I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Hukum Memakai Suasa

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Shazlina di shoutbox berkenaan dengan hukum memakai suasa bagi lelaki… Dan Ustaz Love tak dapat nak menjawab disebabkan keletihan yang teramat setelah banyak masa dihabiskan atas jalan… pergi kursus, balik jap.. pastu pegi opis plak… Last2 tersandar… nak bukak laptop pun menjadi malas…

Sebelum Ustaz Love menjawab, Ustaz Love nak terangkan sikit apa maksud suasa… Suasa biasa kita dengar dalam lagu R. Azmi (sape tak kenal, memang bukan otai… hehe).. tapi R. Azmi tak sebut cincin suasa sebaliknya kancing (butang) suasa…

Layan dulu lagu tu.. hehe…

Suasa ni adalah terhasil daripada nisbah campuran emas dan perak.. ada tembaga sket.. maka sebab tu warnanya seakan2 kemerahan…

Hukumnya adalah haram kepada lelaki kerana ada campuran emas… dan campuran emasnya adalah lebih banyak daripada perak …

Menurut Imam Nawawi, banyak ke, sikit ke emas tu ianya tetap haram…

Bila sebut pasal emas ni, teringat pengalaman Ustaz Love masa duduk dalam satu mesyuarat jawatankuasa fatwa untuk memutuskan hukum emas putih (white gold)… masa tu Ustaz Love tukang amik gambar dan pasang projektor je… sambil2 tu, Ustaz Love tumpukan perhatian gak le dengar perbincangan mereka… Mula2 dijemput pakar geologi untuk membentangkan tentang galian emas dan campuran emas putih… Maka itu, oleh kerana white gold itu yg merupakan campuran emas dgn bahan2 galian yg lain (sekalipun kandungan emasnya lebih kurang.. sbb tu kalernya putih) maka setelah habis penerangan pakar geologi, para mufti berbahas dan berdebat ttg hukum memakai emas putih bagi lelaki… Akhirnya diputuskan bahawa emas putih juga haram pemakaiannya bagi lelaki.. kerana ada campuran emas…

Masa pembentangan itu juga barulah Ustaz Love tahu yang emas putih tu berbeza dengan platinum… dan platinum adalah harus dipakai… Ianya berlaku lebih kurang 10 tahun lepas (masa tu white gold baru nak bertapak)…

Jadi, Ustaz Love pun pakai cincin kahwin platinum yg murah.. dan selepas beberapa tahun, cincin di jari manis itu terpaksa dialihkan ke jari kelingking… sbb dah tak muat.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Comments

Add a Comment
    1. memang ada pendapat yg mengatakan bahawa harus memakai suasa, tapi pendapat yg paling kuat adalah haram… sbb emas yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah emas perhiasan yang mana memang ada campuran logam lain untuk menjadikannya keras (sifat emas adalah lembut dan tak mungkin boleh dijadikan perhiasan jika tak dicampur dengan logam lain)… dan pembuatan perhiasan emas yang bercampur dgn logam lain itu telah berlaku sejak 2000 tahun dulu (kalau Ustaz Love tak tersilap ttg fakta yg dikemukakan geologist tsb).. bermakna perhiasan yg haram bagi lelaki itu adalah emas campuran (sbb jarak zaman Nabi s.a.w. dengan kita baru berusia kira2 1400 tahun)… πŸ˜‰

    1. salam bro zul..

      platinum itu adalah logam tersendiri… harganya lebih mahal daripada emas kerana logam itu merupakan logam yg jarang didapati..

      manakala emas putih adalah campuran emas dan beberapa logam lain yg menjadikan warna emasnya pudar… seakan2 platinum tapi harganya lebih murah…

      setakat tu yg yg Ustaz Love dpt jelaskan.. nak cerita ikut istilah sains takut tak tepat plak.. hehe πŸ˜€

    1. memang mahal.. tapi tahan lama… Ustaz Love eksiden terseret jari… tak terjejas pun cincin tu… πŸ˜‰

  1. assalamualaikum ustaz..

    bagus entry ni.. masa nak kawen dulu ada jugak cadangan suami nak pakai suasa.tapi bila tukang jual tu kata ada campuran emas.. dah x jadi nak pakai.. rasa was2.. sebab ramai jugak lelaki muslim pakai suasa ni.. mujur suami tak pakai.. cuma susah sikit nak tegur orang2 tua yg dah lama pakai .. bila ditegur blh jd gaduh pulak..mmm..

    1. waalaikumussalam ana..

      yang tua2 tu, takpe la.. biarkan mereka dengan keyakinan mereka.. yg penting, kita sendiri dapat meninggalkan perkara2 syubhah seperti ini πŸ˜‰

  2. Salam Ustaz..suke la baca blog ustaz ni..sempoi aje…tergelak saya baca sorang2…btw, thanks untuk entry ni..sekarang sy dah tau cincin jenis ape nak beli untuk bakal suami nnti n if org tanya, sy boleh jawab reason nya πŸ™‚
    terima kasih banyak2..sy mohon share di blog pengantin saya boleh? Sekurang-kurangnya bakal2 pengantin lain faham secara jelas.

      1. Aslkm ustaz.
        Sye nk tnye, ade ke takaran yang membolehkan suasa tu dibuat, berape peratus yang tidak melanggar syariat islam. Syukron ustaz love

        1. dlm mazhab syafie, sikit atau byk emas itu dlm logam menjadikan ia haram dipakai sbg perhiasan. WA

  3. Salam ustaz. Apa hukum sekiranya sy menyimpan coin berukir haiwan…? Ataupun silver coin yg berukir gambar koala, kokabura, panda dsb. Terima kasih ustaz.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme