I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Jemputan Kahwin

Salam…

Dalam beberapa entry yg menyatakan kedemaman Ustaz Love untuk beberapa hari, sebenarnya bukanlah bertujuan untuk menagih simpati… mahupun meraih populariti (aikk… sakit pun bleh popular kaa?).. Cuma sekadar alasan yang didatangkan apabila ramai yg bertanyakan entry terbaru mahupun bertanya khabar… Dan kisah kedemaman itu sendiri bukanlah rekaan.. sebaliknya ia tulen dari ladang…

Dalam kesibukan melayan batuk dan hingus serta seram sejuk… Ustaz Love terpaksa menghadiri seminar wajib semalam… esok pun ada kursus lagi… Sambil2 cek beg nak tengok keperluan kursus esok, Ustaz Love terjumpa kad jemputan kahwin daripada member Ustaz Love…

Jadi entry ni bukanlah berkaitan dengan jemputan kahwin Ustaz Love okeh… hehe

Rupanya kad tu bertarikh 27hb (semalam)… Ustaz Love memang betul2 terlupa… bukanlah disebabkan nyanyuk mahupun alzheimer.. tapi Ustaz Love ada kursus semalam dan masih dalam mode tak berapa sihat… Apapun, Ustaz Love agak kesal sebab terlupa pasal tarikh tu.. kalau tak, mungkin gak boleh telefon bagitau tak dapat nak hadir…

Jemputan kahwin ni hukumnya wajib hadir (bukan wajib tayang mcm cerita Papadom tu) apabila mendapat jemputan daripada penganjur… Ini kerana penganjur telah menyediakan makanan mengikut bajet jemputan yang telah dihantar… kecuali la kalau ada hal2 yang tak dapat dielakkan.. tapi sekurang2nya kena maklumkan bahawa kita tak dapat hadir ke majlis tersebut…

Hukum wajib ini adalah wajib syar’ie.. jika tak tunaikan tanpa ada keuzuran, maka berdosa hukumnya…

Dewasa ini (sekali guna ayat majalah plak) ramai yg mengambil mudah bab2 jemputan kenduri kahwin ni sehingga bersepah2 kad jemputan atas meja… tapi tak memenuhi jemputan…

Kalau kita hidup bermasyarakat (mcm kat kampung), bukan setakat jemputan kahwin je kita kena hadir, bahkan sesi rewang (sesi masak memasak) pun kita kena hadir.. tolong2 mana yang patut… kalau kita tak hadir, tengok la nanti kenduri kita.. takde sapa nak hadir… itulah pesan arwah mak Ustaz Love dulu… dan Ustaz Love dapat merasai pengalamannya semasa pernikahan member Ustaz Love yang kurang bergaul dengan masyarakat kampung dan sedikit sombong dengan org lain.. akhirnya majlis pernikahan beliau dipulaukan.. berapa kerat je yg hadir termasuk Ustaz Love… memang sedih.. tapi nak wat camne, amik iktibar je la…

Jadi, musim2 cuti sekolah ni biasanya banyak yang akan berkahwin (org tua2 kat kedai kopi kata.. musim mengawan).. jadi, kalau kita menerima jemputan tu, usahakan la agar dapat menghadirinya… kalau ada keuzuran, maka cepat2 la maklumkan bahawa kita tak dapat hadir.. sekurang2nya, kita tidak mengguris perasaan tuan rumah…

Lepas ni nak kena masukkan jugak jemputan kawin tu dalam organizer (diari)… senang nak ingat berbanding nak selak satu2 kad jemputan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
    1. betul tu mama… bulan ni je ada la dalam 10 jemputan kenduri kawen Ustaz Love dapat.. tu belum masuk jemputan kenduri berkhatan lg.. hehe πŸ˜€

    1. salam bro zul…

      memang kalah budak… sbb hingus budak tak sepekat hingus bapak budak.. hehe πŸ˜€

  1. Salam ustaz…

    wah.banyak betul undangan yg ustaz terima yer…
    biasalah kan cuti sek udah bermula…
    mana yg naik pelamin selamat berbahgia..
    yang berkatan tu selamt menempoh alam teruna..hihi

    1. salam ateh..

      aikk.. berkhatan tu baru masuk alam teruna? kalau mat salleh yg tak khatan sampai umur dah tua tu, bilanya nak sampai alam teruna? hehe.. πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme