I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Program Korban

Salam…

Hari ni hari raya yang paling meletihkan dalam sejarah hidup Ustaz Love… bermula dari Subuh, Ustaz Love kena bertugas… sampai la ke masa khutbah raya, penyembelihan korban dan sesi makan2 lepas selesai program… Dan seperti biasa, lepas makan daging yg fresh itu, Ustaz Love mula pening2 dan mual mcm org mengandung…

Maka itu, Ustaz Love tak rasa nak menulis panjang2… just nak berkongsi suasana dengan gambar2 yg sempat Ustaz Love amik tadi…

Sesi berdoa sebelum memulakan program korban

Sembelihan dimulakan... Sambil2 kepala lutut Ustaz Love atas perut beliau

Program melapah kulit

Lembu yang sudah menjadi arwah

Perut lembu yang terbuang yg tak sedap dipandang, tapi sedap dimakan..

Pendekar bermandi darah...

Proses melapah daging...

Sayangnya Ustaz Love lambat apply cuti… kalau tak, esok dah tentu bleh melepek di atas katil… huhu

Apapun, program penyembelihan korban kali ni berjalan lancar dengan bantuan ramai sukarelawan… Bangga Ustaz Love tengok anak2 muda berganding bahu dengan bapak2 tua bagi melancarkan proses korban daripada awal sampai akhir… Gabungan pengalaman org tua dan tenaga org muda ini boleh la diibaratkan sebagai masak lemak sayur… sayur kena sayur muda… dan santan kena santan kelapa tua… baru ngam…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
    1. Salam LadyBird…

      Ada lagi gambar yg lagi sadis.. tapi Ustaz Love kena menjaga ketenteraman pengunjung blog Ustaz Love ni yg berstatus U ni… hehe..

      Ustaz Love tukang timbang daging je… belum sampai hati lagi nak sembelih.. hehe 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme