I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Pahit Manis Kehidupan

Salam…

Ustaz Love baru selesai sarapan.. walaupun dah nak masuk waktu lunch.. Pagi2 sangat tak berapa selera nak makan… Sebab Ustaz Love bukan jenis makan ikut time… bila lapar je baru carik makan… tak macam arwah ayah Ustaz Love… makan mesti ikut time… maybe sebab beliau dah dilatih mcm tu masa dalam tentera dulu…

Ustaz Love memang suka minum fresh orange… rasa puas je… tak kira la yg peel fresh ke atau bukan… Arwah mak Ustaz Love kata bleh cuci perut.. tapi Ustaz Love balas, kalau nak cuci perut guna Clorox le… hehe…

Tapi mungkin ada benarnya juga… lepas minum tu, lancar je nak buang air… perut pun rasa selesa…

Apapun yg kita ambil, sebenarnya tak boleh secara berlebihan… mcm gula gak.. tak amik gula langsung pun bahaya (menyebabkan kita lesu dan tak bertenaga).. amik lebih pun bahaya gak…

Orange ni tergolong dalam buah2an yg masam.. ada asid… jadi tak bleh amik secara berlebihan… Begitu juga benda2 masam yg lain seperti buah mempelam, kedondong, kundang, jeruk2 buah dsb (pehhh.. terasa kecur air liur ini menyebutnya)…

Paling bahaya, benda2 masam dan berasid ni boleh mengakibatkan kanser perut… Ini apa yg Ustaz Love tengok dalam berita…

Dalam kehidupan juga ada perasaan dan perasa yg pelbagai yang mewarnai kehidupan… Ada masanya manis, ada masanya pahit… ada masanya masam… takde orang yang manis sentiasa hidupnya… dan takde jugak orang yang masam je perasa hidupnya… Macam air laut.. ada pasang, ada surutnya… Seperti roda.. kekadang di atas, kekadang di bawah…

Jadi, ketika manis, jangan bergembira sangat… dan ketika masam, jangan berduka sangat… sabar dan redha ada kunci kedua2nya… kerana pahit manis, masam payau itu adalah ujian kehidupan…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
    1. Jus nenas bagus untuk diet… tapi org tua2 kata, berhati2 kalau minum.. takut tak sedar yg kita (bukan Ustaz Love okeh.. hehe) mengandung.. bleh keguguran.. tak pasti sejauh mana kebenarannya 😉

    1. Salam bro zul…

      Jus nenas ni ada kaitan dengan minuman diet.. bro zul tgh berdiet ke? hehe 😀

  1. waktu makan yg x menentu tu lah yg x elok…sbb tu klau nak kuruskan badan dia x nak kurus2 gak….sbbnya x de disiplin.hehehhe…
    lebih elok masak dulu kemudian barulah rasa manisnya…umpama kata pepatah bersusah2 dahulu,bersenang2 kemudian….kihkihkih….

    1. sebenarnya, itu bukan masa makan yg tak menentu.. ia lebih kepada saranan Nabi s.a.w. “Makan ketika lapar..” part berhenti sebelum kenyang tu yg blom mampu nak amal.. sbb berhenti sebelum kenyang tu aadalah antara kunci kejayaan diet.. hehe 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme