I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Ilmu Berkarat

Salam…

Sambil2 Ustaz Love melepak lepas solat Subuh, Ustaz Love terus capai kamera amik gambar dalam kegelapan Subuh… kelihatannya dalam masjid tu ada kuliah lepas Subuh yg disampaikan oleh imam… pagi tu ada bacaan surah dan sujud Sajdah…

Maka kedengaranlah imam itu membacakan matan hadis dalam bahasa Arab (tapi agak merangkak2 dan ada yg tersilap barisnya… kebetulan hadis tu memang Ustaz Love hafal.. jadi memang sedar akan kesilapan sebutan hadis tersebut…

Dan Jumaat baru2 ni, lepas selesai solat sunat lepas Jumaat, Ustaz Love didatangi oleh seorang Ustaz otai… kebiasaannya, kalau beliau jumpa Ustaz Love, memang ada benda yg beliau nak muzakarahkan… rupa2nya, beliau mengesan kesilapan dalam teks multimedia dan juga bacaan hadis oleh khatib yg bertugas…

Mulanya memang Ustaz Love perasan kesilapan tu (sbb hadis yg tersilap baca tu terkandung dlm matan Arba’in an-Nawawiyyah..).. Cumanya, Ustaz Love menjangka ada kemungkinan ada perbezaan lafaz hadis menurut riwayat yg lain.. Lalu Ustaz otai pun menerangkan bahawa bacaan khatib itu tidak tepat dengan kaedah bahasa Arab… dan Ustaz Love mengakuinya sambil mengcover bahawa mungkin khatib bertugas tu tak perasan… untuk yg multimedia, memang payah nak ubah.. sbb teks hadis itu dalam format imej…

Tapi, Ustaz Love berterima kasih juga kepada Ustaz otai tersebut.. kerana perbahasan dengan beliau, banyak menambahkan ilmu baru dan mengingatkan kembali ilmu2 yg dah lama Ustaz Love tak ulangkaji sampai dah berkarat…

Ilmu ni akan berkembang melalui perbahasan dan perbincangan… Kalau kita simpan, maka lama2 ia akan hilang… Sebab tu, para asatizah (ustaz dan ustazah) kena berceramah… supaya ilmu tu dapat dikembangkan.. dan menjadi harta yg bermanfaat walaupun sudah meninggal dunia…

Jangan kedekut nak memberi ilmu atau maklumat… sebab orang kedekut ni selalunya rugi… ianya lebih hampir kepada sifat tamak… akhirnya, ilmu setakat berkumpul di dalam kitab… dilupakan dan seterusnya tidak dapat diamalkan…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
    1. Salam bro zul…

      Terima kasih kerana sudi ziarah dan komen… merah ke? bukan coklat ke? maklum la, Ustaz Love pakai pc Acer.. kalu Apple Mac mungkin warnanya jadi lain… hehe 😀

  1. warna cokalt sedikit reddish 🙂

    ilmu me masa me study sek men dulu (sek agama arab) memang dh berkarat sgt2…byk dh yg me lupa…:( sedih gak..sbb now me just fokus study/research phd ajer…byk aim duniawi–tp me selalu ingatkan diri me, bahawa me nak ajar anak bangsa me ilmu yg bermanfaat melalui research me tu..

    1. ahaa.. itulah juga yg Ustaz Love nampak.. hehe 😀

      segala ilmu yg memberi manfaat kepada manusia, insyaAllah sekiranya disampai2kan akan menjadi salah satu daripada amal yg tidak putus pahalanya 😉

  2. salam,

    semoga ustazlove dapat menyesuaikan diri ditempat baru…bukan color *marron ker web ustaz nie? tak kisahlah janji sy datang snie selalu untk timba ilmu yg bermanfaat kan kan….hihi

    1. Salam ateh..

      Kaler maroon tu kaler merah gelap… ini coklat.. hehe

      Terima kasih pada ateh kerana masih setia di sini.. hehe 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme