I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Sendiri Punya Doa

Salam…

Ustaz Love menggagahkan diri untuk menulis entry walaupun mata terasa amat berat sekali… semata2 nak mengucapkan terima kasih buat pengunjung blog Ustaz Love yang sudi menjenguk2 walaupun tiada apa yg terbaru nak dihidangkan.. Juga buat para blogwalker, Ustaz Love meminta maaf sbb tak dapat nak balas lagi lawatan blogger2 sekalian disebabkan koneksi yang agak slow…

Baru2 ni sebelum bercuti, Ustaz Love dikunjungi oleh seorang jemaah… Beliau meminta bantuan Ustaz Love untuk melakukan solat hajat untuknya yang akan melangsungkan pernikahan tak berapa lama lagi.. tujuannya supaya dipermudahkan segala urusan…

Oleh sebab semangat nak bercuti, maka Ustaz Love pun mengambil masa nak bagi tazkirah sikit kat beliau… sebab Ustaz Love tak puas hati dengan permintaan beliau… Ini kerana, orang yang berhajat itulah yang sepatutnya meminta kepada Pengkabul Hajat agar hajatnya ditunaikan…

Lalu Ustaz Love meminta agar beliau datang solat jemaah Maghrib.. dan lepas Maghrib sama2 solat hajat semoga Allah mudahkan segala urusan beliau…

Ustaz Love mengimbau kembali liku2 perjalanan beliau nak bernikah… walaupun pada mulanya urusan beliau dipermudahkan, namun di pertengahan jalan, beliau diuji. Kemudian, apabila lepas ujian tersebut, Allah mudahkan kembali urusannya… Mungkin sebab itu beliau tak nak mengambil mudah dan mengambil jalan meminta orang untuk mendoakan dirinya…

Tidaklah salah.. malah digalakkan kita selalu meminta orang untuk mendoakan kebaikan buat diri kita (terutama daripada orang alim).. namun, jangan lupakan bahagian kita… kita sendiri yg lebih perlu berdoa untuk kebaikan diri sendiri…

Kata seorang pak imam… ada seorang jemaah marah2 kepada beliau sbb namanya tak disebut ketika majlis tahlil.. sedangkan beliau ada membuat permintaan tahlil dan menyumbang kepada masjid… Beliau rupanya meneliti nama2 yg disebutkan sebelum majlis tahlil dengan mendengar melalui corong speaker masjid…. secara langsung dari kedai kopi berhampiran…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Comments

Add a Comment
  1. salam ziarah 1st time.. hehe

    emm..entri ni, teringat saya pd ceramah ustaz di masjid. dia menegur trend org sekarang yg suka amik upah haji lah, upah umrah lah, upah doa depan ka'abah lah, upah semayang hajat/tahlil masjidil haram etc.

    kata beliau, budaya ni mendekati budaya buddha. org² buddha (menurut beliau la) dah tak payah buat ibadah buddha, cukup bagi makan kat sami semasa sami-sami ni datang rumah diorang pagi-pagi..

    bagi makanan, sami ni akan "Tok-Tok-Tok" atas tempurung diorang sambil mohon doa dan keampunan utk org tersebut..

    "Ibadah yang dibeli dengan duit?"
    mana ada. kalau camtu semua org kaya masuk syurga la, org miskin nganga..

    pendapat saya, ibadah kpd tuhan itu Hasbuminallah (kalau tak silap) hubungan dengan Tuhan. takkan org lain pulak yg hubungkan kita dengan Allah, ye tak?

    🙂
    wallahua'lam..
    entri terbaru: preview Tuah dan Jebat & blogwalking

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme