I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Penunggang : Awas!

Salam…

Sementara menunggu Isyak ni, Ustaz Love meluangkan sikit masa untuk menulis entry… Sebab siang tadi sangat sibuk… Ke sana ke mari Ustaz Love merempit… Dan sebelum terlupa, Ustaz Love ingin mengingatkan kepada para pemandu kereta (terutama wanita – bukan la sebab Ustaz Love nak fokus pada perkauman, tapi sbb Ustaz Love selalu sangat berdepan dengan peristiwa2 melibatkan wanita di jalanraya ni), kalau nak menukar lorong, pastikan tengok side mirror dulu… jangan ingat bila dah bagi signal, kita bleh terus masuk…Β  4 5 kali dah sepanjang bulan ni Ustaz Love nyaris nak eksiden disebabkan kereta yg nak menukar lorong secara tiba2… bila Ustaz Love pecut sikit nak tengok sapa drivernya, ternyata beliau adalah kaum wanita (ini pengalaman sebenar… bukanlah Ustaz Love nak tuju kepada semua wanita… lelaki pun sama jugak.. tapi Ustaz Love bercerita berdasarkan pengalaman sendiri)…

Jadi, Ustaz Love sentiasa cuba (kalau boleh) mengelak daripada mengekori pemandu wanita…

Satu lagi jenis pemandu yg cuba Ustaz Love elakkan adalah pemandu teksi… Pun banyak kali dah pengalaman Ustaz Love nak eksiden terlanggar belakang teksi ni… Ada sekali tgh2 highway, boleh plak dia daripada lorong kanan, terus bagi signal dan pangkah ke lorong kiri… lepas tu dia berhenti tepi highway nak turunkan penumpang… nasib baik Ustaz Love dah slowkan motor… pun kena tekan brake kuat2…

Selain itu Ustaz Love juga cuba mengelak daripada mengekori lori… terutama lori2 yg dah kosong (muatan barang dah dihantar).. memang laju tak ingat… sebab Ustaz Love teringat pesan geng2 merempit Ustaz Love… jangan follow lori… lebih baik bawak slow biar lori tu jauh dulu… atau pecut supaya lori tu kat belakang dan terus pecut sampai lori tu jauh… kalau kat selekoh, jangan cuba2 nak potong lori…

Sebabnya, takut lori tu berhenti secara mengejut… ataupun bila lori dah takde barang, dia akan laju semacam… kalau dia follow kita, takut kita brek, dia plak tak sempat brek… sbb brek angin akan amik jarak beberapa meter untuk betul2 berhenti… juga kalau kita cuba memotong lori kat selekoh, takut2 motor kita terperosok masuk bawah lori.. sebab tekanan angin bawah lori akan menyedut motor mcm penyedut hampagas…

Kalau diperhatikan, gambar yg diletakkan kat entry ni macam tak berkaitan.. sebenarnya memang tak berkaitan pun… Ustaz Love nak tulis pasal benda lain.. Lain plak idea yang datang…

p/s : masih panas dengan peristiwa di jalan raya petang tadi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. me salah seorg berjuta pemandu wanita di msia..and me setuju, ramai pemandu wanita kurang cekap or kurang berhemah..me paling panas hati kalau org bwk keta mcm siput, then dok lane laju..me plak jenis yg drive laju..kat tmpt yg sesuai lah ie jln clear πŸ™‚

    1. mama… Ustaz Love tak nafikan, ada juga pemandu lelaki yang kurang cekap.. atau terlebih cekap sampai membahayakan orang lain…

      kalau kat luar negara (kalau tak silap.. sbb Ustaz Love tgk movie) bawak kereta terlalu perlahan pun boleh kena saman.. terlalu laju atau terlalu perlahan memang membahayakan πŸ˜‰

    1. Salam bro zul…

      Sama2… Memang kadang2 kita berhati2 di jalan raya.. tapi, biasa la manusia… ada masanya kita terleka.. Ustaz Love sendiri pernah hampir nak menghimpit sorang mat motor sbb sibuk nak tukar channel radio… Tapi selesai dgn Ustaz Love angkat tangan kat beliau tanda minta maaf… πŸ˜‰

      baju kuning tu baju sponsor utk petugas korban… rasa bangga plak dpt pakai baju tu walaupun takde la buat kerja banyak mana pun.. hehe πŸ˜€

        1. itu bukan Ustaz Love la Kak Jem.. tengok tangan pun dah tau beliau org tua.. Ustaz Love ni masih remaja lagi πŸ˜‰

    1. itu kalau mat rempit… kalau mat motor yg pegi balik keje.. takpun pacik2 naik motor yg pegi balik masjid… memang laluan belah kiri je yg beliau guna πŸ˜‰

      1. sjak 2 menjak ni kakjem klau bawak motor pun dah berjangkit penyakit matrempit tapi yg berhemahlah….sbb kakjem tau mcmana perasa org yg bawak kereta bila berhdapan ngan motor dan begitu juga perasaan motor bila berhadapan ngan motor..(kakjem smua dah bawak kecuali bas ngan traktor je blum….)

        1. kiranya kak jem dah jd minah rempit le ni.. hehe… tak kisah la jadi apa pun, yg pentingnya kena alert masa atas jalan… kena ingat org lain pun berkongsi jalan yg sama… kalau nampak kereta kat belakang macam laju je, tak salah kita ke tepi sikit.. tapi pastikan dah tengok side-mirror dulu… takut kat tepi pun ada kenderaan lain yg sama laju… fokus tu penting πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme