I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Khayalan Menjadi Kenyataan

Salam…

Dah time balik rumah, tapi malas betul nak keluar daripada opis… ujan kat luar agak lebat… memang subur betul tanah waktu2 macam ni… Badan pun bleh naik subur gak.. balik2 terus terlepek atas tilam… sangat mengujakan…

Waktu2 hujan macam ni, Ustaz Love suka termenung… berkhayal barang seketika… nikmatnya sungguh terasa…

Adakah berkhayal ni suatu larangan? Memang dilarang kalau sampai melalaikan ibadah… tapi, kalau sekadar mengisi masa lapang, ianya memang best… aktiviti berkhayal ni mampu menjalankan fungsi otak.. lebih baik daripada kita tgk tv tanpa memikir apa2 pun…

Kalau merenung alam sambil berkhayal… umpama mengembara ke seluruh alam… tanpa modal dan tenaga dikeluarkan… cuma memerlukan sedikit masa…

Daripada berkhayal jugalah Henry Ford berjaya mencipta kereta… Leonardo dan Vinci juga berkhayal sehingga berjaya melakarkan potret monalisa yang pada masa ini berharga berjuta pound… Jadi siapakah yg menyatakan bahawa berkhayal itu merupakan suatu sikap yg buruk? (sehingga ada drama melayu.. tajuk apa ntah.. yg menggambarkan buruknya sikap berkhayal ni)..

Berkhayal ni boleh menjadi buruk sekiranya tidak disusuli dengan usaha mencapai apa yg dikhayalkan itu… Kiranya mcm mat jenin yg duduk atas pokok kelapak… khayalan2 beliau nak jadi tokey ayam dan lembu tu memang cantik… cumanya, beliau silap sbb berkhayal atas pokok.. bila jatuh, khayalan pun hilang… sakit yg datang…

Sekiranya khayalan disusuli dengan usaha dan ikhtiar.. tak mustahil ianya akan menjadi kenyataan…

p/s : Ustaz Love dok berkhayal menjadi Kamen Rider.. agak2 bleh jadi kenyataan tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
    1. betul tu mama… walaupun berkhayal, kena fokus dlm khayalan tu… jadinya, berkhayal akibat penggunaan dadah adalah tertolak sbb takleh fokus..

      Kamen Rider tu bleh berkhayal nak pakai costume beliau tu je.. hehe 😉

  1. salam ustazlove,

    ade juge berkhayal sesekali…berangan nak pi tempat2 yg menarik… teringin bebenor teman nak merasa musim bunga ke musim luruh……Kamen Raider tu bukan adik beradik tiri ghan Tom Raider ker ustaz….hihi

    1. salam ateh.. takpe.. berangan je dulu… esok2 dah ada duit, tau la mana nak dituju…

      Tom Rider tu adik beradik dgn Tom Cruise 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme