I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Entry Demam : Rasm Uthmani

Salam…

Dah 2 hari Ustaz Love tak buat apa2 entry… Sangat tak lalu nak memikir 2 hari ni… Ustaz Love telah diuji dengan demam… bermula dengan muntah2 pagi Jumaat (tapi Ustaz Love tak suspek pun ada baby dlm perut) dan berlanjutan demam sampai hari ni… Pagi tadi plak kena hadir satu seminar… Terpaksa gagahkan diri gak pergi.. malas nak buat surat tunjuk sebab nanti…

Dan Ustaz Love mengucapkan terima kasih kepada caliph shuriken dan atehqshe serta beberapa blogger yang sudi bertanyakan khabar demam Ustaz Love… rasa sangat terharu sehingga menitis2 air hidung ini…

Ada kesempatan sementara belum terasa nak tidur ni, jadi Ustaz Love nak cerita sikit pasal seminar pagi tadi… seminar tu berkaitan al-Quran Rasm al-Uthmani…

Ustaz Love terlewat pagi tadi sebab memang rasa tak sihat sangat.. program start pukul 9 pagi, pukul 10 baru Ustaz Love sampai… Bila sampai, tengok2 member tak ramai pun yg datang… ada member Ustaz Love nak kena nikahkan 10 pasangan hari ni saja… meriah betul cuti sekolah ni… nasib baik takde tauliah jadi tok mudim… kalau tak, memang sebelah tangan shake hand (nikahkan org) dan sebelah tangan lagi pegang pisau (jadi tukang khatan)…

Jadi, Ustaz Love pun tanda kedatangan.. duduk jap dalam ceramah… pastu makan… pastu balik… walaupun ceramah tu bersambung lagi lepas makan… sbb tak larat sangat nak tunggu.. Lagipun apa yg diceramahkan itu perkara2 asas berkaitan rasm Uthmani…

Rasm Uthmani ni bukanlah ubat… jangan silap paham walaupun Ustaz Love letak gambar ubat dlm entry ni.. itu adalah starter kit Ustaz Love masa demam… hehe…

Rasm Uthmani adalah suatu bentuk penulisan al-Quran yang mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Saidina Uthman r.anhu sewaktu berlakunya perbalahan di kalangan umat Islam akibat berleluasanya al-Quran yang ditulis secara imla’ie (tulisan mengikut bacaan)… Kiranya Rasm Uthmani ini juga merupakan revolusi dalam pengumpulan al-Quran yang dicetuskan sejak zaman khalifah Abu Bakr r.anhu lagi…

Untuk memahaminya, cuba kita bandingkan surah al-Fatihah yang ditulis dalam buku Yaasin cetakan rasm Uthmani dengan al-Fatihah dalam buku Yaasin cetakan lama (atau dlm al-Quran al-Majid)… berbeza dari sudut penulisan… berbeza juga dari sudut sebutan… Jika nak terangkan lanjut memang payah nak faham melalui penulisan.. sbb belajar al-Quran ni kena melalui talaqqi dan syafahi (bertemu lutut dan mulut… bukan cemolot okeh.. maksudnya berguru secara berdepan.. guru membaca, murid memerhati dan mendengar.. murid membaca, guru memerhati dan menegur)..

Menurut penceramah, ada satu ketika seorang jemaah masjid telah buat kenyataan pada akhbar menyatakan adanya al-Quran yang telah diubahsuai… sedangkan beliau tak mengetahui bahawa al-Quran itu bukanlah diubahsuai, cuma kaedah penulisan rasm Uthmani itu mengikut kaedah bacaan Warsy daripada Nafi’ yang merupakan salah satu daripada 7 Qiraat (cara bacaan) yang diiktiraf…

Jemaah itu agak tergopoh-gapah dalam hal itu… kerana beliau tak menyiasatnya terlebih dahulu… ada kemungkinan kita mengetahui sesuatu ilmu, tapi banyak lagi ilmu yg kita tak tahu. Sama juga macam hadis… kemungkinan kita mengetahui sesuatu hadis itu dengan satu jalan periwayatan yang ianya adalah dhaif.. tetapi kita tak mengetahui adanya hadis yg sama menurut jalan riwayat yg lain yang bertaraf sahih… Akhirnya, kita dengan mudah mengatakan hadis sahih itu sebagai hadis dhaif…

Jika kita dah terlalu banyak belajar, maka ketahuilah… masih banyak lagi yg perlu kita pelajari…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz…nak tanya ayat ni dari surah mane n ayat berapa;

    “manusia merancang n Allah juga merancang. dan (ingatlah) Allah sebaik-baik perancang.”

    isi utk entri baru saya. terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme