I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Silamat Hali Laya Hajji

Salam…

Petang tadi Ustaz Love singgah sekejap kat rumah sorang member… beliau duduk kat flat… dalam perjalanan turun (masa nak balik), ada sepasang warga emas berbangsa Cina masuk ke dalam lif… Bila beliau nampak Ustaz Love, beliau terus ucap Selamat Hari Raya Haji…

Sambil tersenyum Ustaz Love pun mengucapkan terima kasih… Lalu beliau menyambung perbualan tentang cuti la, jalan kosong la, kedai tutup la (speaking English)… Ustaz Love pun terangguk2 sambil tersenyum2… malas nak balas, takut beliau tak faham bahasa Inggeris yg Ustaz Love gunakan.. hehe…

Bila nak keluar lif, Ustaz Love pun mengucapkan terima kasih (atas ucapan selamat hari raya tadi) dan beliau nampak begitu gembira sbb Ustaz Love ucapkan terima kasih…

Agaknya, mungkin selama ni agak payah beliau nak menerima sapaan mahupun ucapan daripada orang2 Melayu ni… sbb kita selalu memandang bangsa lain seolah2 musuh..  padahal mereka juga adalah jiran2 kita yg masih perlu kita pelihara hak2 mereka…

Member Ustaz Love ada sekali tersalah parking kat lot parking milik seorang Melayu… apa yg terjadi, tayar kereta beliau kena clamp.. bila tanya kat pak guard, beliau dlm keadaan serba salah bagitau yg beliau dah minta pada owner parking lot tu untuk bagitau dgn member Ustaz Love dulu (sbb beliau kenal dgn member ni)… tapi owner parking lot tu (yg sebulan sekali je datang situ tgk rumah) berkeras supaya kereta member ni kena clamp…

Itulah serba sedikit watak orang kita yang baru belajar2 nak pakai BMW….

Semoga Allah pelihara Ustaz Love dan kita semua daripada sifat2 takbur dan sombong  ;begini… setinggi mana pun kita tinggikan diri, takkan dapat mengalahkan ketinggian gunung yg paling rendah sekalipun…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
    1. BMW tu yg owner parking lot tu punya.. Ustaz Love punya BMX je.. hehe..

      Selamat Hari Raya Idul Adha juga buat Diyana 😉

    1. selamat hari raya dark.. entah le.. ramai gak yg bgtau takleh nak shout.. maybe shoutmix problem kot.. sila cuba sebentar lagi.. hehe 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme