I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Hati : Aurat

Salam…

Ustaz Love nak sambung bab hati semalam… ada orang mengatakan bahawa penulisan Ustaz Love berkait soal hati ni macam takde hala tuju… hehe… Ustaz Love perhatikan, memang takde subjek yang khusus yang Ustaz Love nak bawakan… Sebab Ustaz Love menulis apa yang terlintas dalam hati je… Sebab tu, kadang2 merancang nak menulis benda lain, benda lain plak yang keluar… Letak gambar lain, cerita yang keluar tak berkaitan plak dengan gambar…

Kebetulan dalam menghuraikan bab hati ni (cewahh), ada satu pertanyaan daripada mama zharfan…

“bab tutup aurat tu, me sgt tertarik nak tau lebih lanjut ๐Ÿ™‚
so mcm mana nak jwb, those yg ckp, tak pakai tudung tp hati baik, solat tak tinggal etc”

Dalam pemahaman berkaitan hukum ini, perlu difahami dulu akan hukum yg 5 itu (wajib, sunat, haram, makruh dan harus) dan dikaitkan dengan soal dosa pahala…

Perkara wajib itu adalah sesuatu yang apabila kita lakukan maka kita akan mendapat pahala, dan jika meninggalkannya maka kita akan berdosa (ma yuthaabu ‘ala faa’ilihi wa yu’aaqibu ‘ala taarikihi)… dan lawan kepada wajib ini adalah haram (jika melakukan maka kita berdosa, dan jika meninggalkan maka kita berpahala)…

Dan pahala serta dosa ini ada tingkatannya… pahala amalan wajib sudah tentu lebih besar berbanding pahala amalan sunat… begitu juga dosa membunuh sudah tentu lebih besar berbanding dosa skodeng orang tgh mandi…

Jika difokuskan dalam soal aurat, maka hukumnya adalah wajib ditutup… sekiranya tidak menutup aurat, maka kita akan mendapat dosa… Bagaimana pula dengan orang yang menutup aurat, tapi masih lagi mengumpat, mencarut, berkhalwat, kentut dalam lif dsb?

Kita kena kembali kepada asal kejadian manusia… bahawa manusia itu tidak ma’sum (terpelihara daripada dosa)… tak kira la beliau itu ulamak mahupun ular dalam semak.. tetap takkan terlepas daripada dosa… tapi, sebaik2 orang yang berdosa itu adalah mereka2 yang bertaubat daripada dosa2nya…

Kita ambil kira2 mcm ni… bertudung, tapi berkhalwat… nampak ianya buruk.. tetapi, ia lebih baik daripada tidak bertudung dan berkhalwat… sbb berkhalwat itu satu dosa… tetapi berkhalwat dlm keadaan terdedah aurat maka ada 2 dosa di situ (dosa berkhalwat dan dosa membuka aurat)… Jangan pula ada yang mengambil iktibar yg salah di sini… Ustaz Love tak kata pun yg bertudung tetapi berkhalwat itu baik…

Soal hati tiada siapa pun yang dapat mendabik dada dengan mengatakan secara jelas bahawa hatinya telah baik… Soal beliau melakukan solat, berpuasa, bersedekah dsb.. tetapi tidak menutup aurat… maka, ibadahnya tetap berpahala… dan perbuatan membuka aurat itu, beliau tetap akan menanggung dosa…

Cuma adalah diharapkan, dengan ibadah2 yg beliau lakukan itu, maka Allah akan melembutkan hatinya untuk menutup aurat dan sedikit demi sedikit keburukannya akan dapat diperbaiki…

Tetapi jika kita berkeras dalam hal ini (tak nak jugak tutup aurat), maka ketahuilah sebenarnya dalam dalam hati kita tu ada satu bahagian yang dah rosak… bahagian2 lain mungkin baik (sbb tu mampu utk jaga ibadah2 lain)…

Dalam hal ini, kita kena takut kalau2 penyakit hati yg sedikit itu akan menjangkit bahagian2 lain yg dah baik… umpama kanser hati.. bermula dengan satu titik… dan akhirnya menyebabkan keseluruhan hati menjadi rosak…

Kekalkan dan istiqamah dalam ibadah yang lain.. dalam pada masa yang sama, kena cuba sedikit demi sedikit untuk berusaha ke arah menutup aurat dgn sempurna… yang penting, kita berusaha ke arah yg lebih baik…

Bagi yang dah menutup aurat, janganlah mengutuk dan mengeji mereka2 yg belum beroleh taufiq dan hidayah untuk menutup aurat… Adalah lebih baik kita khuatirkan diri kita dan keluarga terlebih dahulu.. sebelum melibatkan diri dalam gossip2 kepada mereka2 ini… Takut2, sampai satu masa Allah uji kita dengan perkara yang sama…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 Comments

Add a Comment
  1. kakjem x ada apa2 nak komen…tapi yg kakjem nak komen apa kena mengena dgn kentut plak…kahkahkah…

    1. cuba kak jem bayangkan (dlm keadaan menutup mata).. kak jem dengan bertudung berjubah… bersesak dalam lif dengan orang lain… tiba2 kak jem terkentut siap dgn pakej bunyi dan baunya sekali… agak supan ke, tak supan? hehe ๐Ÿ˜‰

        1. itu lebih realistik kalau kita membayangkan diri kita sendiri berada dalam keadaan tu.. hehe ๐Ÿ˜‰

  2. salam ustaz..
    ermmm…saya setuju
    dosa bertudung tak sama
    dosa tak sembahyang..
    ibarat 50-50 nak dapat
    100 %,jangan tinggal
    tudung dan solat..

    1. salam bro zul…

      kalau bertudung dan jaga solat tu pun belum tentu dapat 100% lagi… sbb masih lagi banyak kekurangan yang perlu ditampung dgn amalan2 lain.. ada yang bertudung, tapi pakai baju ketat.. ada yang solat, tapi macam ayam mematuk tanah… ๐Ÿ˜‰

        1. salam..

          bagai ayam mematuk tanah itu maksudnya takde toma’ninah (berhenti seketika dalam melakukan setiap rukun solat).. kalau ayam tu tgh mematuk, memang dia takkan berhenti sekejap2.. dia akan patuk dan terus patuk.. sedangkan toma’ninah itu adalah sebahagian rukun solat ๐Ÿ˜‰

  3. Kita ambil kira2 mcm niโ€ฆ bertudung, tapi berkhalwatโ€ฆ nampak ianya buruk.. tetapi, ia lebih baik daripada tidak bertudung dan berkhalwatโ€ฆ sbb berkhalwat itu satu dosaโ€ฆ tetapi berkhalwat dlm keadaan terdedah aurat maka ada 2 dosa di situ (dosa berkhalwat dan dosa membuka aurat)โ€ฆ Jangan pula ada yang mengambil iktibar yg salah di siniโ€ฆ Ustaz Love tak kata pun yg bertudung tetapi berkhalwat itu baikโ€ฆ

    saya suke line ni ustaz. segelintir remaje gurl bile cite hal ni. doran always gune ayat. “pakai tudung x semestinye baek”

    1. baik tak baik tu subjektif… umpama seorang peminta sedekah yang tak tinggal solat, dengan seorang kaya yang tak pernah bersolat… manusia mungkin nampak baik.. sbb manusia cuma menilai yg zahir… hakikatnya, hanya Allah saja yang mengetahui baik tak baik seseorang itu… ๐Ÿ˜‰

  4. mcm mana pulak ye klu seseorg ni mengambil brt ttg soal menutup aurat.. mrh ank2 nyer membuka aurat tetapi smbhyng diabaikan? mungkin krna hendak mnjaga imej supaya org lain tidak mengata.. mcm mana nak ckp dgn org gini ye?

  5. skng nih imej ppuan bertudung dah tercemar..
    Bila klr je dgr org ckp2 kat blakang ‘alah fesyen je 2’.. ‘nama je bertudung tp perangai mengalahkan setan’..
    Kecik perut dgr.. Huhu

    1. imej menutup aurat tak pernah tercemar.. hanya yg menutup aurat tapi kurang berakhlak saja yg mencemarkan maruahnya.. bukan tudungnya ๐Ÿ˜‰

      1. salam nak join jgk…
        ‘kau kata cinta perlukan akal…bila aku gunakan kau yg menyangkal…kau kata cinta gunakan minda…bila aku gunakan…kau yg tak percaya…bagaimana nak bahagia..’ (lagu sapa ntah..)
        ok…perlu gunakan akal…tapi tak semua bende blh bersandarkan akal…bagi aku simple…kenapa kita sembahyang? pasal nak dapat pahala? pasal nak masuk syurga? pasal smbhyg blh jadikan kita baik, hati suci murni? emmm…itu betul kerana kita gunakan akal dlm memberi rasional ini!…guna logik akal ada maslhny…bagaimana kalau org tu dah baik, dah hati suci murni…so tak yah sbhyg lah ye! guna logik akal punya pasal, karl marx pun cakaplah agama ni utk orang yg lemah…iaitu orang yg tak blh jadi baik, tak blh jadi mulia, tak blh hormat orang dll shja perlukan agama. sebab itu bahaya gunakan akal…tak yah sembhyg dah lah kalau dah baik, hati mulia ye tak! tapi syariat2 itu kita lakukan kerana Allah yang suruh. Bila Allah suruh buat aje lah. Oleh itu, aku sbhyg kerana Allah, aku puasa kerana Allh, aku makan kerana Allah, aku kerja kerana Allah, aku…aku…aku..aku…aku pakai tudung kerana ALlah…aku hidup dan mati kerana Allah..kerana ‘hanya itulah aje yg terbaik’…

        1. salam zufri..

          beramallah ikut kemampuan.. tak semua orang sama tahap iman dan amalnya.. nak beramal dengan mengharapkan ganjaran syurga pun takde masalah.. sbb hadis Nabi s.a.w. jelas menyatakan “Sesiapa yang berqiamullail pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan ganjaran drp Allah), maka diampukan segala dosanya yang telah lalu”.. siapa kita nak pertikaikan perkataan Nabi s.a.w.? ๐Ÿ˜‰

          1. terima kasih ustaz love atas pandangan…saya bukan apa ustaz…sedikit kecewa bila dengar macam2 alasan dari mereka2 yg tak nak ikut apa yg tuhan suruh buat…mcm2 alasan daa…

          2. manusia memang suka beralasan.. cuma kita dituntut untuk membuat penilaian atas diri sendiri (muhasabah diri) sebelum kita dihisab di akhirat nanti.. Sebab itu alim ulamak selalu menekankan konsep berkeras pada hukum hakam agama itu untuk diri sendiri.. untuk orang lain, kita bertolak ansur.. sbb kita lebih memahami situasi diri sendiri berbanding situasi diri orang lain.. atas dasar ini, kita cuma menyampaikan kebenaran.. soal orang nak terima atau tak terima, bukan lagi menjadi tanggungjawab kita.. insyaAllah, kita takkan kecewa ๐Ÿ˜‰

  6. salam Ustaz Love..
    setiap kali saya baca tulisan Ustaz
    setiap kali itu hati saya terdetik untuk menjadi lebih kuat..
    saya sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan
    tapi hati saya bukan selalu kuat untuk tempuhi segalanya
    saya sentiasa berdoa agar diri ini sentiasa kuat dan bersabar atas dugaan yang diberi olehNya.
    terima kasih Ustaz sebab dengan tulisan Ustaz sedikit sebanyak dapat membangkit semangat saya untuk terus kuat dalam menenpuhi sisa2 kehidupan.
    terima kasih Ustaz..

    1. Salam Aneko..

      Alhamdulillah.. semuanya daripada Allah.. Ustaz Love takde apa2 kuasa pun untuk memberikan semangat ke, ketenangan ke, kebaikan ke, kepada orang lain.. Ustaz Love hanya mampu menyampaikan (dengan izin Allah), dan Allah sajalah yg memberi bekas dan kesan ๐Ÿ˜‰

  7. $alam U$taz..

    erm..bawah dagu aurat kan? jd bGaiman yang pakai tdung pin kat bawah dagu tu..i$h..cena nak ckp tau.. erm..kalu dalm $olat, kena tarik telekung tu ke depan $kit utk ttup dagu kan? tp kalu pakaki tdung bwal bidang 60 tu(pkai pin kat bwh) mcm mner lak nak trik?

    1. Salam Nur…

      bawah dagu itu dianggap aurat jika kita berpegang kepada pendapat yg menyatakan ia sebahagian leher.. tapi jika kita berpegang pada pendapat yg mengatakan bawah dagu itu sebahagian wajah, maka ia bukan aurat ๐Ÿ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme