I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Sms Berantai

Salam…

Pertamanya Ustaz Love ingin meminta ribuan kemaafan kepada atieaizam kerana terlambat nak buat entry yang dijanjikan ini.. Ustaz Love janji nak buat lepas Zohor, tapi akibat keterbatasan waktu, maka Ustaz Love terpaksa menangguhkannya selepas Asar…

Isunya kali ini adalah berkaitan dengan sebuah sms yang diterima beliau… ala2 sms berantai gak la ni…

Oleh kerana ada permintaan untuk penjelasan berkaitan perkara ini, maka Ustaz Love akan cuba sekadar termampu dengan ilmu yang sikit dan berkarat ni.

Sebelum ini pun, banyak sms yang sama berlegar2 di kalangan kita berkaitan isu2 nombor yang dikaitkan dengan agama ni. Tidak dapat tidak, Ustaz Love terpaksa akui bahawa isu nombor ni memang menarik minat kita.. tak kira la melayu ke, melanau ke… bahkan Ustaz Love sendiri sangat meminati satu cerita berkaitan matematik “The Numbers”… kisah professor matematik menyelesaikan jenayah menggunakan kaedah pernomboran…

Tapi, bukan cerita tu yang Ustaz Love nak sampaikan…

Sms ni membawa 2 isu… 1. isu surat berantai dan 2. isu nombor2…

Surat berantai ni sebenarnya isu lama… bahkan sebelum ni, ada yang menggunakan nama Rasulullah (Sheikh Ahmad dikaitkan kononnya sebagai penjaga kubur Nabi s.a.w.) supaya surat berantai tu disebarkan.. bahkan disertai dengan ancaman kononnya sekiranya ia tak disebarkan, maka akan ditimpa musibah…

Perkara ini sudah jelas… bahkan dari sudut logika sekalipun kita boleh memikirkan bahawa yang memberi manfaat dan mudarat adalah Allah.. bukannya manusia yg menentukan… apatah lagi surat yang tak bernyawa itu…

Isu yang kedua berkaitan nombor… Sebelum ni, mungkin ada antara kita yang pernah terbaca perkaitan nombor (dikaitkan dengan tarikh) kejadian2 besar yang berlaku di dunia masa berlaku tsunami dulu.. kononnya al-Quran dah meramalkan perkara tu… menggunakan kaedah nombor2…

Sebenarnya, kaedah nombor dalam pendalilan perkara2 berkaitan agama adalah tertolak… Ini kerana, agama tidak ditentukan dengan nombor… agama ini ditentukan melalui dalil al-Quran dan as-Sunnah… begitu juga ramalan2 berkaitan perkara akan datang (spt rasa sesak nafas sewaktu menaiki angkasa) semuanya ditentukan melalui dalil al-Quran dan Hadis…

Kaedah nombor2 ni dipelopori oleh Rashad Khalifa dan memperkenalkan Kod19.. agama Bahai juga menganggap nombor2 ini sebagai suci…

Jadi, bila kita menentukan bahawa angka 26 itu adalah sesuatu yang dinyatakan dlm al-Quran dan dikaitkan dengan kejadian2 bencana spt di atas, maka kita sebenarnya telah berlaku zalim kepada al-Quran. Al-Quran bukan digunakan untuk tujuan peramalan… tapi bertujuan untuk mengambil iktibar dan panduan daripadanya…

Apa saja musibah yang berlaku, semuanya dalam pengetahuan Allah s.w.t. Manusia tidak mampu untuk meramalkannya secara rohaniah… bahkan secara zahir saja yg kita mampu (tgk ramalan kaji cuaca ke)… Dan kepada mereka2 yg terlibat dalam menyebarkan sms2 berantai seperti ini, diharapkan agar dapat menghentikan perbuatan tersebut… kerana rantaian pahala yg kita harapkan mungkin bertukar menjadi rantaian dosa yang berpanjangan sehingga kita dah mati sekalipun (sekiranya sms tu masih lagi disebar2kan hasil penyebaran kita).

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
    1. salam bro zul..

      sms yg paling cepat Ustaz Love delete adalah sms ‘On Cinta’, ‘On Kawan’ dan semua jenis On termasuk Ju-On.. hehe πŸ˜€

  1. πŸ™‚ Pencerahan yang berasas dan kemas sekali πŸ™‚ semoga yang lain tidak berterusan melayan benda2 begini lagi

    1. terima kasih s.. kalau boleh, kita balas balik sms ni kepada penghantarnya dan sampaikan ingatan agar beliau menghentikan penyebaran sms itu… dapat juga pahala cegah kemungkaran πŸ˜‰

    1. Ustaz Love dah bagi komen serba sedikit.. maaf sbb tak lengkap sangat sbb dlm keadaan tergesa2 πŸ˜‰

      1. jangan rasa serba salah… sbb bila kita serba salah, maka dalam hati kita masih ada lagi sikit kepercayaan pada perkara karut tu… delete je mesej tu πŸ˜‰

  2. Salam ustaz..macam mana penggunaan sesuatu nama untuk digabungkan dengan az/al/ar di hadapan dengan betul..Contoh az-zahrah.

    1. Ia bergantung pada huruf2 yg mengandungi alif lam at-ta’rif.. ada 14 huruf yg kita kena gunakan al (ditandakan dengan sukun pada huruf lam), dan 14 huruf yang mengikut huruf selepas alif lam itu (diletakkan tanda tasydid / sabdu pada huruf selepas lam).

      WA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme