I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Rugi Mengelak Rugi

Salam…

Ustaz Love baru habis blogwalking… menggunakan jejak url baru (ustazlove.com)… Ramai gak yang macam ala2 terkejut sebab bila masuk je, nampak layout dah lain… Mungkin sebab Ustaz Love takde buat apa2 sticky post perpindahan ke domain baru… InsyaAllah, nnt Ustaz Love buatkan..

Gambar di atas merupakan gambar pencakar kucing (bahasa Ustaz Love) kat rumah member Ustaz Love… kiranya batang yang dililit dengan tali jut tu bertujuan supaya kucing boleh mencakar batang tu kalau beliau nak merenggangkan kuku dan badan…

Setengah orang berpandangan bahawa membeli benda2 macam ni merupakan suatu pembaziran… Tapi jika kita dapat melihatnya dari sudut yang positif, ia sebenarnya mampu menyelamatkan pemiliknya daripada mengalami kerugian yang lebih besar…

Suatu masa dulu Ustaz Love ada memelihara beberapa ekor kucing… Oleh sebab kucing dah dianggap sebagai ahli keluarga, maka kucing itu dibiarkan berleluasa di dalam rumah… Walaupun member Ustaz Love menasihatkan supaya membeli tempat untuk mencakar ni, tapi Ustaz Love sangat berkira2 nak membelinya.. kerana harganya pun agak mahal…

Hinggalah bila beliau mula mencakar sofa, langsir, tikar, seluar baju dsb… maka ketika itu menyesal pun dah tak berguna lagi… sebab untuk membaiki balik barang2 yg rosak tu, kosnya melebihi berkali ganda berbanding menghabiskan sebahagian peruntukan untuk membeli tempat pencakar tu…

Ada kalannya kita terpaksa mengambil keputusan untuk rugi sedikit demi menyelamatkan diri daripada kerugian yang besar… Keluarkan sebahagian duit untuk membeli pakaian yg kemas bagi menghadiri interview… supaya peluang mendapat pekerjaan lebih besar.. dan pendapatan yg diperolehi itu adalah berkali ganda daripada modal yg dikeluarkan…

Umpama seorang pemancing laut dalam… Jika mengharapkan ikan yu tersangkut pada kail, maka dah tentu persediaannya juga adalah persediaan untuk menangkap yu… jorannya kena besar… mata kail kena besar.. tali pancing kena tebal… dan umpannya juga kena besar… kosnya? dah tentu agak besar…

Agak2 ikan yu nak makan ke kalau letak umpan cacing?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
    1. Salam princess…

      Walaupun ada alat mencakar tu, kuku kucing (khususnya kucing parsi yg bukan kita bela dgn tujuan menangkap tikus) kena selalu dipastikan sentiasa tumpul (dipotong hujungnya) sebagai langkah berjaga2… takut2 nnt alat pencakar tu pun dia cakar.. dgn muka2 kita sekali dia cakar… jatuh saham 10%.. hehe πŸ˜€

  1. salam ustaz..1st time me komen kat blog baru ustaz ni..
    unik plak alat /tempat mencakar kucing tu..

    ustaz, betul ke, or kebetulan..
    kalau kita sgt kedekut or berkira, kita akan kehilangan jugak benda2 yg kita anggap milik kita, cthnya kita kedekut nak sedekah, then lps tu kita plak jd hilang duit…

    1. Salam mama…

      tempat tu sekali dengan tempat main dan tempat tidur kucing tu…

      Memang betul mama… orang kedekut ni rezekinya berat… sedangkan orang yg pemurah, rezekinya akan dimurahkan berlipat kali ganda..

      Mafhum daripada hadis Nabi s.a.w. bagi org yg membuat satu kebaikan, maka Allah akan membalasnya dengan 10 kali ganda.. bayangkan kalau sedekah RM1, dan dibalas RM10… mungkin balasan tu dalam bentuk tunai spt yg kita berikan… atau dlm bentuk yg lain yg senilai dgn 10x ganda tu… mungkin dari sudut kesihatan, ketenangan, kemudahan dsb… πŸ˜‰

  2. assalamualaikum….
    tk brapew nk fhm la ustaz love mksud entry ni….(=_=)???
    ape yg ustaz love nk bgtaw yewrk???

    1. maksudnya, kadang2 kita perlu keluarkan sedikit duit (rugi sedikit) untuk menyelamatkan diri daripada rugi yg lebih besar.. harga pencakar kuku tu sekitar RM100++.. sedangkan harga sofa kita, termasuk katil, langsir dsb, mencecah ribuan ringgit.. kalau kita sayang nak keluarkan modal sikit, maka nanti kita akan mengalami kerugian yg lebih besar bila kucing start cakar sofa, langsir dsb..

      kadang2, kita rasa rugi nak luangkan sikit masa untuk keluarga (contohnya.. sibuk dengan kerja nak cari duit).. sehinggalah sampai suatu masa nnt, keluarga kita dah renggang dengan kita.. masa tu, ada masa yg banyak pun dah tak guna dah πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme