I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Bernikah Dengan Anak Tiri

Salam…

Entry sebelum ni Ustaz Love menceritakan ttg kisah perbahasan Ustaz Love berkaitan soal perkahwinan bapa tiri dan anak tiri.. tapi Ustaz Love tak menceritakan ttg isi perbahasan… Jadi, ianya menimbulkan polemik (cewahh) dan persoalan di kalangan pembaca entry… Ustaz Love pada mulanya nak jawab di bahagian komen saja, tapi memandangkan isu ni agak penting untuk difahami, jadi Ustaz Love buat satu entry khas soal jawab supaya memudahkan proses pencarian kelak…

Menjawab persoalan beberapa blogger berkaitan isu pernikahan dengan anak tiri, maka Ustaz Love terlebih dulu ingin menjelaskan bahawa pendapat yg Ustaz Love kemukakan adalah berdasarkan pendapat mazhab Syafie.. jadi Ustaz Love tak berniat nak memperpanjangkan perbezaan (khilaf) mazhab.. Kalau nak secara detail, mungkin boleh mencari di blog2 atau forum2 khusus yg membincangkan isu agama dan diperkuatkan dengan dalil dan perbahasan ulamak.. Blog Ustaz Love ni blog cikai je… sekadar menjawab berdasarkan ilmu yg sedikit dan apa yg teringat…

Di sini, ada 2 situasi :

1. Seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan, dan perempuan ini mempunyai anak perempuan yang sangat jelitawan lagi keayuan (kiranya menjadi anak tiri beliau)… hati beliau sudah terjatuh chenta pada anak tirinya… lalu beliau pun mengayat anak tirinya… bila sudah suka sama suka, maka lelaki ini pun menceraikan isterinya untuk bernikah dengan anak tirinya…

Soal boleh tak boleh ini akan diputuskan oleh mahkamah… cumanya dari sudut syariah, sekiranya sang suami itu belum sempat mewati’ (bersetubuh… atau ayat imam tersebut “bertenggek atas maknya”) isterinya (ibu kepada anak tirinya yg ingin dikahwini) dan isterinya itu diceraikan… maka suaminya itu boleh bernikah dengan anak tirinya…

Sekiranya sudah sempat ‘bertenggek’ (Ustaz Love menangis mendengarkan frasa imam tersebut… sungguh menggelikan perut) dengan isterinya, maka walaupun beliau menceraikan isterinya itu, namun beliau tidak boleh menikahi anak kepada isterinya itu (anak tiri).

2. Seorang lelaki bernikah dengan seorang gadis yg sangat comel… bila akad nikah dah selesai, beliau baru ternampak mak mertua beliau (ibu kepada isterinya itu) rupa2nya lagi comel daripada isterinya (mungkin sbb banyak makan makjun)… maka beliau bertindak menceraikan isterinya itu dengan tujuan untuk mengayat dan seterusnya menikahi ibu kepada isterinya (mak mertua)…

Dalam kes ini, walaupun beliau belum sempat mewati’ (bersetubuh) dengan isterinya itu, beliau tidak boleh bernikah dengan ibu kepada isterinya (mak mertua) itu.. walau apa sekalipun caranya…

Jadi, isunya di sini adalah berlaku atau tidak persetubuhan.. dan ianya melibatkan perceraian… jika tak berlaku perceraian, maka tak timbul la isunya… sbb tak boleh mengumpulkan ibu dan anak sekali sebagai isteri… itu memang dah jelas…

Agaknya sebab itu la orang tua2 dulu berpesan “Kalau nak pikat anaknya, kena pikat ibunya dulu”… mungkin ada kaitannya dengan kes ni.. hehe

WA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
  1. salam Ustaz..
    ngeri pulak bila membayangkan
    ada juga manusia yang berpaksikan nafsu je..lawo mak mertua pun dia berangan nak "tenggek"..payah la gini..bila otak dah sakit..he he..terima kasih atas penerangan anda..

  2. owh cmtu yea… bertambah lg ilmu… time kasih krn berkongsi info yea ustaz 🙂

  3. Salam..

    bro zul : benda2 mcm tu tak mustahil berlaku.. bila dah ikut nafsu, habis yg halal ke, haram ke disapunya.. hehe

    mama : terima kasih kembali

    dieabella : terima kasih kembali

    zmah : memang ramai yg keliru.. terutama yg beragama jenis ikut2an..

    melati : terima kasih kembali

  4. salam ustaz,
    dua-dua isu yang ustaz kemukakan adalah isu yang berbeza.
    isu yang pertama adalah menjadi anak tiri apabila lelaki tersebut berkahwin dengan maknya.
    isu yang kedua adalah menjadi mak mertua apabila lelaki tersebut berkahwin dengan anaknya (bukan mak tiri).
    persoalannya, bagaimana pula dengan mak tiri? situasinya adalah bapa kandung kahwin dengan seorang perempuan, kemudian bercerai dan anak lelaki tadi tertarik pada mak tiri (bekas). Bolehkah mereka berkahwin?

    1. tak boleh.. sesiapa yg pernah berkahwin dengan ibu atau bapa kandung, maka ia menjadi mahram selama2nya..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme