I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Perancangan Akhirat

Salam…

Hari ni Ustaz Love pening kepala sebelah… nak kata migrain, macam tak migrain.. tapi mungkin jugak sebab Ustaz Love tido lambat semalam… nak buat kerja pun rasa macam tak lalu je… Ni baru ada rasa mcm ok sket…

Bangun2 tadi, kelam kabut cari panadol… telan 2 bijik baru pergi kerja… tapi mood nak bekerja tak berapa masuk… Jadi mintak kat bos nak balik awal…

Petang ni hujan plak… rasa macam malas je nak bangun… tapi kena bangun gak sebab malam ni ada kerja nak kena buat… Sebut2 pasal hujan ni, teringat plak kat payung… atau kalau mat motor tentu terfikir pasal baju hujan…

Ada satu peribahasa Melayu menyebut “sediakan payung sebelum hujan”… juga ada satu lagi yg melibatkan proses hujan iaitu guruh “dengar guruh di langit air tempayan dicurahkan”… dua peribahasa ini memberi maksud yang berlawanan… satu bermaksud membuat persediaan sebelum berlakunya sesuatu… dan satu lagi memberi maksud apabila mendengar adanya peluang yang lebih baik, maka peluang sedia ada dilepaskan…

Satu peribahasa memberi gambaran positif dan satu lagi negatif…

Dalam dunia ini, pelbagai persediaan perlu dilakukan sebelum tibanya masa kita memerlukan… kena sediakan peti keselamatan 1st Aid yang lengkap dgn ubat2an dan peralatan untuk merawat kecederaan kecil… sebelum kita ditimpa kemalangan atau bencana yang mungkin pada ketika itu kita sangat memerlukannya…

Naik sampan, walaupun kita pandai berenang.. tetap perlu mematuhi peraturan dengan memakai jaket keselamatan… itu juga satu persediaan sebelum berlaku sesuatu yg tak diingini… betapa ramai org yg pandai berenang, tapi akhirnya lemas disebabkan kaki kejang, tarikan air dsb…

Jangan tunggu berlakunya kemalangan baru kita sibuk2 nak cari peralatan dan ubat2an… umpama “nak terberak baru nak gali lubang”…

Dan persediaan yang kita buat, janganlah disia2kan disebabkan ketamakan kita dengan berita baik yg baru kita dengar… jangan laburkan duit simpanan untuk mendapat keuntungan perniagaan yang dijanjikan… akhirnya kita sendiri yang akan gigit jari sekiranya perniagaan itu tak berjaya… simpanan habis, untung pun tak dapat… ia lebih dekat dengan peribahasa “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”…

Itu semua persediaan kita untuk dunia yang singkat ini… bila datangnya ajal, maka dah tak berguna dah semua persediaan tu.. ia akan diwariskan kepada ahli keluarga kita yang tinggal…

Bagaimana dengan persediaan akhirat? Jika kita ada satu buku perancangan (planner) untuk mengingatkan kita tentang meeting, hari2 bersejarah, tarikh2 penting dsb, bagaimana dengan buku perancangan amal kita? Pernah tak kita rasa nak buat satu buku yg serupa agar kita tak terlepas tarikh2 penting untuk berpuasa sunat, waktu2 penting untuk ibadah, minit2 penting untuk berzikir dan membaca al-Quran dan lain2 ibadah?

Manusia ini selalu terlupa… sekurang2nya dengan adanya diari untuk ibadah, kita akan selalu dapat mengingatkan kita tentang banyak perkara berkaitan ibadah.. terutama dosa dan pahala yang kita lakukan sepanjang hari.. agar memudahkan kita bermuhasabah diri di malam hari..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
    1. insyaAllah, kalau rajin beramal, maka amalan kita tu akan jadi teman kita dalam kubur πŸ˜‰

        1. emas putih pun sama jugak haramnya… yg tak haram kalau platinum.. bleh search entry Ustaz Love pasal hukum suasa.. kat situ Ustaz Love ada terangkan sikit pasal emas putih ni.. πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme