I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Aweks Diari

Salam…

Tengah2 Ustaz Love makan, datang seorang aweks menegur Ustaz Love… tiba2 dada terasa berdebar, adakah beliau itu kekasih gelap Ustaz Love? kihkih… takde kena mengena pun… Beliau rupanya nak menjual diari Islam… Ustaz Love pun belek2 jap diari tu, memang ok gak la.. ada tazkirah, ada hadis… dan kebetulan diari jabatan Ustaz Love belum dapat lagi… Jadi Ustaz Love pun beli satu…

Selain tu, beliau ada jugak menjual diari motivasi… Tapi, Ustaz Love beli satu je cukup.. nak buat apa banyak2 diari… bukannya Ustaz Love ni rajin menulis pun… habis2 kang, anak2 Ustaz Love buat conteng je nnt…

cover dia lawa gak…

Ada nampak tak benda pelik kat sini?

yang ni pun.. ada yg pelik tak?

Bila balik je, baru perasan yg diari tu ada sedikit kesilapan… takwim masihinya untuk tahun 2012 dan 2013… Nasib baik kat belah dalam tu ada gak takwim 2011 masihi dan takwim 1432 dan 1433 Hijrah… Ustaz Love pun tak pasti kenapa diletakkan takwim 2012.. mungkin sebagai persediaan awal…

Lepas tu, tengok kat gambar ke-3, tarikh tu dikosongkan.. biasanya diari memang dah siap2 letak tarikh… sbb tujuannya untuk mengingatkan kita tentang tarikh dan peristiwa…

Ustaz Love suspek diari ni dikeluarkan dalam keadaan tergesa2… sebab tu tak berapa sempurna…

Apapun, Ustaz Love ucapkan tahniah buat aweks yg jual diari tu… bukan mudah nak jadi salesgirl yg jual barang mcm tu… kalau kerja kat kedai, kita dah tau dah, sesiapa yg masuk ke kedai kita, memang dia nak membeli sesuatu daripada kedai tu… Berbeza dgn situasi ni, org kat kedai makan memang tujuannya nak makan… dan kita tak tahu penerimaannya jika kita mintak sikit masa makan beliau untuk bagi penerangan produk…

Ustaz Love pernah tengok ada sorang mamat salesman ni pernah kena herdik depan2 orang ramai sbb brader tu rasa terganggu ada org ‘kacau’ dia tgh makan… kesian kat mamat tu… Ustaz Love sendiri kalau kena mcm tu, tak tau la mana nak sorok muka… tapi mamat tu muka selamba je… ucap terima kasih pastu gi kat meja lain plak…

Bagi Ustaz Love, mereka2 ni seorang yg berjiwa kental dan berusaha gigih… insyaAllah, jika fokus, mereka akan berjaya dalam bidang perniagaan… sbb mereka ada satu sifat (yg payah nak kikis dari jiwa org Melayu ni) iaitu sifat tak malu… Muka tembok… telinga tebal… kalau difikirkan secara negatif, nampak mcm buruk je sifat2 ni.. tapi sebenarnya ianya sangat positif…

Member Ustaz Love ada yang semangat nak join bisnes… sbb memikirkan keuntungan yg besar.. tapi bila part nak jual produk, masing2 malu nak jual.. takut org kata apa la… akhirnya produk tu bersawang kat dalam rumah… tak terjual.. untung tak dapat, modal pun lebur…

Sebenarnya, berniaga ini adalah suatu pekerjaan yg mulia.. sbb itu keberkatan banyak dalam perniagaan ni… sedangkan kalau makan gaji, banyak benda yg boleh menjadikannya kurang berkat… datang lewat, balik awal, guna telefon pejabat untuk urusan peribadi, rasuah dsb.. semua ni menjadikan pendapatan kurang berkat…

Tapi, kalau dah pemalu sangat, mcm mana nak berniaga? Sbb berniaga ni ke tunjuk muka, kena bercakap (tak kira la pandai ke tak)… yg lebih penting kena berani…

Masa Ustaz Love join gerakan dakwah tabligh dulu, selalu pergi rumah org (mcm salesman).. padahal bukan nak jual barang pun.. cuma nak belajar bercakap perkara berkaitan agama… tapi, bila sampai je depan orang, lidah jadi kelu, muka jadi traffic light, telinga jadi panas, perut jadi memulas… akhirnya org lain yg tolong cakapkan.. padahal dah hafal dah apa yg nak dicakapkan sebelum tu…

Sbb tu Ustaz Love respek aweks yg jual diari tu.. sbb beliau berani dan tak malu2 nak menjual.. sbb beliau bukan buat benda salah pun.. beliau jual barang… Tapi Ustaz Love pun respek gak kat mamat yg jadi salesman.. bukan semata2 aweks je tau.. jangan silap paham.. hehe πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
  1. Salam..
    saya pon kagum dgn aweks dan mamat salesman tu..berani menjual. sy sendiri pon masih malu2 lg. sdg kearah berani kan diri..huhu..
    org islam mesti ad rase & kene meniaga x kiralah ketika usia berapa pon..kita mesti same2 perjuangkan jihad ekonomi, tmbh2 skrg ni yg kuasai ekonomi kaum dan agama lain..ayuh!!!mari jihad ekonomi!!!

    1. berniaga ni kena disiplin yg tinggi.. sbb takde org yg nak kawal kita.. berbeza kalau bekerja makan gaji… jadi, kena belajar berdisiplin dulu, baru belajar berniaga πŸ˜‰

    1. jual online memang mudah… sbb tak perlu berdepan nak cakap… tapi kalau jual mcm salesman tu, bleh melatih kita punya PR (Public Relations).. πŸ˜€

  2. dulu mmg sukar utk jual cmni sbb kna kuar jual mcm mamat & awek tu.. tp zaman skrg ada pilihan, klau malu sgt bole mula jual cara online.. bila keyakinan diri smkin ok, wktu dh kurang malu nk deal biz dgn org kt luar..

    p/s: mcm sy financial consultant, mmg wajib sgt2 kuar jmpa org & wt presentation kt company client jika perlu ^^

    1. jual online ni bukannya tak ok.. kalau kena caranya memang ok.. cumanya, biasanya kalau yg dah biasa online (internet savvy) diorg pun ada jual produk online gak.. jadi bila peniaga jual kepada peniaga, susah gak nak jalan…

      apapun, jangan lupa.. yg bg rezeki tu adalah Allah.. kalau ada rezeki kat online business, insyaAllah boleh gak berjaya πŸ˜€

        1. betul caliph… tanggungjawab manusia adalah berusaha… yg bagi keputusan berjaya atau tak, itu hak Allah πŸ˜‰

  3. salam ustaz… saya baru je terjumpa blog ni.. entri ustaz semuanya sangat menarik minat saya.. seimbang. ada isi yang penting n ada jugak yg kelakar. hehe
    may ALLAH bless you ya ustaz.. πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme