I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Rahsia Teh

Salam…

Ustaz Love ingin mengucapkan terima kasih atas komen2 dan resepi2 yang diberikan oleh blogger sekalian dalam entry resepi sup tulang sebelum ni… Sebenarnya, Ustaz Love dah lama tak memasak… lama2 sekali baru terasa nak memasak… Dulu masa bujang pun, takde la nak masak sangat pun.. sbb makan sendiri. Cuma bila dah berkeluarga ni, rasa teruja plak tgk family makan masakan Ustaz Love sampai mengangkat ibu jari ala2 pengedar berjaya MLM…

Kali ni, Ustaz Love bukan nak bercerita resepi buah air teh ‘o’… cuma nak berkongsi rahsia yang Ustaz Love baca dan dengar daripada pelbagai sumber…

Ustaz Love nak bercerita secara saintifik, tak berapa pandai sangat… Tapi nak bercerita gak.. maka jadi la penceritaan Ustaz Love ni ala2 kampung sikit…

Rahsia yang paling utama adalah Ustaz Love memang suka minum teh ‘o’… cuma setahun dua ni je dah jarang minum… sbb lebih tertarik dengan nescafe ‘o’… Apapun, yg ‘o’ itu menjadi pilihan Ustaz Love berbanding minuman yg bercampur susu…

Kata member Ustaz Love, teh ‘o’ ni menjadi ubat ketika panas tapi menjadi ‘racun’ ketika sejuk… bukanlah ubat itu bermaksud mcm panadol ke… atau racun itu bermaksud mcm racun rumpai ke… Cuma daripada segi khasiatnya, ia lebih baik diminum ketika panas…

Bila minum ketika panas, ia merangsang kelenjar peluh kita dan mengeluarkan toksin dalam badan melalui proses perpeluhan (ada ke istilah ni… Ustaz Love main hentam je ni.. hehe)… dan kebiasaannya bila Ustaz Love minum teh ‘o’ panas ni, maka angin dalam badan cepat keluar.. atas bawah keluar angin… rasa ringan je badan lepas tu…

Kalau minum air teh ‘o’ tu masa dah sejuk, perut akan rasa kembung… dan angin terasa berputar2 dlm perut sehingga menghasilkan bunyi2 aneh dlm perut… itu pengalaman Ustaz Love la.. hehe

Selain itu, Ustaz Love juga biasa jadikan amalan minum teh ‘o’ pekat bila diserang cirit birit… ia menjadikan Ustaz Love dapat bertahan daripada selalu keluar masuk toilet… sakit lutut lama2 dalam toilet…

Hampas teh juga boleh digunakan sebagai penyegar mata… letakkan hampas teh tu kat mata.. bila bangun, mata akan jadi segar dan bersinar… tapi jangan guna hampas air teh yg telah diletak gula.. nanti penuh mata dengan semut…

Banyak lagi khasiat teh ni… tapi setakat ni saja ilmu yg Ustaz Love tahu.. tak pasti sama ada ianya memberi manfaat atau tak… Jika ada salah silap, sila la betulkan.. bleh tambah ilmu baru…

Cuma Ustaz Love tak mencadangkan bagi mereka2 yg ada penyakit sembelit…

Maha Suci Allah yang tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia2… Cuma perlukan sedikit kajian (org2 tua dulu mengkaji melalui pengalaman.. org moden mengkaji dengan sains) untuk mengetahui manfaat dan mudarat setiap kejadian yang diciptakan Allah…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
  1. hehehe…sesama ustaz. Ilmu makin bertambah jika disebar-sebar. sila guna jika sudi dan kongsi-kongsilah πŸ™‚ kalo tersilap, mohon dibetulkan

  2. ustaz,hampas teh ni pun blh jadi scrub.bila dah abis guna,cuci pastu letak dlm peti ais.agak dalam 10minit ambil pastu lumur kat muka.gosok kejap lps tu cuci guna air suam.boleh hilangkan kulit2 mati ^_^

    1. memang ada.. hampas kopi, hampas kelapa, hampas padi… semuanya ada kegunaan tersendiri.. manusia hampas pun ada juga kegunaannya.. hehe πŸ˜€

  3. salam ustaz…

    teh halia satu mamakk..hihi

    betul tu ustaz..teh elok untk yg mengalami cirit- birit…

    juge tak digalakan untk yg sembelit….

    klw sembelit minumlah RGC !

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme