I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Hujan : Kemudahan Dan Kesusahan

Salam…

Lepas makan tengahari kat masjid semalam (ada beraneka hidangan… semuanya berasaskan daging.. huhu), Ustaz Love nampak langit dah kelam… macam nak ribut… Terus Ustaz Love meminta diri daripada sesi berborak lepas makan dengan pakcik2 jemaah masjid… Lantas Ustaz Love merempit meninggalkan kawasan masjid sebelum titisan hujan sempat menjamah tubuh Ustaz Love yg montok ini…

Nasib baik sempat sampai.. Hujan terlalu lebat.. sampaikan kawasan sekeliling pun tak berapa nak nampak kaler… mcm zaman tv hitam putih je… tapi, walaupun lebat, hujan turun sekejap je… tak lama lepas tu, matahari pun muncul kembali…

Pagi ni, Ustaz Love merayau2 sekejap kat tempat penyembelihan semalam… Wahh… Ustaz Love sangat terkenjut… sisa2 darah hasil penyembelihan semalam dah hilang (walaupun takde guna apa2 serbuk pencuci)… Nampaknya, hujan lebat semalam telah membersihkan keadaan tempat tu…

Kebiasaannya sebelum ni, lepas daripada hari penyembelihan, memang kawasan tu akan berbau dengan darah (tapi takde la plak pontianak melepak kat situ)… kadang2 sampai 2 3 minggu. Tapi disebabkan hujan semalam, hari ni dah takde darah kat tanah.. semuanya dah masuk ke dalam tanah…

Hujan menjadi rahmat di kawasan sini… menyuburkan tanah yg gersang… dan membersihkan segala kekotoran dan noda… dan hujan yg sama juga yg menjadikan paras air naik di beberapa kawasan belah utara dan pantai timur… Ada ketikanya sesuatu itu menjadi kemudahan pada kita, tetapi menjadi kesusahan bagi org lain…

Semoga Allah memelihara kita daripada azabNya di dunia dan di akhirat…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme