I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Korban Arnab

Salam…

Hari ni Ustaz Love lambat masuk opis lagi… alasannya kali ni sebab nak gi amik teks khutbah raya esok… Kebetulan terjumpa member2 yg dah lama tak jumpa (padahal semua tu kat KL jugak)… jadi banyak la benda yg diborakkan… isu utamanya adalah berapa ekor masjid buat korban.. hehe… dan isu kedua yg menjadi topik utama perbualan adalah bab cuti… sebab arahan dah keluar tak boleh cuti…

Ada juga member2 yg jadi tukang sembelih masa korban esok… tapi ramai yang tak berani… bukannya tak pernah belajar, tapi sebab tak yakin kendiri… buatnya sembelih tak putus urat, sape nak ganti lembu sekor yg dah menjadi bangkai itu? Atas ketakutan itu maka Ustaz Love pun menolak permintaan untuk jadi tukang sembelih.. dengan alasan mabuk darah… boleh ke mcm tu? hehe…

Alangkan sembelih ayam pun Ustaz Love dah seriau (bahasa utara bermaksud ngilu… kalau tak silap)…. Inikan pulak nak sembelih lembu yg memancut2 darahnya.. mau pingsan sebelah lembu tu nanti…

Dulu Ustaz Love banyak bela arnab… dan suka makan daging arnab.. cuma tak berapa berani nak sembelih arnab… Sebab rasa mcm sembelih kucing je… Lagipun arnab2 tu mahal harganya… sbb baka import… RM300 sepasang… bila yg betinanya mati, maka yg jantan tu dah mengalami kemurungan melampau.. nak makan pun tak lalu… kerjanya merenung ke langit je… sampai la satu masa, Ustaz Love melihat beliau dengan mata terbuka memandang langit, tapi dah dihurung semut… Rasa nak menangis pun ada… Tak sempat nak menikmati daging berharga ratusan ringgit…

Yang paling sadis lagi, ada seekor arnab kecik yg Ustaz Love bela… balik je nampak beliau dah tercungap2… Ustaz Love cuba sumbat air dan mandikan beliau… supaya beliau segar sket… Akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhir kat tapak tangan Ustaz Love…

Sampai sekarang Ustaz Love trauma nak membela arnab ni… Sekali sekala pergi gak melawat taman2 peliharaan arnab ke, kedai haiwan ke… Namun, nak bela Ustaz Love belum berani lagi…

Dah melalut cerita korban lembu sampai ke arnab terkorban… Itu tandanya Ustaz Love nak kena gi makan dulu… hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. assalam.
    ade janggut arnab hitam ni.
    mesti dah tua.
    susah ke nak jage arnab ust?
    sy pon kurang yakin nak menyembelih.
    abah ade tnye nak ke x.
    tp sanggup makan je.
    hehehe

    1. Salam akim..

      Ni spesies arnab berjanggut… masih muda belia lagi…

      Arnab ni (ikut pengalaman Ustaz Love) haiwan yg paling mudah nak bela.. letak je dalam sangkar sekali makanan dan air… cuma dia tak bleh berpanas… nnt beliau sesak nafas.. hehe πŸ˜€

    1. Arnab kalau masa kecik2, memang kena jaga betul2.. sbb masa tu antibodi beliau masih lemah… bila dah tua, biar pun tak kisah… sembelih je… πŸ˜‰

    1. arnab memang suka mengorek2 ni… tambah2 kalau beliau nak beranak… sbb dlm tanah tu sejuk sikit… sebab tu kalau buat pagar utk arnab, kena pacak dlm2 sket.. πŸ˜‰

  2. salam ustazlove,

    klw nak dikorban arnab tu tak cukup seekor ustaz….suke tengok arnab tapi takot nak pegang…apetah lagi nak mkn daging arnab…camne rase dagingnye ?

    ustazlove mabuk darah yer hihi…

    sy klw orang dok sembelih ayam ker lembu ker tak berani nak tengok..satu tak tahan bau darah dan satu lagi takot timbul perasaan kesian kat binatang yg hok kena sembelih tu….jika wujud perasaan kesian kita tak bolih makan daging(aym/lembu) tu yer ustaz??
    terima kaseh,

    1. Salam ateh..

      daging arnab ni rasa mcm daging kucing.. acah je.. rasanya lebih lembut dan empuk… cuba try makan satay arnab kat samuri dulu..

      Ustaz Love tak mabuk darah lembu.. mabuk darah manusia je.. takde bakat nak jadi pontianak.. πŸ˜€

      Kesian ke, tak kesian.. boleh je makan… sbb itu bukan syarat halal ke haram sesuatu haiwan tu πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme