I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Serba Tinggi

Salam…

Badan Ustaz Love masih lagi agak keletihan akibat perjalanan jauh… tapi kena cergas gak masuk opis… Sbb ada imam tengah tunggu nak cop borang anak beliau…

Sampai kat opis, sempat borak2.. tiba2 henset beliau berbunyi… Ustaz Love pun memasang telinga sambil purak2 buat kerja… Sehinggalah Ustaz Love dapat menangkap isu yang dibincangkan…

Rupanya beliau ditanya.. boleh ke ayah tiri bernikah dengan anak tiri selepas kematian isterinya (ibu kepada anak tirinya)… Lalu beliau memandang kepada Ustaz Love sambil memberi pendapat.. Untuk meyakinkan jawapan, beliau mengajukan kepada Ustaz Love.. lalu Ustaz Love pun menggangguk tanda setuju…

Bila dah habis perbincangan beliau, maka beliau pun membuka topik tu untuk dibahaskan… Lalu Ustaz Love pun memberikan pendapat Ustaz Love.. tapi ada sorang Ustaz lain yang ada di situ tak bersetuju… Lalu perbahasan pun dilakukan.. akhirnya, beliau mengiakan bahawa beliau telah tersilap…

Sebenarnya, Ustaz Love melihat perkara ini dari 2 sudut.. Pertamanya adalah kebolehan untuk menjawab persoalan secara spontan yg dimiliki oleh imam tersebut… Itu memberi petanda bahawa beliau seorang yang kuat ingatan dan ilmunya telah masuk ke hatinya…

Dari sudut yg lain pula, Ustaz Love mengagumi sikap Ustaz yang seorang lagi yang sanggup menerima pendapat Ustaz Love walaupun pada zahirnya beliau lagi tinggi ilmunya daripada Ustaz Love… ini memberi petanda bahawa beliau merupakan seorang yg tawadhuk…

Gabungan ilmu yang tinggi dan sikap yg tawadhuk yang tinggi inilah yg bakal melahirkan golongan alim yg menjadi contoh kepada masyarakat… bukan menjadi bahan hinaan dan cacian… akibat sikap ego yg tinggi…

Ustaz Love masih jauh lagi nak mencapai kedua2 sudut tersebut… Ustaz Love setakat mampu berwudhuk… dan masih berusaha ke arah tawadhuk..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Comments

Add a Comment
  1. salam Ustaz..
    saya nak tahu juga keputusan perbincangan itu..apakah keputusannya.boleh ke tidak mereka bernikah..?

  2. Salam..

    Maafkan Ustaz Love… asalnya entry ni untuk bukan bermotif soal jawab agama.. jadi sebab tu Ustaz Love tak bagi isi perbahasan itu…

    InsyaAllah, kejap lagi Ustaz Love buatkan entry jawapan itu..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme