I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Hati Mati

Salam…

Pagi yang hujan… suasana di luar terasa nyaman.. suasana di dalam terasa panas… agaknya hawa panas kat luar dah masuk ke dalam opis Ustaz Love…

Masuk Zohor pun hujan gak… kebetulan Ustaz Love lupa plak nak bawak baju hujan… Nak pakai payung nampak mcm jambu plak.. hehe.. Jadi, Ustaz Love teruskan je dengan posting entry…

Ustaz Love saja tak letak gambar kat page depan… sbb Ustaz Love nak mengurangkan masa loading page… lagipun gambar2 kat blog Ustaz Love ni bersaiz besar dan beresolusi tinggi… Jadi, sesiapa yg nak tengok gambar (sekalipun tak nak baca entry Ustaz Love), maka sila la klik ayat di bawah ni… hehe

Gambar di atas merupakan sebuah pemandangan… Bagi Ustaz Love, ianya cukup lengkap dengan airnya, daratannya, bukit bukau dan awan di atasnya yang sangat cantik pada pandangan mata.. Cuma yang agak mencacatkan pemandangan adalah tunggul kayu mati di atas… jadi cacat sbb takde fungsinya… selain menunggu masa untuk rebah ke bumi…

Tunggul mati memberi maksud bahagian pokok yang dah mati.. dan takkan hidup… walau disiram air dan dibubuh baja… ia takkan kembali segar dan hidup.. Tunggul mati menjadi sarang makhluk perosak.. anai2, ulat gonggok, cacing kerawit… semuanya melepak di situ…

Sekurang2nya tunggul mati tak memberi penyakit kepada sekeliling… ia tak berbau bangkai… dan ada kalanya, ia bleh menjadi tempat melepak anak2 muda bermain gitar…

Cuba kita bandingkan dengan manusia yang dah mati… manusia yang dah mati bermakna manusia yang dah tak mempunyai nyawa… sumbat la ubat ke, nasik ke, sup tulang ke… takkan menjadikan beliau hidup kembali… dan manusia yang dah mati, kena cepat2 ditanam… sebab kalau simpan lama2, ia akan berbau busuk dan boleh menjejaskan kesihatan sekeliling…

Tapi kalau hati manusia yang dah mati… bagaimana caranya nak buat? nak tanam kah? atau nak biarkan kah? atau kah kah kah?

Hati manusia yg mati ini adalah metafora kepada kerohanian… ia tidaklah sama dengan matinya pokok atau matinya manusia… kerana hati itu bukanlah pokok… sebaliknya tanah… tanah yg mati (gersang) akan subur bila terkena air… hati yang mati, akan hidup kembali dengan cahaya taufiq dan hidayah.. dengan kembali kepada iman dan amal… maka, apabila tanah sudah subur, maka pokok2 baru yg lebih hensem akan menggantikan tunggul2 kayu mati itu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme