I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Kisah Keldai

Salam…

Ustaz Love meredah hujan petang tadi sebab nak amik angin sikit… tak pasti nak pergi mana… Mulanya bercadang nak naik Cameron Hingland, tapi disebabkan langit nampak gelap maka Ustaz Love memutuskan untuk memanjat ke satu lokasi yg dirahsiakan.. hehe

Seumur hidup Ustaz Love tak pernah naik kuda mahupun keldai… selalu tengok je… hajat hati memang nak cuba naik… tapi memandangkan saiz dah makin besar dan kaki tersangkut kat perut kalu nak naik kuda, maka Ustaz Love pendamkan niat suci itu… Tambahan lagi kesian pada keldai yg tak berdosa itu terpaksa menanggung beban Ustaz Love yg heavyweight ni…

Kalau kita perhatikan betul2, biasanya setiap hari Jumaat masjid2 akan memasang kaset surah al-Jumu’ah.. perasan tak dalam tu ada satu ayat yang memberikan tamsilan berkaitan keldai? Cuba cek ayat ni :

“Bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul Kitab-kitab besar di atas belakangnya (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.” (al-Jumu’ah : 5)

Lagi satu… ada ayat lain yang memberikan tamsilan (contoh) dengan keldai ini :

“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai” (Luqman : 19)

Kedua2 tamsilan ini mengaitkan keldai itu dgn sifat2 buruk… walaupun keldai ini gagah perkasa (letak la banyak mana barang pun, beliau tak kisah nak menanggungnya), namun kegagahannya itu digambarkan sebagai suatu kebodohan jika dikaitkan dgn manusia… Memang binatang2 lain pun takde akal, tapi kalau kita bandingkan dengan kucing… cuba2 la kita duduk atas belakang beliau, tak ke kena cakar… ataupun cuba ikat buku atas belakang beliau… menggelepar beliau nak melepaskan diri…

Sebaliknya keldai ni, digambarkan binatang yg bodoh bukanlah kerana sanggup memikul barang2 yg berat, sebaliknya kerana beliau tidak dapat mengambil manfaat ke atas barang yg dibawanya itu.. sepatutnya ilmu2 dalam kitab yg banyak di atas belakangnya itu, secara metaforanya, boleh menjadikan beliau cerdik sekiranya beliau mengambil manfaat ilmu itu… Sebab itu golongan Yahudi digambarkan sebagai keldai.. kerana tak mengambil manfaat ilmu daripada kitab Taurat yg mereka kelek ke sana ke mari…

Juga sesiapa yg mengenali suara keldai (cuba tengok cerita Shrek), nescaya tak ada seorang pun yang akan mengatakan bahawa suara keldai itu sangat merdu… maka bagi orang yg ego serta sombong dan selalu meninggikan suaranya ketika bercakap mahupun berbahas… sila la bandingkan suara kita ketika itu dengan suara keldai.. bleh jadi adik beradik tak? hehe…

Semoga Allah memelihara kita daripada terpalit dgn sifat2 keldai ini…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme