I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Akal Yang Sihat

Salam…

Hari ni badan terasa sakit2 dan sengal2 sket… Sbb smlm Ustaz Love gi main badminton… dah berapa tahun punya peluh terperap dlm badan, semalam dirembeskan sekaligus.. rasa mcm nak pitam pun ada.. nak muntah pun ada… Inilah bahananya bila dah lama tak exercise… Walaupun solat itu juga exercise, namun tidaklah mampu Ustaz Love untuk bersolat lama2 sehingga berpeluh… sbb itu walaupun Nabi s.a.w. solat sampai bengkak2 kaki (maksudnya Nabi s.a.w. solat panjang2), tapi Baginda juga berlumba lari dengan Aisyah sebagai salah satu aktiviti bersenam…

Hajatnya malas dah nak pergi… tapi bila memikirkan saiz seluar yg dah semakin meningkat, ditambah dengan kelesuan badan, maka Ustaz Love pun menerima ajakan member2 untuk bermain badminton… Itu pun main pakai seluar slack, sbb tracksuit dah ketat…

Set pertama kalah.. set kedua pun kalah… tapi bukan kemenangan itu menjadi matlamat Ustaz Love… yg pentingnya, Ustaz Love dapat berpeluh dan menggerakkan seluruh anggota… Darah pun dapat berjalan dengan selancar mungkin…

Masa sekolah dulu, Ustaz Love memang rajin bersukan.. tiap2 petang turun… badminton memang kegemaran Ustaz Love, tapi tak boleh nak main lama2.. sbb stamina memang tak kuat.. Jadi Ustaz Love memilih permainan sepaktakraw yang tak memerlukan banyak pergerakan… dan permainan sepaktakraw kekal menjadi permainan yg paling disukai oleh Ustaz Love…

Daripada tak reti nak menimang bola, Ustaz Love berlatih sampai bleh menimang bola 100++ tanpa jatuh… Hajatnya nak main sebagai killer (pelibas), tapi kaki plak tak cukup kuat nak lompat tinggi2… kangkang pun sebesar kangkang kera je… jadi, Ustaz Love cuma main sebagai feeder (pengumpan) dan kadang2 main sebagai tekong… sampai la Ustaz Love terpilih mewakili sekolah walaupun kecundang di peringkat daerah (tapi team Ustaz Love menang.. hehe)..

Bila habis sekolah, maka habis la aktiviti sukan petang bagi diri Ustaz Love… sekali sekala je turun melepaskan gian… selepas 20 tahun, Ustaz Love tak pasti masih memiliki skill menimang bola atau tak… yg pastinya, kasut khas untuk sepaktakraw yg Ustaz Love beli masa jualan gudang BATA sebelum raya lepas, masing belum dirasmikan lagi…

Walaupun badan sengal2, tapi terasa kesihatannya bila peluh dah berjaya dikeluarkan… Dan Ustaz Love berazam untuk selalu bersukan selepas ni.. bak kata pepatah Arab “al-‘Aqlus Salim fil Jismis Salim” (Akal yang sihat datang daripada badan yg sihat)… bila badan dah sihat, baru la otak boleh memikir jauh sket… Kalau dah asyik sakit je, tak banyak benda boleh difikirkan selain memikirkan mcm mana nak menghilangkan kesakitan…

Pada kesempatan ini, Ustaz Love menyeru diri dan rakan2 sekalian… marilah kita bersenam… sebelum datang sakit yang menyebabkan kita tak boleh dah nak bersenam… Sbb bersenam ini juga merupakan salah satu cara mencegah penyakit… (Ini adalah iklan khidmat masyarakat.. Ustaz Love takde dapat apa2 imbuhan pun daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.. harap maklum)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Comments

Add a Comment
    1. Salam dea..

      yg dlm gambar tu, kalau bersenam pun memang mcm tu jugak.. dah fitrah kejadian.. hehe 😀

    1. sambil2 masak kat dapur pun bleh exercise gak, mama… yg penting, badan bleh kuar peluh.. bila badan dah cergas, banyak benda yg kita tak bleh buat time malas, kita dah bleh buat 😀

  1. tekejut tekan link trus kuar gambar mamat lapo tu. hehehe, sy pun da lama tak men badminton. tada geng. dulu ada , rajin gak ar. walau badan sama ngan mamat lapo kat atas ni, tp libasan smash sentiasa menjadi igauan ngeri pihak lawan. ngehehehe…tadala ustz, saje je. kalo ada can nak men gak 🙂

    1. mamat tu tak lapo fareed… tapi tgh menguap.. mengantuk le tu.. hehe..

      kalau takde geng, bawak je reket gi kat badminton hall… cakap je dgn brader2 yg tgh main tu, nak join.. InsyaAllah, diorg takkan tolak.. sambil2 tu bleh bersosial dan menambah kawan baru..

      Ustaz Love pun main dgn mamat yg badan 2 kali ganda Ustaz Love.. tapi, sebab beliau cergas, mudah je beliau nak buat jumping smash, drop dsb… sampaikan Ustaz Love telah terkalah.. huhu 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme