I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Teguh Pendirian

Salam…

Hari ni Ustaz Love masuk opis lewat sikit.. sbb ada meeting kat luar… meeting tu pun Ustaz Love terdatang lambat… ingatkan meeting start pukul 10 pg.. rupanya start pukul 9… nasib baik Ustaz Love sampai pukul 9.30 pagi… Better late than never.. hehe

Masa meeting tu, bos bentangkan yg bajet baru dah diluluskan… bajet untuk pembangunan.. Jadi beliau pun minta proposal daripada sesiapa yg nak buat renovation opis ke, tambah kerusi meja ke (tambah isteri tidak dibenarkan dalam bajet ini.. hehe)… Maka, bos kepada Ustaz Love pun mencadangkan nak renovate opis bagi besar sket.. memandangkan kakitangan dah bertambah.. kesian kat anak buah takde meja nak buat kerja…

Pada mulanya, persetujuan dah dicapai.. jadi semalam sempat la Ustaz Love snap2 gambar mana yg patut utk dimasukkan ke dalam proposal… Tapi pagi tadi, pihak atasan tak setuju plak dgn persetujuan semalam… Kesian plak tengok bos baru Ustaz Love… beliau pun dah pening2 lalat…

Ustaz Love selaku org yg lebih tua dari segi umur (huhu) bagitau kat beliau.. Ini baru sikit… akan datang, banyak lagi benda yg beliau akan tempuhi… Maka, sila la berguru dgn Ustaz Love.. yurannya tak mahal.. hehe..
Memang susah berurusan dengan orang yang tak tetap pendirian ni… umpama lalang… ditiup ke kanan, ke kanan la perginya… ditiup ke kiri, ke kiri la perginya… Bila pendirian tak tetap, memang susah orang nak percayakan cakap kita.. sbb hari ni kita boleh bersetuju, bila2 masa plak nanti kita bleh tak setuju… Paling hampeh lagi bila tak mengaku itu keputusan kita… terutamanya bila timbul masalah…

Tapi memang susah nak teguh pendirian ni… sbb ianya melibatkan soal hati… bila diuji dengan sesuatu yg melibatkan periuk nasik (punca pendapatan), maka pendirian mudah jadi goyah… Lompat parti, belot, khianat dsb juga berkaitan dengan isu pendirian teguh ni… 

Sebab itu Allah menggambarkan keteguhan iman (diwakili dengan kalimah toyyibah) ini seperti pohon yg baik yang mana akarnya kuat mencengkam ke dalam tanah dan pucuk serta cabang rantingnya menjulang ke langit… walaupun nampak kesan tiupan angin pada daunnya, namun tak terjejas batang tubuh pokok itu… Pokok macam ni, memang tak dapat nak dialihkan, melainkan ditebang sehingga mati…
Begitulah juga kaitannya dengan keteguhan pendirian ini… lahir daripada keteguhan iman… tak bisa digentar musuh yg mendatang… hanya syahid yang bisa menghalang… cewahh…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme