Ustaz Love akan beroleh pahala MLM (multi-level) hehe πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme